Advertisements

Pengumuman Rasmi Tarikh Hari Raya Aidil Fitri 2022 – JAKIM

Advertisements

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1443H/2022M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam 1 Mei 2022 (Ahad).

Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

pengumuman hari raya

Baca juga: SOP Pemakaian Pelitup Muka Terkini Mulai 1 Mei 2022 (Tidak Wajib)

Tarikh Hari Raya Aidilfitri Di Malaysia Jatuh Pada 2 Mei 2022

TERKINI : Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022 jatuh pada:

2 Mei 2022 (Hari Isnin)

Advertisements

Bersamaan 1 Syawal 1443H

Rujuk pengumuman rasmi dalam video di bawah:

https://youtu.be/wZpBEdb_VOE

Cuti Hari Pekerja Dibawa Ke 4 Mei

Cuti Hari Pekerja secara automatik dibawa kepada Rabu, 4 Mei, selaras pengumuman Aidilfitri yang jatuh pada esok.

Ramai yang terkejut dan tidak menjangkakan tarikh Hari Raya Aidilfitri yang baru diumumkan.

Selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2022 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa 1 Syawal 1443H, Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 jatuh pada Isnin 2022, maka Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Hari Rabu 4 Mei 2022.

Ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).

Gantian Cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad yang mana ia adalah bekerja di negeri-negeri tersebut.

Bagaimanapun, ia adalah tertakluk pada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti.

Arab Saudi Raya 2 Mei

Terkini, dilaporkan Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan Mesir mengumumkan bahawa hari Raya jatuh pada hari Isnin ini iaitu 2 Mei 2022.

Negara-negara ini mula berpuasa sehari lebih awal berbanding Malaysia iaitu pada hari Sabtu bersamaan 2 April 2022.

Malaysia serta beberapa negara lain seperti Bangladesh, Indonesia, Maghribi, Singapura, Brunei Darussalam, Iran, Oman , India, Jordan Pakistan serta Thailand berpuasa mula berpuasa pada hari Ahad bersamaan 3 April 2022.

Kita tunggu pengumuman rasmi hasil keputusan rukyah yang akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja malam ini.

Untuk bacaan lanjut: https://maktabahalbakri.com/penentuan-awal-bulan-syawal-di-malaysia/

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment