Pengecualian Cukai Kenderaan Di Langkawi & Labuan Dihadkan – Belanjawan 2026

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kerajaan bercadang supaya pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia sebagai langkah tegas menangani ketirisan akibat penyalahgunaan kemudahan itu oleh golongan berpendapatan tinggi. Ia selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh sistem percukaian yang lebih telus dan saksama, tanpa menjejaskan insentif pelancongan dan pelaburan di kedua-dua wilayah bebas cukai tersebut.

Menurut beliau, terdapat segelintir pemilik kenderaan mewah yang mengambil kesempatan terhadap kelonggaran pengecualian cukai itu di kedua-dua wilayah berkenaan.

Menurut beliau, terdapat segelintir pemilik kenderaan mewah yang mengambil kesempatan terhadap kelonggaran pengecualian cukai itu di kedua-dua wilayah berkenaan.

“Orang maha kaya beli mobil mewah, guna kelonggaran ini dan bawa keluar serta kekalkan bertahun-tahun sehingga harganya turun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjelaskan tujuan asal pengecualian cukai itu adalah untuk memberi kemudahan kepada penduduk di Langkawi dan Labuan, namun kini disalah guna oleh golongan berada sebagai jalan untuk mengelak daripada membayar cukai.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut