Janji Temu Online Pejabat POS (Pembaharuan Lesen & Cukai Jalan JPJ)

TEMPAHAN JANJI TEMU ONLINE PEJABAT POS MALAYSIA BAGI URUSAN PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR (CUKAI JALAN) DAN LESEN MEMANDU

Berikutan pengumuman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan (roadtax) dan lesen memandu yang akan dibuka semula di Pejabat Pos mulai 9 Ogos 2021, pihak POS Malaysia memaklumkan bahawa janjitemu secara atas talian perlu dibuat terlebih dahulu.

Ia bertujuan bagi mengelakkan kesesakan semasa pandemik ini.

Setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu (1) slot temujnaji sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga (3) urusniaga setiap janjitemu.

Berikut dikongsikan kenyataan penuh POS Malaysia dan cara membuat tempahan slot janji temu Pejabat Pos secara online.

Baca juga: SELVAX: Senarai PPV ‘Walk-In’ Di Selangor / Lembah Klang 3-13 Ogos

Cara Menempah Slot Janji Temu Online Di Cawangan Pejabat Pos Malaysia

Untuk membuat temujanji Pejabat Pos online, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web Pos Malaysia atau aplikasi POS Malaysia
  2. Pilih menu Outlet Finder
  3. Pilih Negeri > Cawangan Pejabat Pos
  4. Klik link Temujanji Online
  5. Isikan butiran temujanji
  6. Simpan slip temujanji / tangkap layar (screenshot) sebagai bukti ketika hadir di Pejabat Pos

*NOTA: Pelanggan hanya boleh mula membuat temujanji mulai 8 Ogos 2021

janji temu pejabat pos
Pilih slot temujanji melalui Outlet Finder di SINI

Para pelanggan juga diminta untuk mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu dilakukan, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal 1 meter apabila mengunjungi premis POS Malaysia.

Orang ramai diingatkan agar mengelakkan daripada mengunjungi Pejabat Pos sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala COVID19.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi pihak POS Malaysia melalui AskPos di www.pos.com.my atau seperti yang tersedia di skin utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Baca juga: Urusan Pembaharuan Lesen & Roadtax Di Pejabat Pos Mulai 9 Ogos 2021

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!