Pengecualian PTPTN Kelas Pertama untuk graduan Ijazah Sarjana Muda di IPTA telah mula dibuka semula secara rasmi pada 1 September 2025. Untuk pengetahui inisiatif PTPTN yang lain, sila rujuk portal PTPTN di pautan berikut: https://www.ptptn.gov.my/pelaksanaan-inisiatif-belanjawan-2026/
Kerajaan memperuntukkan RM90 juta setahun dengan memanfaatkan 6,000 peminjam yang layak mendapat pengecualian bayaran semula PTPTN.
Pengumuman ini telah dilakukan semasa pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Selaras dengan hasrat mengiktiraf kecemerlangan akademik, pengecualian bayaran balik pinjaman bagi graduan Kelas Pertama di IPTA bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda kini disasarkan kepada peminjam daripada kategori keluarga B40 dan M40.
Permohonan pengecualian PTPTN boleh dilakukan melalui portal myPTPTN di pautan berikut: https://myptptn.ptptn.gov.my
Untuk memastikan permohonan anda diluluskan, adalah penting untuk memahami dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN.
Rujuk info penuh cara mohon dan syarat kelayakan pengecualian PTPTN Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama IPTA di bawah.
Ringkasan Pengecualian PTPTN Kelas Pertama
- Insentif pengecualian bayaran bayaran balik PTPTN ini telah dihadkan kepada mahasiswa dalam kalangan pendapatan rendah dan menengah (B40 dan M40) di IPTA sahaja.
- Permohonan pengecualian PTPTN boleh dilakukan melalui portal myPTPTN.
- Peminjam hendaklah mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Apa itu Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Kelas Pertama?
Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Kelas Pertama ialah insentif kerajaan yang diberikan kepada peminjam PTPTN yang berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda (peringkat ijazah pertama) dengan keputusan Kepujian Kelas Pertama, di mana keseluruhan pinjaman PTPTN untuk peringkat ijazah itu dikecualikan daripada bayaran balik.
Secara ringkasnya, peminjam tidak perlu bayar balik pinjaman PTPTN untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda sekiranya mendapat Kelas Pertama.
Ia adalah sebagai bentuk penghargaan kepada peminjam sekaligus menjadi dorongan kepada semua peminjam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka.
Peminjam yang layak membuat permohonan pengecualian bayaran balik perlu menyediakan dokumen semasa proses permohonan dilakukan.
Manakala, bagi peminjam PTPTN yang mampu membayar dan berada di luar negara namun culas membayar balik pinjaman akan dikenakan sekatan ke luar negara.

Syarat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Kelas Pertama
Berdasarkan kepada pembentangan Belanjawan 2026, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026, insentif pengecualian bayaran bayaran balik PTPTN ini telah dihadkan kepada mahasiswa dalam kalangan pendapatan rendah dan menengah (B40 dan M40) di IPTA sahaja.
Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:
- Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa;
- Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama daripada IPTA sahaja;
- Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
- Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
- Graduan daripada keluarga kumpulan pendapatan rendah (B40) dan menengah (M40), berdasarkan maklumat pendapatan penjaga/ isi rumah ketika pelajar menamatkan pengajian di IPTA mulai 1 Januari 2026; dan
- Mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

NOTA: Penentuan julat pendapatan adalah merujuk kepada Household Expenditure Survey (HIES) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Pendapatan isi rumah pula merujuk kepada pendapatan kasar ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori di bawah:
- Sekiranya masih bujang: Pendapatan isi rumah peminjam, ibu dan bapa (atau penjaga); atau
- Sekiranya telah berkahwin: Pendapatan isi rumah peminjam dan pasangan.
Cara Mohon Pengecualian PTPTN Kelas Pertama
Untuk memohon pengecualian PTPTN Kelas Pertama, anda perlu:
- Layari portal myPTPTN di: https://myptptn.ptptn.gov.my
- Log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan.
- Klik menu ‘Perkhidmatan’ > kemudian, klik tab ‘Bayaran Balik Pinjaman’
- Klik ‘Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama’
- Lengkapkan/kemaskini semua bahagian:
- Butiran Peminjam
- Maklumat Pengajian
- Maklumat Pendapatan
- Dokumen Sokongan
- Pengesahan Maklumat
- Klik ‘Hantar’.
PENTING: Peminjam perlu memohon Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN adalah:
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol);
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan;
- Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah);
- Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).
- Dokumen pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori yang ditetapkan (mana-mana yang berkaitan):
- Slip Gaji Terkini
- Surat Pengesahan Tidak Bekerja
- Surat Akuan Sumpah (pengesahan pendapatan).
- Penyata Cukai Taksiran Terkini.
- Penyata KWSP Terkini / Surat Pengesahan Bukan Ahli KWSP.
- Penyata Pencen.
- Sijil Kematian.
- Sijil Cerai.
- Surat Akuan Sumpah (Bagi Kes Ibu Bapa Tidak Dapat Dikesan).
- Surat Akuan Sumpah (Penjaga).
NOTA: Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT) dengan cop pengesahan mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.
Sebab Tidak Dapat Pengecualian Bayaran Balik Keseluruhan Jumlah Pinjaman
Peminjam tidak mendapat pengecualian bayaran balik ke atas keseluruhan jumlah pinjaman yang diterima sekiranya:
- Menerima pinjaman selepas tamat pengajian;
- Bertindih tajaan; dan
- Mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) yang masih belum diselesaikan.
Peminjam perlu membayar baki pinjaman yang tidak layak dikecualikan melalui kaedah berikut:
- Penjadualan semula pinjaman ke atas jumlah pinjaman yang tidak layak dikecualikan dan peminjam adalah tertakluk untuk membuat bayaran balik secara konsisten mengikut ansuran bulanan dan tempoh bayaran balik yang baharu. Surat tawaran penjadualan semula pinjaman akan dikeluarkan kepada peminjam dalam tempoh sebulan selepas pertimbangan diberikan; atau
- Penyelesaian penuh pinjaman sekiranya peminjam tidak mahu membuat penjadualan semula pinjaman.
Semakan Status Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
Surat makluman bagi yang layak mendapat pengecualian bayaran balik akan dihantar ke alamat surat-menyurat peminjam.
Status permohonan boleh disemak melalui kaedah di bawah:
- Semak di Aplikasi myPTPTN (Versi Web) (https://myptptn.ptptn.gov.my/); atau
- Hubungi Careline PTPTN (03-2193 3000).
BACA JUGA: Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini
Pengalaman
(Perkongsian Media Sosial)
Memandangkan ramai yang tanya macam mana nak dapat pengecualian bayaran ptptn. Mai sis share. Sis apply 13/8. Lulus 23hb/8. Tak sampai 2 minggu, kalau tiada masalah.
Pergi link: https://www.ptptn.gov.my/myptptn/ dan log masuk. Klik Perkhidmatan> Bayaran Balik > Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
Make sure you guys ada semua ni. If takde sila minta dari fakulti anda. Pastikan setiap sijil tu ada pengesahan dari uni okeyy. Sebab dalam borang online tu nak ada pengesahan. And sijil tak perlu berwarna even dia mintak berwarna. Yang penting pengesahan. Kalau takde sijil sijil ni sila kol uni.
- Skroll degree yang tertulis “first class”. Skroll degree hanya boleh mohon if you guys dah ada exact tarikh konvokesyen.
- Transkrip degree
- Surat pengesahan tamat pengajian
- Surat tawaran tajaan lain (kalau tajaan bertindih macam saya).
Telefon careline PTPTN untuk dapat no pinjaman. Untuk permohonan, kena login no pinjaman. (gunalah plan data celcom RM35/bulan sebab free kol untuk semua talian termasuk nombor pejabat).
Then boleh la isi.
- untuk uitm first class CGPA 3.5, uni lain sis tak tau.
- yang ada exact tarikh konvo sahaja boleh apply pengecualian ptptn and apply skroll ye anak anak.
- Saya sertakan contoh lampiran di bawah:



Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, sila rujuk:
- Portal rasmi myPTPTN
- FAQ Bayaran Balik > Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Kepada Peminjam Yang Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263
Soalan Lazim Pengecualian PTPTN Kelas Pertama
Pengecualian bayaran balik PTPTN Kelas Pertama bermaksud peminjam PTPTN yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama boleh dikecualikan daripada bayaran balik pinjaman PTPTN untuk peringkat ijazah tersebut.
– Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa;
– Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama daripada IPTA sahaja;
– Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
– Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
– Graduan daripada keluarga kumpulan pendapatan rendah (B40) dan menengah (M40), berdasarkan maklumat pendapatan penjaga/ isi rumah ketika pelajar menamatkan pengajian di IPTA mulai 1 Januari 2026; dan
– Mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
Permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN dibuka sepanjang tahun dan peminjam hendaklah mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
Layari portal myPTPTN (https://www.ptptn.gov.my/myptptn) dan log masuk. Klik Perkhidmatan> Bayaran Balik > Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
– Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol);
– Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan;
– Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah);
– Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).
– Dokumen pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori yang ditetapkan (mana-mana yang berkaitan):
Slip Gaji Terkini
Surat Pengesahan Tidak Bekerja
Surat Akuan Sumpah (pengesahan pendapatan).
Penyata Cukai Taksiran Terkini.
Penyata KWSP Terkini / Surat Pengesahan Bukan Ahli KWSP.
Penyata Pencen.
Sijil Kematian.
Sijil Cerai.
Surat Akuan Sumpah (Bagi Kes Ibu Bapa Tidak Dapat Dikesan).
Surat Akuan Sumpah (Penjaga).
Tidak semua. Anda perlu memenuhi syarat rasmi PTPTN (seperti mod pengajian sepenuh masa, tempoh pengajian, dan program pengajian) dan membuat permohonan dalam tempoh 12 bulan selepas konvokesyen.
Permohonan yang dibuat melebihi 12 bulan selepas tarikh konvokesyen biasanya tidak diterima. Oleh itu penting untuk segera mengumpul dokumen selepas konvo.
Pemberian Kepujian Kelas Pertama ditentukan oleh Senat Institusi Pengajian Tinggi masing‑masing (contoh: UiTM, UM, UPM dsb.). Ia bukan ditentukan oleh PTPTN.
Syarat baru insentif pengecualian bayaran balik PTPTN Kelas Pertama hanya untuk pelajar IPTA sahaja.
Tidak, ia tidak automatik. Walaupun anda lulus kelas pertama, anda perlu membuat permohonan melalui portal myPTPTN dan memuat naik dokumen sokongan yang lengkap.
Jika anda telah mula membayar balik, tetapi belum habis, anda boleh mohon pengecualian, asalkan memenuhi syarat kelayakan dan masih dalam tempoh 12 bulan selepas konvokesyen. Jika permohonan diterima, baki pinjaman yang tertunggak akan dikecualikan.
Rujuk juga soalan-soalan lazim di bawah:











