Skim Go Digital: Pembiayaan Perniagaan Hingga RM5000 Hijrah Selangor

PINJAMAN PERNIAGAAN SKIM GO DIGITAL SEHINGGA RM5,000

Jom Mendigitalkan Perniagaan Anda Bersama Hijrah Selangor!

Memasarkan perniagaan dengan menggunakan platform digital menjadi pilihan kepada setiap para peniaga sama ada kecil atau besar pada abad ini.

Mungkin ada segelintir peniaga yang masih tidak memandang serius dengan hal ini kerana kebanyakannya mempunyai pemikiran bahawa pemasaran di atas talian tidak menguntungkan.

Kepada para peniaga diluar sana, pastikan anda menggunakan platform digital bagi memastikan hasil jualan anda ditahap maksima.

Hijrah Selangor menawarkan pinjaman perniagaan melalui Skim Go Digital bagi membantu para peniaga untuk memaksimumkan hasil jualan melalui platform digital.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Skim Go Digital ini.

skim go digital selangor
skim go digital selangor

Apakah Skim Go Digital Selangor?

Penggunaan digital dalam kalangan usahawan mikro dan kecil membantu memasarkan produk dan sercis mereka secara meluas, memudah, mempercepat proses pesanan dan pembayaran.

Skim pembiayaan Go Digital ini akan ditawarkan oleh Syarikat Peneraju secara pakej yang mengandungi:

  1. Sistem dan Peralatan
  2. Pemasaran
  3. Latihan
  4. Pemantauan
  5. Perkhidmatan Jalur Lebar (Selangor Data Internet)

Baca juga: SISM40 : Skim Internet Selangor M40 – Pakej Keluarga, Bujang & Asas

Syarat Kelayakan Skim Go Digital Selangor

SYARAT KELAYAKAN:

  1. PINJAMAN DARI RM1,000-RM5,000
  2. MEMPUNYAI LOKASI PREMIS YANG TETAP.
  3. MEMPUNYAI SSM.
  4. RAKYAT SELANGOR @ BERMASTAUTIN LEBIH DARI 5 TAHUN.
    DOKUMEN PERMOHONAN:-
  5. GAMBAR BERUKURAN PASSPORT PEMOHON (2 KEPING)
  6. SALINAN IC PEMOHON
  7. SALINAN LESEN SSM
  8. PENGESAHAN AKAUN BANK
skim go digital selangor

Baca juga: eBantuan JKM: Permohonan 11 Skim Bantuan JKM 2021 (Online/Manual)

Cara Permohonan

Berminat dengan skim ini?

Anda boleh menyemak sama ada anda layak di talian 03-5519 1692 atau mengisi Borang Permohonan Online di pautan berikut: https://forms.gle/r2ryDetuBt6Thf6V6

Latarbelakang Hijrah Selangor

Sejak tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM139 juta bagi HIJRAH SELANGOR memberikan pinjaman mikro kredit kepada usahawan kecil negeri Selangor bagi perlaksanaan program membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka serta menambah modal.

Yayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari pautan ini
http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32

https://www.hijrahselangor.com/?page_id=5526
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!