SELVAX: Senarai PPV ‘Walk-In’ Di Selangor / Lembah Klang 3-13 Ogos

PROGRAM VAKSIN SELANGOR (SELVAX KOMUNITI) KINI DIBUKA BAGI ‘WALK-IN’

Bagi memastikan seluruh rakyat di negeri Selangor menerima vaksin COVID-19 secepat mungkin dan mencapai ‘herd immunity’, Kerajaan Negeri Selangor kini membuka Program Vaksin Selangor (SelVAX Komuniti) kini dibuka untuk pra-pendaftaran dan ‘walk-in’.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program SELVAX dan cara membuat pendaftaran vaksin secara walk-in beserta senarai PPV yang terkini bagi program ini.

Apakah SELVAX?

Program Vaksin Selangor adalah satu usaha Kerajaan Selangor sebagai langkah sokongan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi mencapai sasaran imuniti kelompok.

Ia mengandungi program yang bertujuan mempercepatkan
proses inokulasi di kalangan kumpulan sasar yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Selangor (Program Kerajaan Negeri) dan program untuk melindungi ekonomi negeri Selangor yang menyumbang kepada hampir 25% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara (Program Industri).

Program Kerajaan Negeri akan diberi secara percuma kepada 250,000 orang yang masih belum menerima suntikan vaksin. Antara golongan yang terlibat adalah ahli Skim Peduli
Sihat dan kumpulan B40.

Program Industri pula ialah program berbayar terbuka kepada
syarikat dan majikan secara sukarela dan bertujuan untuk memberi vaksin kepada lebih kurang 1,000,000 pekerja. Bagaimanapun, kos pemberian vaksin di bawah Program Industri ini perlu ditanggung sepenuhnya oleh majikan dan tidak dibenarkan untuk
mengenakan sebarang kos ke atas pekerja mereka.

Anda boleh menggunakan kod baucer tertera di infografik tersebut bagi mendapatkan vaksin di PPV berhampiran anda bermula pada 3-13 Ogos 2021, 9 pagi-6 petang.

Kelayakan Program SELVAX-KOMUNITI

Program Vaksin Selangor (Selvax) ada 2 kategori iaitu Selvax Komuniti & Selvax Industri.

Bagi menyertai SELVAX-KOMUNITI, syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara dan bukan warganegara yang menetap di Lembah Klang (WPKL, Selangor dan Negeri Sembilan)
  • Berusia 18 tahun ke atas
  • Belum mendapat temujanji MySejahtera / PICK

Baca juga: Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara 2021. Pengajian Percuma!

Lokasi PPV Walk-In Selangor (SELVAX)

Lokasi / slot vaksinasi bermula 3-13 Ogos pada lokasi berikut:

BAGI WARGANEGARA:

  • Torpicana Gardens Mall, Kota Damansara
  • Evo Mall, Bandar Baru Bangi
  • Hotel De Palma, Shah Alam
  • Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya (3-9 Ogos sahaja)
  • Aurora Place, Bukit Jalil
  • Dewan Khas Komuniti (Sila rujuk laman web SELGATE atau aplikasi SELANGKAH)

BAGI BUKAN WARGANEGARA

Slot vaksinasi bagi bukan warganegara akan dibuka mulai dari 10-13 Ogos 2021.

  • Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya
  • Tapak-tapak khas yang ditetapkan. Sila rujuk laman sosial SELGATE atau aplikasi SELANGKAH untuk pengumuman lokasi / kod baucar.

Cara Pendaftaran

Anda boleh mendaftar di laman web SELANGKAH Vax (https://vax.selangkah.my).

  1. Muat turun Selangkah di Playstore / App Store
  2. Tekan butang Vax
  3. Tekan Temujanji > Semak Temujanji > Butang Ungu
  4. Masukkan Kod Baucar
  5. Pilih Tarikh
  6. Slot anda telah dijadualkan. Sila hadir ke PPV dengan membawa kad pengenalan atau pasport.

Baca juga: Permohonan Data Internet Selangor Percuma Selama 12 Bulan (DIS)

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Selvax di http://vax.selangkah.my atau hubungi 1-800-22-6600 untuk pertanyaan.

Instagram & twitter: @selangorvax

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!