Intipati Belanjawan 2026 & Ringkasan Infografik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada pukul 4.00 petang ini.
Turut bersama-sama beliau adalah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan Il dan YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan serta YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Berikut dikongsikan intipati dan ringkasan yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
TERKINI : Infografik Intipati Belanjawan 2026
1. Pertumbuhan Ekonomi dan Sektor Utama
Belanjawan 2026 menekankan pengukuhan struktur ekonomi, pembangunan mampan serta kecekapan fiskal.
- Sektor pertanian diunjur berkembang 2.2% pada 2026 berbanding 1.2% pada 2025.
- Sektor pembuatan dijangka stabil pada 3.0%, disokong oleh industri eksport dan domestik (3.8% pada 2025).
- Sektor perkhidmatan terus menjadi pemacu utama dengan pertumbuhan 5.2% pada 2026 (5.1% pada 2025).
- Sektor pembinaan kekal kukuh pada 6.1%, sementara sektor perlombongan dan kuari sedikit menurun kepada 1.0% pada 2026.
Dari segi fiskal, perbelanjaan awam meningkat kepada RM470 bilion (berbanding RM452 bilion tahun lalu), hasil pengoptimuman dana GLIC, badan berkanun dan syarikat milik kerajaan (MKD).
Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat kepada RM343.1 bilion pada 2025 (RM334.1 bilion pada tahun sebelumnya).
Langkah penyasaran subsidi dijangka menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun.
2. Pembangunan Industri dan Keusahawanan
Kerajaan memperkukuh ekosistem industri, inovasi dan daya saing usahawan melalui pelbagai inisiatif:
- RM50 bilion kemudahan pinjaman dan jaminan kerajaan disediakan untuk usahawan tempatan, meningkat daripada RM40 bilion sebelumnya.
- RM10 bilion dikhususkan untuk usahawan bumiputera di bawah Skim Jaminan SJPP daripada keseluruhan RM30 bilion dana jaminan.
- RM2.4 bilion disediakan khusus bagi kontraktor G1 hingga G4 bumiputera.
- RM40 juta diperuntukkan untuk peningkatan skala syarikat bumiputera berpotensi tinggi.
- EXIM Bank menawarkan pinjaman mudah RM500 juta bagi syarikat yang terkesan oleh ketegangan tarif perdagangan global.
- Institusi kewangan pembangunan (DFI) menyediakan hampir RM1 bilion pembiayaan dan geran bagi mendukung automasi serta pendigitalan proses perniagaan.
- Kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi syarikat pemula (start-up) untuk menghasilkan produk mekanisasi dan automasi, melalui kerjasama MPOB dan pemain industri sawit utama.
- Geran Pembangunan Pasaran MATRADE bernilai RM60 juta disediakan bagi membantu PMKS menembusi pasaran baharu termasuk Afrika, Amerika Latin dan Asia Tengah.
- Dana Pembangunan Industri NIMP sebanyak RM180 juta disediakan bagi membiayai projek berimpak tinggi.
- Ekuinas akan membangunkan syarikat pelaburannya sehingga bersedia disenaraikan dan diambil alih oleh PNB, susulan penyatuan Ekuinas dan PHB di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB).
3. Sektor Pertanian dan Luar Bandar
Bagi meningkatkan kesejahteraan petani dan pekebun kecil:
- RM120 juta diperuntukkan bagi membela nasib pekebun kecil.
- RM2.62 bilion disediakan untuk subsidi dan bantuan pesawah.
- RM50 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan pembinaan jalan ladang di seluruh negara.
- RM20 juta disediakan untuk peniaga kecil Tamu Desa di Sabah dan Sarawak.
4. Infrastruktur dan Wilayah
Tumpuan infrastruktur kekal di Sabah, Sarawak dan wilayah strategik lain:
- RM1.67 bilion bagi projek Pan Borneo Sabah diteruskan mengikut jadual.
- Sarawak–Sabah Link Road (SSLR) Fasa 1 dijangka siap November 2026, manakala SSLR Fasa 2 pertengahan 2029.
- Keseluruhan projek lebuh raya Sabah dan Sarawak melibatkan kos RM48 bilion.
- RM2.3 bilion diperuntukkan untuk pembangunan lapangan terbang Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri, dijangka siap 2028.
- RM765 juta disediakan bagi Projek Talian Penghantaran Southern Link untuk mengatasi gangguan bekalan elektrik di Sabah.
- RM2 bilion diperuntukkan untuk Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) sepanjang 3,190 km bagi menjamin kesalinghubungan digital antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
- Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion, manakala Sarawak menerima RM6 bilion.
5. Pertahanan dan Keselamatan Negara
- RM6 bilion disediakan bagi penyelenggaraan dan perolehan aset pertahanan, termasuk dua kapal Multi Role Support Ship (MRSS) dan 10 kenderaan baharu MALBATT.
- MINDEF menerima RM21.7 bilion, manakala KDN memperolehi RM21.2 bilion.
- Lebih RM700 juta diperuntukkan untuk meningkatkan keupayaan SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC melalui latihan serta perolehan aset.
- JKDM akan memperkenalkan setem cukai digital dengan ciri keselamatan baharu untuk membendung pemalsuan dan ketirisan di pintu masuk negara.
- Penyumbang tunai program pencegahan rasuah layak mendapat potongan cukai pendapatan.
6. Tenaga, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
- Dana Peralihan Tenaga Negara (NETR) menyediakan RM150 juta untuk memperkukuh pelaburan tenaga boleh diperbaharui.
- Elaun Cukai Pelaburan Aset Hijau 100% diberikan kepada syarikat yang menggunakan teknologi hijau tempatan berstatus MyHIJAU Mark.
- Aktiviti pemetaan sumber nadir bumi diteruskan dengan peruntukan RM10 juta.
7. Digitalisasi dan Inovasi
- Sovereign AI Cloud akan dibangunkan oleh SKMM dengan pelaburan RM2 bilion.
- Geran Pecutan Digital Malaysia bernilai RM53 juta untuk mempercepat penggunaan AI, blockchain dan komputer kuantum.
- MyDigital ID disasarkan mencapai 15 juta pengguna menjelang akhir 2025.
- Kerangka Insentif Baharu Berasaskan Keberhasilan (OBI Framework) dilaksanakan sepenuhnya mulai suku pertama 2026 untuk sektor perkilangan dan suku kedua bagi sektor perkhidmatan.
- RM15 juta diperuntukkan bagi penganjuran Malaysia Techlympics, Minggu Sains Negara, Rehlah Sains dan Science on Wheels.
8. MADANI, Kebajikan dan Sosioekonomi Rakyat
- Bantuan STR Fasa 4 bernilai RM2 bilion yang dijadualkan November 2025, diawalkan kepada 18 Oktober sempena Deepavali.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas akan diberikan semula pertengahan Februari 2026.
- RM1 bilion diperuntukkan untuk memperhebat Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat.
- RM110 juta bagi Ikhtiar Perkhidmatan Bergerak MADANI untuk memastikan masyarakat luar bandar menerima perkhidmatan kerajaan.
- Program Sejati MADANI diperluas melibatkan golongan muda dalam peningkatan pendapatan komuniti.
- Kampung Angkat MADANI disasarkan meningkat kepada 500 kampung, dan Sekolah Angkat MADANI kepada 1,500 sekolah dengan penyertaan sektor swasta.
- Solar MADANI diperluas ke seluruh negara.
- Syarikat dan individu yang menyumbang kepada program MADANI layak mendapat potongan cukai pendapatan.
9. Tadbir Urus dan Reformasi Pentadbiran
- Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) menerima RM25 juta bagi pendigitalan urusan kerajaan dan inovasi baharu.
- Inisiatif STAR menjimatkan kos pematuhan RM1.1 bilion, membantu Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia.
- Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya kini di peringkat libat urus.
- Akta Perlindungan Pengguna akan dipinda untuk memasukkan Lemon Law bagi melindungi pengguna.
- RM220 juta diperuntukkan untuk memperkukuh Institusi Parlimen, termasuk RM5 juta bagi Jawatankuasa Pilihan Khas dan RM15 juta untuk APPGM.
- RM31.5 juta disediakan bagi penyelenggaraan aset kedutaan.
- UTC ke-24 di Seberang Perai akan dilancarkan pada November 2025, dengan RM76.6 juta bagi menaik taraf kemudahan lebih mesra rakyat.
(Sedang Dikemaskini)
Bantuan & Inistiatif


Infografik










































































MUAT TURUN
- Ucapan Belanjawan : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2026/ucapan/ub26.pdf
- Ringkasan Belanjawan : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2026/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf
- Video Belanjawan 2026: https://www.youtube.com/live/uyyMkVt5-rY?si=bWsFhTOFHllGDjK9




