Pendaftaran STAM (2026) : Panduan untuk Daftar Online

pendaftaran STAM
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pendaftaran STAM 2026 bagi calon sekolah / calon persendirian (baharu) / calon persendirian (mengulang) telah dibuka bermula 4 Mei hingga 19 Mei 2026.

Anda boleh mendaftar secara online melalui pautan ini:  https://sbppa.moe.gov.my

Apa itu STAM?

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif.

STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.

Senarai Subjek Peperiksaan STAM

Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

BIDANGMATA PELAJARAN
Bahasa Arab1. Nahu dan Sarf
2. Insya’ dan Mutala’ah
3. Adab dan Nusus
4. ‘Arudh dan Qafiyah
5. Balaghah
Syariah6. Fiqh
7. Hadith dan Mustolah
Usuluddin8. Hifz Al-Quran dan Tajwid
9. Tauhid dan Mantiq
10. Tafsir dan Ulumuhu

Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM

Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:

PERINGKATTAKRIF
MumtazCemerlang
Jayyid JiddanSangat Baik
JayyidBaik
MaqbulLulus
RasibGagal

Tarikh Pendaftaran Dibuka

Tarikh Pendaftaran STAM dibuka mulai 4 Mei (Isnin) hingga 19 Mei 2026 (Selasa).

Pendaftaran STAM

Calon yang telah mempunyai akaun berdaftar tidak perlu melalui Fasa 1 dan boleh terus ke Fasa 2 untuk log masuk serta meneruskan pendaftaran peperiksaan sebagai calon persendirian, sama ada calon baharu atau calon ulangan.

FASA 1 – PENDAFTARAN AKAUN PENGGUNA

1. Pendaftaran Akaun dan Pengaktifan Melalui E-mel
Calon mendaftar sebagai pengguna sistem dan mengaktifkan akaun melalui e-mel yang didaftarkan.

2. Kemas Kini Profil dan Penetapan Kata Laluan Baharu
Calon log masuk menggunakan kata laluan sementara, kemudian kemas kini profil dan tetapkan kata laluan baharu.

3. Pengesahan Profil Calon Oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
JPN menyemak dan mengesahkan maklumat profil calon bagi memastikan ketepatan sebelum proses seterusnya.

FASA 2 – PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN

4. Kemasukan Maklumat dan Pembayaran Yuran Peperiksaan
Calon melengkapkan maklumat berkaitan serta membuat pembayaran yuran melalui perbankan elektronik.

5. Pengesahan Pendaftaran Oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
JPN menyemak dan mengesahkan maklumat pendaftaran bagi memastikan ketepatan dan kesahihan data.

6. Semakan Status Pendaftaran dan Cetakan Slip
Calon boleh menyemak status di Dashboard dan mencetak Kenyataan Semakan dan slip bayaran sebagai rujukan.

NOTA: Calon Lepasan STAM dikecualikan Fi Pemprosesan tambahan RM150. Fi pemprosesan tambahan RM150.00 akan dikenakan bagi calon yang lewat membuat bayaran dan lewat daftar.

    pendaftaran STAM

      Maklumat Lanjut

      Sebarang masalah berkaitan pendaftaran STAM, anda boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau e-mel:

      Soalan Lazim Pendaftaran STAM

      Bilakah tarikh pendaftaran STAM 2026?

      Pendaftaran dibuka dari 4 Mei hingga 19 Mei 2026.

      Bila peperiksaan STAM 2026 akan berlangsung?

      Peperiksaan dijadualkan pada Oktober 2026 (tertakluk kepada pindaan).

      Siapa yang boleh mendaftar?

      Calon sekolah
      Calon persendirian (baharu & mengulang)

      Di mana nak daftar STAM?

      Pendaftaran dibuat secara online melalui portal rasmi: https://sbppa.moe.gov.my

      Adakah pendaftaran dibuat secara manual atau online?

      Semua pendaftaran adalah secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem SBPPA.

      Calon persendirian perlu buat apa sebelum daftar?

      Calon persendirian perlu dapatkan pengesahan daripada JPN sebelum membuat pendaftaran.

      Macam mana nak buat pembayaran?

      Pembayaran dibuat secara online (FPX) melalui sistem SBPPA.

      Apa subjek yang ditawarkan dalam STAM?

      Antara subjek:

      Fiqh
      Hadith dan Mustolah
      Hifz Al-Quran dan Tajwid
      Tafsir dan Ulumuhu
      Tauhid dan Mantiq
      Nahu dan Sarf
      Insya’ dan Mutolaah
      Adab dan Nusus
      Arudh dan Qafiyah
      Balaghah

      Siapa perlu dihubungi jika ada masalah pendaftaran?

      Boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau e-mel:
      [email protected]
      03-8884 3785 / 3787

      Baca juga:

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut