Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2023 / 2024

Pendaftaran Tabika & Taska KEMAS bagi sesi 2023 kini dibuka!

Untuk makluman, ibu bapa boleh membuat permohonan bagi anak-anak untuk memasuki Taska / Tabika KEMAS secara online.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang lokasi Tadika KEMAS ini dan syarat-syarat bagi pendaftaran bagi anak-anak yang berkenaan.

Apakah Tabika / Taska KEMAS?

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard   Pra sekolah   Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) :kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  2. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun
Permohonan tabika kemas online

Syarat Kemasukan / Pendaftaran

Sebelum muat turun borang, ibu bapa/penjaga mesti membaca syarat-syarat kemasukan ke TABIKA dan TASKA KEMAS.

Ini bagi memudahkan ibu bapa/penjaga mengisi borang dengan lancar.

Syarat-syarat

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  3. Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
  4. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
  5. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
  6. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.

Dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftaran :-

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Senarai Tabika / Taska KEMAS Seluruh Malaysia

Bagi mendapatkan maklumat lanjut , sila rujuk terus ke Tabika yang dipohon atau menghubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri/Daerah yang berhampiran.

Cara Pendaftaran / Muat Turun Borang

Terdapat 2 cara pendaftaran iaitu pendaftaran online dan pendaftaran secara manual.

Pendaftaran secara atas talian (online) adalah terhad kepada 142 tabika rintis.

i) PENDAFTARAN ONLINE

Ibu bapa/penjaga boleh melihat senarai TABIKA/TASKA KEMAS yang berdekatan dengan kediaman ibu bapa/penjaga dalam senarai di bawah untuk pendaftaran secara atas talian.

https://bit.ly/SENARAITABIKAKEMASONLINE2023

Pihak KEMAS sentiasa prihatin dengan kegusaran ibubapa berkaitan permohonan Pendaftaran kemasukan ke TABIKA KEMAS Tahun 2023 secara dalam talian melalui sistem pendaftaran (https://www.malaysia.gov.my/) kini mengalami gangguan teknikal yang menyebabkan ibubapa tidak dapat membuat permohonan pendaftaran kanak-kanak secara atas talian.

Untuk itu, Pengurusan KEMAS bersetuju untuk memaklumkan bahawa ibubapa yang ingin memohon untuk kemasukan ke TABIKA KEMAS tersebut boleh membuat permohonan secara manual dengan memuat turun borang permohonan di laman sesawang Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) (https://www.kemas.gov.my/)

Masuk ke laman web KEMAS https://www.kemas.gov.my/

  1. Pilih “Awam”
  2. Pilih “TABIKA” – https://www.kemas.gov.my/tabika/#toggle-id-6
  3. Muat turun borang pendaftaran
  4. Memuat turun borang permohonan yang lengkap dan sahkan permohonan (sign majikan)
  5. Menghantar borang yang lengkap dan dokumen sokongan ke TABIKA KEMAS yang telah dipilih.

Untuk makluman tuan/puan, sila pastikan maklumat yang diisi adalah lengkap betul sebelum menghantar permohonan.

Untuk makluman tuan/puan, permohonan akan ditutup pada 31 Disember 2022 (Sabtu).

ii) PENDAFTARAN SECARA MANUAL

Jika TABIKA tu bukan dalam 142 TABIKA terpilih untuk registration online, ibu bapa perlu download borang dan isi.

Klik Link di bawah untuk muat turun borang TABIKA KEMAS : https://bit.ly/BORANGTABIKAKEMAS2023

Klik Link di bawah untuk muat turun borang TASKA KEMAS : https://bit.ly/BORANGTASKAKEMAS2023

Apabila borang telah lengkap, boleh terus hantar ke TABIKA pilihan anda.

Tutorial Cara Pendaftaran Online / Muat Turun Borang TABIKA / TASKA KEMAS

Layari laman web https://www.kemas.gov.my/

Sila perhatikan bintang tersebut. Klik Awam – Klik Pendidikan Awal Kanak-Kanak- Klik antara TABIKA/TASKA
pendaftaran tabika kemas
Ibu bapa/penjaga perlu membaca syarat-syarat kemasukan sebelum muat turun borang permohonan.
pendaftaran tabika kemas
Setelah memahami syarat-syarat kemasukan, ibu bapa/penjaga perlu muat turun borang seperti yang di dalam imej di atas.
daftar tadika kemas
Cara yang sama bagi permohonan ke TASKA KEMAS. Ibu bapa/penjaga perlu muat turun borang selepas memahami syarat-syarat kemasukan ke TASKA.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: