Pelan Liberalisasi Visa: Galakan Kemasukan Pelancong Asing

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan Pelan Liberalisasi Visa bagi menggalakkan kemasukan pelancong asing ke negara ini.

Pelan Liberalisasi Visa bertujuan menjana hasil pendapatan negara dan akan dilaksanakan dengan penambahbaikan kemudahan imigresen sedia ada yang telah dinikmati pengembara ke Malaysia, termasuk dari Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Asia Barat.

Tarikh perlaksanaan

tarikh Pelan Liberalisasi Visa

Melalui Pelan Liberalisasi Visa, usaha penambahbaikan kemudahan imigresen sedia ada akan dilaksanakan mulai 1 Disember 2023.

5 Inisiatif Pelan Liberisasi Visa

Pelan Liberalisasi Visa ini merupakan satu inisiatif yang merupakan satu anjakan besar yang memperkenalkan lima inisiatif iaitu:

Pengecualian Visa Kepada Warganegara China dan India – Pemberian pengecualian visa bagi tempoh 30 hari kepada warganegara China dan India, akan bermula 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024.

Pengecualian Visa Kepada Warganegara China dan India

Pemberian Kemudahan Multiple Entry Visa (MEV) – Pemberian kemudahan ‘Multiple Entry Visa’ (MEV) bagi tempoh hingga 30 hari kepada semua pelancong yang ingin masuk ke Malaysia.

Multiple Entry Visa

Pas Graduan – pemberian Pas Lawatan Sosial (Jangka Panjang) dengan keberadaan hingga 12 bulan untuk pelajar antarabangsa yang telah tamat pengajian di Malaysia, bagi tujuan menyambung pengajian, melancong dan bekerja secara sambilan dalam sektor pekerjaan yang dibenarkan mengikut undang-undang di dalam negara.

pas graduan malaysia

Visa Transit Umrah – Pemberian visa transit umrah bagi tempoh tujuh hari melalui agensi pengendali umrah berdaftar bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

visa transit umrah Pelan Liberalisasi Visa

Penambahbaikan Tempoh Sah Laku Visa dan Tempoh Kelayakan Pas Lawatan Sosial – Penambahbaikan tempoh sah laku visa dipanjangkan daripada 3 bulan kepada 6 bulan, dan tempoh kelayakan Pas Lawatan Sosial diselaraskan kepada minimum 30 hari bagi semua negara yang memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia.

Penambahbaikan Tempoh Sah Laku Visa

Artikel berkaitan: Senarai Hitam PTPTN (Blacklist Imigresen Ke Luar Negara)

Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC)

Bermula pada 1 Disember 2023, Jabatan Imigresen Malaysia mewajibkan kepada semua warganegara asing untuk mengisi data di Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) secara dalam talian di portal JIM.

Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) ini boleh diakses melalui pautan https://imigresen-online.imi.gov.my/mdac/main

Kerajaan masih meneruskan proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard ( SOP) yang diguna pakai dan tidak akan dikompromi biarpun penambahbaikan kemudahan imigresen di bawah Pelan Liberalisasi Visa.

Perkara ini sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa akan menjadikan prosedur kemasukan pelancong asing lebih longgar.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!