Tarikh Bayaran Pencen JHEV ATM 2026

Pencen JHEV 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pencen JHEV 2026 melibatkan pelaksanaan Penyelarasan Pencen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) yang akan berkuat kuasa mulai Januari 2026.

Semua urusan berkaitan inisiatif ini dilaksanakan di Portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0.

Penyelarasan Pencen SSPA Fasa 2

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) telah melaksanakan Penyelarasan Pencen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2, yang akan mula berkuat kuasa pada Januari 2026.

Inisiatif ini bertujuan memastikan kebajikan veteran terus terpelihara melalui penyelarasan pencen yang lebih adil, munasabah dan selari dengan semakan gaji penjawat awam.

Objektif Penyelarasan Pencen SSPA Fasa 2

Pelaksanaan Penyelarasan Pencen SSPA Fasa 2 adalah kesinambungan daripada Fasa 1 yang telah dilaksanakan pada Disember 2024. Ia dirangka bagi memastikan pencen veteran ATM disesuaikan dengan struktur gaji perkhidmatan awam semasa, sekali gus membantu veteran menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Melalui pelaksanaan ini, JHEV ATM menzahirkan komitmen berterusan dalam menjaga kesejahteraan Veteran ATM agar kebajikan mereka terus terbela secara menyeluruh dan berterusan.

War Room Penyelarasan Pencen SSPA Fasa 2

Bagi memastikan veteran memperoleh maklumat yang tepat dan jelas, JHEV ATM menyediakan War Room Penyelarasan Pencen SSPA Fasa 2. Berikut adalah maklumat tentang War Room:

  • Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
  • Telefon / WhatsApp: 019-354 0943 / 019-335 4635

Kelayakan Penyelarasan Pencen SSPA Fasa 2

Veteran ATM yang LAYAK

  • Veteran ATM yang bersara sebelum atau pada 31 Disember 2025
  • Termasuk penerima pencen terbitan

Kategori yang TIDAK LAYAK

  • Elaun Tanggungan Nafkah
  • Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
  • Ex-Gratia Bencana Kerja
  • Pencen Orang Tanggungan (POT) Susunan 6@9
  • Pencen Hilang Upaya Susunan 2
  • Pencen Hilang Upaya Angkatan Sukarela

Kadar Penyelarasan Pencen Mengikut Kategori

Penyelarasan pencen dilaksanakan secara berperingkat melibatkan Fasa 1 dan Fasa 2:

1. Kumpulan Pelaksana & P&P (Gaji > RM3,000)

  • Jumlah penyelarasan keseluruhan: 15%
  • Fasa 1 (Dis 2024): 8%
  • Fasa 2 (Jan 2026): 7%

2. Kumpulan Pelaksana & P&P (Gaji < RM3,000)

  • Jumlah penyelarasan keseluruhan: 15%
  • Fasa 1 (Dis 2024): RM240
  • Fasa 2 (Jan 2026): 7%

3. Kumpulan Pengurusan Tertinggi

  • Jumlah penyelarasan keseluruhan: 7%
  • Fasa 1 (Dis 2024): 4%
  • Fasa 2 (Jan 2026): 3%

Kaedah Pengiraan Penyelarasan Pencen

Dua Langkah Pengiraan Mudah:

1. Pengiraan gaji akhir bersamaan 2026
Gaji akhir ditambah dengan peratus penyelarasan Fasa 2 (7% atau 3% mengikut kategori).

2. Pengiraan pencen baharu
Pencen dikira berdasarkan formula rasmi yang mengambil kira tempoh perkhidmatan dan gaji akhir bersamaan 2026.

Contoh simulasi pengiraan telah disediakan oleh JHEV ATM bagi kategori PEG dan LLP untuk membantu veteran memahami jumlah kenaikan pencen masing-masing secara lebih jelas.

Pecahan Kategori Pangkat Veteran ATM

Penyelarasan pencen turut melibatkan semua kategori pangkat, termasuk:

  • Kumpulan Pengurusan Tertinggi
  • Kumpulan Pengurusan & Profesional
  • Kumpulan Pelaksana (lain-lain pangkat)
    meliputi Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Pengenalan Portal VIBES 2.0 Bagi Pesara JHEV / Pencen ATM

Hasil usaha JHEV ATM menyediakan khidmat portal bagi kemudahan menyemak penyata pencen kini dilancarkan dan sedia untuk digunakan.

Kini segala urusan semakan berada di hujung jari anda. Menjimatkan masa, pantas dan boleh di semak pada bila-bila masa dan di mana saja anda berada.

Semakan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang vibes.jhev.gov.my untuk mendaftar akaun portal Vibes 2.0 dengan beberapa langkah mudah. Anda boleh mendaftar masuk setiap kali ingin menyemak penyata pencen anda secara ekspres.

JHEV ATM akan sentiasa prihatin akan kebajikan veteran dan akan terus berusaha mencapai objektif dalam memelihara hal ehwal kebajikan veteran. Sokongan dan usaha bersama untuk JHEV ATM memberikan yang terbaik buat anda.

Bagi mengakses ke dalam sistem ini, veteran mahupun penerima pencen perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu.

Kebaikan Sistem Online JHEV

Antara kebaikan sistem online ini adalah:

  • Memudahkan veteran menyemak sendiri penyata pencen secara atas talian
  • Merupakan sebuah sistem yang mudah dan user-friendly.
  • Memudahkan pihak Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Bahagian Pencen (BP) dan Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) mendapatkan penyata pencen bagi pihak pesara.
  • Memudahkan pihak BPM JHEV untuk melaksanakan penyelenggaraan sekiranya diperlukan.

Cara Pendaftaran

  1. Pergi ke URL berikut;  https://vibes.jhev.gov.my/portal/
  2. Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Klik Daftar Pengguna.
  3. Pilih ‘Jenis Pengguna’.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan.
  5. Kemudian, klik ‘Semak’ untuk membuat pengesahan.
  6. Tanda persetujuan ‘Terma dan Syarat’, sila isikan (/) pada kotak kosong berkenaan.
  7. Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi melalui e-mel.

Rujuk panduan pengguna melalui infografik berikut:

I) VETERAN ATM / WARIS

pencen atm JHEV

II) PENGGUNA DALAMAN

pencen atm JHEV

III) SYARIKAT

pencen atm JHEV

Baca juga: Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital Bagi Pesara 2022

Video Tutorial

Sumber: JHEV ATM

Kemaskini Maklumat Dalam Sistem

Untuk makluman, pihak JHEV ATM juga telah membangunkan VETERAN INTEGRATED BENEFIT SYSTEM 2.0 (VIBES) bagi kemudahan Veteran ATM membuat pelbagai urusan yang berkaitan perkhidmatan JHEV ATM.

Pengguna perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk mengakses perkhidmatan yang disediakan diportal VIBES 2.0. Sila baca manual pengguna yang disediakan sebelum membuat pendaftaran.

Pautan Portal VIBES 2.0;

https://vibes.jhev.gov.my/portal/

Tuan/puan boleh terus membuat pengemaskinian maklumat setelah login disistem VIBES 2.0.

Untuk pengemaskinian sila muat naik dokumen yang berkaitan untuk pengesahan dan kelulusan pegawai.

Sila baca manual pengguna yang disediakan bagi tatacara pengemaskinian maklumat.

Dokumen berkaitan perlu dimuat naik bagi pengemaskian maklumat :

  1. Buku perkhidmatan setiap mukasurat (pengemaskian perkhidmatan)
  2. Sijil lahir anak dan Mykid / Mykad (pengemaskinian maklumat anak)
  3. Mykad veteran dan pasangan (pengemaskinian status diri atau agama)
  4. Sijil nikah (jika berkaitan)
  5. Sijil cerai (jika berkaitan)
  6. Bil utiliti (untuk pengesahan alamat)

Jika bermasalah untuk pengemaskinian, sila hantarkan pengemaskinian di ruangan aduan beserta muat naik dokumen untuk dikemaskini.

Langkah Mendapatkan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM

  1. Layari Portal JHEV https://vibes.jhev.gov.my/
  2. Masukkan no tentera dan kata laluan yang didaftarkan.
  3. Anda akan dibawa ke halaman utama.
  4. Pilih menu SEMAKAN PENYATA.
  5. Pilih TAHUN PENYATA.
  6. Masukkan kod pengesahan.
  7. Tekan butang Cetak Penyata Pencen.
  8. Penyata pencen akan dipaparkan seperti bawah.

Jadual Pembayaran Pencen JHEV 2026

Jadual pembayaran pencen tahun 2026 bagi pesara tentera / Veteran ATM adalah seperti berikut:

  • Januari : 20 / 01 / 2026
  • Februari : 11 / 02 / 2026
  • Mac : 12 / 03 / 2026
  • April : 16 / 04 / 2026
  • Mei : 19 / 05 / 2026
  • Jun : 19 / 06 / 2026
  • Julai : 21 / 07 / 2026
  • Ogos : 20 / 08 / 2026
  • September : 22 / 09 / 2026
  • Oktober : 21 / 10 / 2026
  • November : 20 / 11 / 2026
  • Disember : 18 / 12 / 2026
Pencen JHEV 2026

Untuk membuat semakan bayaran pencen, potongan bayaran dan muat turun penyata pencen, veteran / waris boleh dapatkan secara terus di portal VIBES 2.0.

Sila daftar dan login di Portal VIBES 2.0 ini ; https://vibes.jhev.gov.my/portal/

Bagi Veteran ATM yang masih belum mendaftar, sila daftar dan membuat pengemaskinian maklumat peribadi dan akaun bank setelah login disistem VIBES 2.0. Pengemaskinian perlu disertakan dengan dokumen untuk pengesahan.

Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH)

Berikut merupakan syarat kelayakan skim Bantuan Sara Hidup kepada Veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas (BSH3) yang telah ditetapkan. Veteran perlu membuat permohonan dan mengemaskini maklumat pendapatan di portal VIBES 2.0 supaya proses permohonan dan kelulusan berjalan dengan lancar.

Tarikh bayaran adalah 15 haribulan setiap bulan. Jadual pembayaran akan dikeluarkan.

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup

Adalah dimaklumkan bahawa berikut merupakan syarat kelayakan skim Bantuan Sara Hidup khusus kepada Veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas.

  • Skim ini khusus kepada Veteran ATM tidak berpencen berumur 60 tahun ke etas.
  • Tidak perlu memohon. JHEV akan proses permohonan yang layak berdasarkan data dalam sistem VIBES 2.0 yang telah dikemaskini oleh veteran.
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) isi rumah mestilah tidak melebihi RM1,198.00,
  • BSH dibayar secara berterusan sehingga dimaklumkan.
  • Bantuan ini tidak dipanjangkan kepada balu dan penerima pencen KWAP.
  • Penerima sedia ada dalam kumpulan ini akan terus menerima.
  • Tarikh bayaran pada 15 hari bulan setiap bulan. Jadual pembayaran akan dikeluarkan.
  • Akaun bank veteran hendaklah aktif.
  • Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima.
  • Veteran berumur 60 tahun ke atas perlu mengemaskini data / maklumat dalam sistem VIBES 2.0.

Sebarang pertanyaan sila hubungi hotline JHEV : 03-2697 6600

Diharap agar veteran yang layak menerima bantuan tersebut dapat mengemaskini maklumat dalam VIBES 2.0 supaya proses seterusnya dapat berjalan dengan lancar.

Maklumat Lanjut Pencen JHEV / Vibes 2.0

JHEV ATM berperanan sebagai jabatan yang membantu dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM supaya mereka terus menjadi aset kepada negara & masyarakat.

JHEV ATM boleh dihubungi melalui talian atau klik link WhatsApp yang tertera :

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari portal rasmi JHEV ATM;

Sebarang pertanyaan/aduan sila lengkapkan ruangan aduan/maklumbalas di pautan ini : www.jhev.gov.my/aduan atau dipautan Aduan Dan Maklumbalas Portal VIBES 2.0 : https://vibes.jhev.gov.my/portal/aduannnewiframe.asp

Soalan Lazim – Pencen JHEV 2026

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Penyelarasan Pencen SSPA Fasa 2?

Penyelarasan Pencen SSPA Fasa 2 merupakan pelaksanaan pelarasan pencen susulan kepada pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), yang berkuat kuasa mulai Januari 2026 bagi Veteran Angkatan Tentera Malaysia yang layak.

2. Bilakah Penyelarasan Pencen SSPA Fasa 2 akan berkuat kuasa?

Penyelarasan Pencen SSPA Fasa 2 akan berkuat kuasa mulai Januari 2026.

3. Siapakah yang layak menerima penyelarasan pencen ini?

Penyelarasan pencen ini layak diterima oleh Veteran ATM yang bersara sebelum atau pada 31 Disember 2025, termasuk penerima pencen terbitan.

4. Siapakah yang tidak layak menerima Penyelarasan Pencen SSPA Fasa 2?

Kategori berikut tidak layak menerima penyelarasan:

Elaun Tanggungan Nafkah
Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
Ex-Gratia Bencana Kerja
Pencen Orang Tanggungan (POT) Susunan 6@9
Pencen Hilang Upaya Susunan 2
Pencen Hilang Upaya Angkatan Sukarela

5. Berapakah kadar penyelarasan pencen yang ditetapkan?

Kadar penyelarasan adalah berbeza mengikut kategori, iaitu:

Kumpulan Pelaksana dan P&P: sehingga 15% (Fasa 1 dan Fasa 2)
Kumpulan Pengurusan Tertinggi: sehingga 7% (Fasa 1 dan Fasa 2)

6. Bagaimanakah pengiraan penyelarasan pencen Fasa 2 dibuat?

Pengiraan penyelarasan pencen Fasa 2 dibuat berdasarkan gaji akhir bersamaan tahun 2026 selepas pelarasan gaji Disember 2024, dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan dan kadar peratusan yang telah ditetapkan mengikut kategori.

7. Mengapakah veteran digalakkan mendaftar dalam Portal VIBES 2.0?

Pendaftaran di Portal VIBES 2.0 membolehkan veteran mengakses maklumat terkini, pengumuman rasmi, program kebajikan serta pelbagai urusan berkaitan JHEV ATM secara dalam talian, sekali gus mengelakkan keciciran maklumat penting.

8. Jika seseorang pesara menerima pencen perkhidmatan dan pencen terbitan, adakah kedua-duanya akan diselaraskan?

Ya. Pencen perkhidmatan dan pencen terbitan akan diselaraskan secara berasingan tertakluk kepada kelayakan.

9. Adakah veteran perlu membuat permohonan untuk menerima penyelarasan pencen ini?

Tidak. Penyelarasan pencen akan dilaksanakan secara automatik kepada veteran yang layak tanpa memerlukan sebarang permohonan.

10. Adakah kenaikan pencen secara tahunan akan diteruskan selepas Fasa 2?

Tidak. Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan bertarikh 27 Jun 202t3, kenaikan pencen secara tahunan tidak dilaksanakan. Kenaikan pencen seterusnya hanya akan berlaku sekiranya terdapat semakan gaji penjawat awam pada masa hadapan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut