Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi pautan https://jmt.mod.gov.my/index.php.
Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik melalui skim Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) atau Skim Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas (STI).
Pengambilan ATM
SYARAT AM PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Lelaki dan wanita
- Tinggi minimum : 162 cm (Lelaki) & 157 cm (Wanita)
- Body Mass Index : 18.0 – 25.9
- Umur tidak melebihi:
- PKLI: Tidak melebihi 27 tahun pada 1 September 2026
- Peg STI KKD: Tidak melebihi 30 tahun pada 1 September 2026
SYARAT AKADEMIK
- Lulus SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Lulus Ujian Lisan Bahasa Melayu.
- PKLI: Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Peg STI KKD:
- Mestilah tamat program housemanship dan berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia atau Lembaga Farmasi Malaysia
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan, Pergigian, atau Farmasi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Iklan Jawatan Pengambilan ATM 2026
Sila rujuk lampiran berikut untuk tawaran jawatan berikut:






Tawaran Lantikan
- Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas (STI) akan dilantik ke dalam Kor Kesihatan Diraja (KKD) sebagai:
- Pegawai Perubatan
- Pegawai Pergigian
- Pegawai Farmasi
- Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan)
Cara Permohonan Pengambilan ATM
1. Semakan Umum
- Buka pelayar Google Chrome
- Taip alamat URL Sistem JMT : https://jmt.mod.gov.my
- Pengguna dapat melihat laman Log Masuk seperti di bawah.
- Seterusnya klik pada opsyen “PEGAWAI LEPASAN IJAZAH(GRADUAN)”
- Paparan Antaramuka JMT seperti di bawah akan dipaparkan.
- Klik pada butang Semakan Umum seperti yang tertera di bawah ini:
- Paparan Semakan Permohonan dipaparkan seperti dibawah.
- Masukan nombor Kad Pengenalan pengguna dan klik pada kotak “Saya bukan robot” seperti gambarajah dibawah.
- Apabila kotak “Saya bukan robot” di klik, satu paparan seperti gambarajah dibawah akan dipaparkan. Pengguna perlu menyelesaikan cabaran mudah tersebut dan klik butang SAHKAN. Jika cabaran tidak dapat diselesaikan, klik pada ikon refresh untuk mendapatkan cabaran baharu.
- Klik butang Hantar untuk proses seterusnya.
- Paparan Maklumat Pemohon dan Status Permohonan dipaparkan seperti gambarajah dibawah.
- Klik pada Kembali untuk ke paparan Semakan Permohonan.








2. Semakan Dalaman
- Buka pelayar Google Chrome
- Taip alamat URL Sistem JMT : https://jmt.mod.gov.my
- Pengguna dapat melihat laman Log Masuk seperti di bawah.
- Seterusnya klik pada opsyen “PEGAWAI LEPASAN IJAZAH(GRADUAN)”
- Paparan Antaramuka JMT seperti di bawah akan dipaparkan.
- Masukan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan untuk masuk ke dalam sistem JMT dan seterusnya klik pada butang Log Masuk seperti yang tertera di bawah ini.
- Dashboard Pemohon dipaparkan seperti yang tertera di bawah ini seterusnya klik pada pada menu Semakan Permohonan.
- Dashboard Semakan Permohonan dipaparkan, dan status permohonan akan dipaparkan. Disini juga akan dipaparkan senarai permohonan yang pernah dimohon dan status permohonan tersebut.





3. Log Keluar Sistem JMT
- Pengguna hanya perlu klik Log Keluar di menu kanan jika ingin keluar dari Sistem JMT.
- Pengguna perlu login jika ingin capai sistem semula. (Untuk tujuan keselamatan, pengguna perlu klik Log Keluar apabila ingin keluar dari aplikasi. Jika tidak, akses mungkin terdedah kepada individu seterusnya yang menggunakan komputer anda).

Maklumat Penting untuk Pemohon
(Sila Ambil Perhatian Kepada Pemohon yang Baharu)
- Pastikan NoKP yang betul.
- Pastikan Nama mengikut No. Kad Pengenalan.
- Pastikan Alamat email ditaip dengan betul. Email yang dicadangkan adalah gmail atau yahoo mail.
- Pastikan pemohon klik pada Daftar Akaun. Masukkan NoKP, Nama, alamat email, katalaluan, pengesahan katalaluan dan tekan butang Daftar Akaun Baru.
- Seterusnya, masuk kepada halaman login – masukkan NoKP dan Katalaluan (yang dimasukkan semasa pendaftaran) untuk membuat permohonan.
- Pastikan Pemohon mengikut semua langkah di atas bagi proses permohonan yang memudahkan.
Sekian, terima kasih.

Manual Pengguna Sistem Jom Masuk Tentera (JMT)
Tarikh Permohonan
Tarikh Permohonan pengambilan ATM bermula 26 November 2025 hingga 31 Mac 2026.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau informasi terkini, anda boleh rujuk pautan ini untuk dihubungi:
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
TikTok: @cawangantenagakerja
Instagram: @cawangan_tenaga_kerja_c
Facebook: @Cawangan Tenaga Kerja-TKC
Talian: 03-40131424 / 03-40131425 / 011-65504585 (Whatsapp)
Soalan Lazim
Tarikh permohonan dibuka mulai 26 November 2025 hingga 31 Mac 2026.
Individu mestilah berumur:
– 27 tahun pada 1 September 2026 (Graduan)
– 30 tahun pada 1 September 2026 (ST1)
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://jmt.mod.gov.my/index.php.
PKLI: Pegawai Kadet Lepasan Ijazah – calon berijazah yang akan menjalani latihan ketenteraan sebagai pegawai.
Peg STI KKD: Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas Kor Kesihatan Diraja – khusus untuk profesion perubatan, pergigian dan farmasi yang bertauliah.
Lelaki: 162 cm
Wanita: 157 cm
PKLI: Tidak melebihi 27 tahun pada 1 September 2026
Peg STI KKD: Tidak melebihi 30 tahun pada 1 September 2026
Semua calon perlu:
– Lulus SPM
– Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu
– Lulus Ujian Lisan Bahasa Melayu
– PKLI mesti memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf MQA.
– Peg STI KKD mesti memiliki ijazah perubatan/pergigian/farmasi dan berdaftar penuh dengan badan profesional masing-masing.
Ya. Calon yang lulus saringan awal akan dipanggil untuk:
– Pemeriksaan fizikal
– Ujian kecergasan
– Temuduga panel
– Pemeriksaan perubatan (jika layak ke peringkat akhir)
Anda boleh menghubungi:
03-40131424 / 03-40131425 / 011-65504585 (Whatsapp)
Atau ikuti media sosial rasmi Cawangan Tenaga Kerja ATM.
Baca juga:




