Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI): Pembiayaan Sehingga RM5000

Berita baik buat wanita terutamanya suri rumah di Selangor kerana permohonan bagi Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan atau NaDI telah dibuka.

Pengumuman mengenai skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan ini telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor dalam Belanjawan 2021 yang mana sebanyak RM15 juta akan diperuntukkan.

Pengenalan skim pembiayaan ini bagi memberi peluang pinjaman modal wang bagi pemohon wanita yang ingin memulakan perniagaan, terutamanya setelah ramai yang telah terkesan akibat pandemik COVID-19.

Skim ini ditawarkan melalui Hijrah Selangor dan khusus buat wanita mewakil isi rumah.

Jenis pembiayaan

Pembiayaan Niaga Darul Ehsan

Bayaran semula pinjaman yang diberikan pula adalah ansuran secara mingguan antara 25 minggu (6 bulan) hingga 150 minggu (3 tahun).

Dokumen yang diperlukan

Pemohon yang berminat untuk memohon pinjaman melalui Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI) ini perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk memudahkan proses permohonan:

  • Gambar Berukuran Pasport 2 Keping
  • Salinan IC Pemohon
  • Pegesahan Akaun Bank Aktif
  • Isi Borang Permohonan Hijrah
  • Salinan Bill Utiliti Premis Atau Tempat Tinggal

Dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas (kecuali gambar) mestilah dimuat naik dalam format PDF.

Cara memohon

Bagi individu yang berminat, anda dikehendaki untuk mengisi borang di pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login untuk dihubungi oleh pihak Hijrah Selangor.

Pemohon bagi skim NaDI ini tidak memerlukan lesen niaga dari SSM malah penyata akaun 3 bulan terkini juga tidak diperlukan.

Skim NaDI ini juga tidak terhad kepada kaum Melayu dan Bumiputera sahaja sebaliknya turut dibuka untuk semua kaum seperti Cina, India dan lain-lain lagi.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan persoalan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan ini, boleh layari halaman web rasmi Hijrah Selangor di alamat  www.hijrahselangor.com

Sebagai alternatifnya, anda juga boleh menghubungi terus mana-mana cawangan Hijrah Selangor berdekatan tempat tinggal anda.

Bagi pemohon yang layak, diharapkan pinjaman yang diberikan dapat digunakan sebagai modal permulaan perniagaan dengan sebaiknya untuk menjana pendapatan bagi diri anda seterusnya mengubah nasib diri anda.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!