Semakan Pengecualian Bayaran Bil Air Selangor Januari 2022 (Banjir)

Air Selangor akan memberikan pengecualian bayaran bil air bagi bulan Januari 2022 kepada para pelanggan akaun Domestik (Kod Tarif 10) di Selangor yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Pengecualian ini merupakan sebahagian daripada Program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Sebagai tambahan, Air Selangor turut memanjangkan inisiatif ini kepada para pelanggan dengan akaun Domestik yang terkesan di Kuala Lumpur.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan pengecualian bayaran bil Air Selangor dan talian yang perlu dihubungi sekiranya anda tidak tersenarai.

Kelayakan

Semua pengguna akaun DOMESTIK di kawasan-kawasan yang terjejas banjir akan menerima pengecualian bayaran bil air bagi tempoh 1 bulan secara automatik dan mereka tidak perlu mengisi atau menghantar sebarang borang kepada Air Selangor.

Apakah Pengecualian Bayaran Bil Air Selangor (Banjir) ?

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd memberi pengecualian bayaran bil air untuk 1 bulan iaitu bagi bulan Januari 2022 kepada akaun domestik yang terkesan berikutan musibah banjir yang melanda negeri Selangor.

Senarai Daerah & Kawasan Terlibat Untuk Pengecualian Bayaran Bil Air Selangor Januari 2022

Untuk senarai penuh daerah dan kawasan terlibat, anda boleh rujuk di lampiran di bawah atau muat turun melalui pautan berikut https://bit.ly/3eM0OFx

Untuk makluman, sepanjang tempoh Januari 2022, bil air bulanan akan terus dikeluarkan kepada pengguna di kawasan yang terjejas banjir.

Namun begitu, para pelanggan yang layak menerima pengecualian bil air tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi tempoh yang telah dinyatakan.

Cara Memohon Pengecualian

Para pelanggan di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir akan menerima pengecualian bayaran bil air bagi tempoh satu bulan secara automatik yang mana mereka tidak perlu mengisi atau menghantar sebarang borang.

Air Selangor memahami kesulitan yang dialami oleh para pelanggan yang terkesan dengan insiden banjir dan berharap agar bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Semakan Pengecualian

Air Selangor masih berurusan dengan Unit Penyelaras Bencana Banjir Negeri bagi mengenalpasti mangsa-mangsa yang terlibat dalam usaha memberikan pengecualian bayaran.

Pengguna boleh melayari www.airselangor.com atau melalui saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter untuk mendapatkan info terkini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Jika anda terjejas banjir namun tidak tersenarai dalam jadual yang dilampirkan, sila hubungi Air Selangor melalui saluran berikut:

Untuk maklumat lanjut, klik di sini https://bit.ly/3eRfvai

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!