Urusan Pembaharuan Lesen & Roadtax Di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos 2021

Pembaharuan Lesen Memandu (LMM), Lesen Kenderaan LKM, GDL / PSV Sebelum 30 September 2021

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook memaklumkan bahawa tempoh moratorium perlanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) tidak akan disambung selepas 30 September 2021.

Ini kerana aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguat kuasa jabatan tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober ini.

“Orang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.

“Pemilik kenderaan yang LKM tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa,”

pembaharuan lesen memandu
pembaharuan lesen memandu
Sumber: Jalan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Pembaharuan Lesen Memandu & Urusan JPJ Di Kaunter Pejabat Pos Malaysia Bermula 9 Ogos 2021

JPJ telah berbincang dengan pihak POS Malaysia berkenaan pengoperasian semula urusniaga JPJ di semua cawangan POS Malaysia.

Pejabat POS Malaysia dijangka akan memulakan urusniaga JPJ di lebih 650 cawangan seluruh Malaysia bermula 9 Ogos 2021.

Dalam kenyataan tersebut, JPJ juga mengingatkan orang awam agar terus mematuhi SOP bagi melancarkan urusan secara fizikal di kaunter-kaunter berkenaan.

Orang ramai juga disaran membuat urus niaga secara dalam talian iaitu melalui Portal mySIKAP Awam ATAU menerusi myEG.

mySikap adalah sebuah portal atas talian rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Tidak terhad sekadar renew lesen memandu online, anda juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.

Bagi urusan di kaunter cawangan JPJ, kehadiran adalah secara temujanji dan kehadiran walk-in adalah tidak dibenarkan.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk aduan/ pertanyaan, sila klik http://jpj.spab.gov.my atau hubungi talian hotline myGCC: 03-8000 8000

E-mel: [email protected]

Laman Facebook Rasmi : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!