Pelaburan Silver – Kelebihan & Cara Beli Secara Fizikal dan Digital

Pelaburan Silver
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pelaburan silver semakin mendapat perhatian kerana perak secara tradisionalnya dianggap sebagai logam berharga yang stabil, terutamanya ketika ketidaktentuan ekonomi dan inflasi meningkat.

Walaupun berpotensi menjadi aset pelaburan yang menjanjikan, pelabur tetap perlu menilai kelebihan serta risiko yang ada sebelum membuat keputusan.

Apa itu Pelaburan Silver

Pelaburan silver ialah satu bentuk pelaburan fizikal yang melibatkan pembelian logam perak seperti jongkong perak (silver bar) dan syiling dirham untuk tujuan simpanan dalam tempoh tertentu.

Pelabur akan menyimpan aset perak ini sebagai simpanan nilai dan menjualnya semula apabila harga silver di pasaran dunia meningkat, bagi mendapatkan keuntungan.

Berbeza dengan pelaburan jangka pendek, pelaburan silver biasanya sesuai untuk individu yang ingin melindungi nilai wang daripada inflasi serta memiliki aset fizikal yang mempunyai permintaan global.

Nilai perak dipengaruhi oleh harga pasaran dunia, permintaan industri, serta keadaan ekonomi semasa. Oleh itu, pelaburan ini memerlukan kesabaran dan pemahaman asas tentang pergerakan harga komoditi.

Kredit: Facebook Fahmi Adnan

Kelebihan Melabur Perak / Silver

Sebelum melihat dengan lebih lanjut potensi dan risikonya, penting untuk memahami terlebih dahulu apakah kelebihan melabur perak yang perlu anda tahu.

1. Harga Silver Lebih Volatile (Bergerak Lebih Agresif)

Antara keunikan silver ialah pergerakan harganya yang lebih liar berbanding emas.
Bila harga emas naik, silver selalunya boleh naik 2 hingga 3 kali ganda lebih laju. Namun, bila emas turun, silver juga boleh jatuh dengan ketara — malah ada ketika sehingga 50%.

Contoh paling jelas ialah sekitar tahun 2010–2011, di mana harga silver pernah melonjak hampir 100%, sebelum menjunam semula separuh selepas itu.

Dari sudut kelebihan, volatiliti ini membuka peluang keuntungan lebih besar untuk pelabur yang sabar dan bermental kuat. Namun, silver tak sesuai untuk mereka yang mudah panik atau kerap memerhati harga setiap hari.

2. Potensi Kenaikan Jangka Panjang Yang Besar

Ramai pakar logam berharga menjangkakan silver bakal menjadi “gold of the future”. Ini bukan sekadar cakap kosong, tetapi disokong oleh beberapa faktor penting:

  • Silver digunakan secara meluas dalam industri elektronik dan teknologi
  • Permintaan tinggi daripada sektor tenaga solar dan hijau
  • Lombong silver semakin berkurang
  • Silver yang digunakan dalam industri jarang dikitar semula kerana kosnya tidak berbaloi

Gabungan permintaan yang meningkat dengan bekalan yang semakin susut menjadikan silver mempunyai potensi kenaikan harga yang besar, malah berkemungkinan menandingi atau mengatasi emas dalam jangka panjang.

3. Kecairan Silver Lebih Rendah (Tetapi Masih Ada Pasaran)

Dari segi kecairan, silver tidak secair emas. Biasanya, hanya pengeluar asal yang sanggup membeli semula silver tersebut.

Berbeza dengan emas yang boleh dijual hampir di mana-mana kedai emas di seluruh dunia, pada bila-bila masa.

Setakat ini, di Malaysia, Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE) di bawah Public Gold merupakan antara institusi yang menerima pajakan silver — itu pun terhad kepada silver keluaran Public Gold sahaja.

Walaupun kurang cair, silver masih sesuai sebagai aset simpanan jangka panjang, bukan untuk jual beli kerap.

4. Penyimpanan Lebih Mencabar Berbanding Emas

Satu lagi perkara penting ialah dari sudut penyimpanan.
Silver lebih berat dan besar saiznya berbanding emas dengan nilai yang sama.

Jika simpan dalam jumlah banyak, satu kotak safe deposit box boleh cepat penuh, dan mungkin perlu sewa saiz lebih besar – kos pun meningkat.

Sebab itulah ramai pakar kewangan bertauliah mencadangkan strategi seimbang:

  • 70% emas
  • 30% silver

Emas lebih mudah disimpan, lebih cair dan lebih stabil, manakala silver berfungsi sebagai pelengkap untuk diversifikasi aset.

Pelaburan silver makin popular kerana perak kini bukan lagi sekadar logam berharga, tetapi aset strategik global.

Negara besar seperti China, India dan Rusia sedang membeli perak dalam jumlah besar bukan untuk spekulasi, sebaliknya bagi menjamin kelangsungan ekonomi dan keselamatan negara.

Perak sangat penting dalam ekonomi moden kerana digunakan secara meluas dalam panel solar, kenderaan elektrik, teknologi ketenteraan, AI, elektronik dan perubatan. Berbeza dengan emas, perak habis digunakan dan jarang dikitar semula, menyebabkan bekalan global semakin menyusut ketika permintaan terus meningkat.

Pada masa sama, kepercayaan terhadap dolar semakin melemah dan ketidaktentuan geopolitik meningkat.

Sejarah membuktikan bahawa apabila mata wang merosot, aset fizikal seperti perak akan menjadi rebutan. Inilah yang sedang berlaku sekarang apabila kerajaan-kerajaan dunia mula menimbun perak secara senyap.

Sepanjang 2025, kenaikan harga silver yang ketara turut membuka mata pelabur dan pedagang, termasuk di Malaysia.

Dengan harga yang lebih mampu milik berbanding emas serta pergerakan yang lebih dinamik, silver dilihat sebagai pelengkap strategik dalam portfolio pelaburan dan dagangan.

Kredit: Irfan.Saidali

Cara Beli Silver Fizikal di Malaysia

Silver fizikal merujuk kepada perak dalam bentuk jongkong (bar) atau syiling yang boleh disimpan sendiri. Antara cara untuk membeli silver fizikal di Malaysia ialah:

1. Beli daripada pengeluar atau dealer sah
Pilih syarikat yang mempunyai reputasi baik dan ketulenan terjamin, contohnya pengeluar jongkong dan syiling perak yang diiktiraf. Contohnya seperti Public Gold.

    2. Pilih produk silver yang standard
    Kebiasaannya silver fizikal mempunyai ketulenan 999 atau 999.9, sama ada dalam bentuk bar atau syiling pelaburan.

    3. Pastikan ada sijil dan cap ketulenan
    Silver fizikal yang baik mempunyai cop berat, ketulenan dan jenama pengeluar bagi memudahkan jualan semula.

    4. Simpan dengan selamat
    Disebabkan silver berat dan mengambil ruang, pelabur perlu menyediakan tempat simpanan yang selamat seperti peti besi di rumah atau safe deposit box.

    5. Fokus simpanan jangka panjang
    Silver fizikal lebih sesuai untuk tujuan simpanan dan diversifikasi aset berbanding jual beli kerap.

      Cara Beli Silver Digital di Malaysia

      Silver digital ialah pembelian perak secara atas talian tanpa perlu menyimpan fizikal di rumah. Pelabur memiliki nilai perak berdasarkan gram atau auns. Antara caranya:

      1. Gunakan platform pelaburan logam berharga
      Beberapa platform tempatan dan antarabangsa menawarkan pembelian silver secara digital dengan harga pasaran semasa. Contohnya seperti Public Gold.

      2. Beli mengikut gram atau nilai tertentu
      Silver digital membolehkan pembelian bermula dengan modal kecil, sesuai untuk pelabur baharu.

      3. Transaksi mudah dan pantas
      Pembelian, jualan dan pemantauan harga boleh dilakukan melalui aplikasi atau laman web.

      4. Tiada isu penyimpanan fizikal
      Silver disimpan oleh penyedia platform, mengurangkan risiko kehilangan dan kos simpanan.

      5. Pilihan penukaran kepada fizikal (jika ditawarkan)
      Sesetengah platform membenarkan silver digital ditebus kepada silver fizikal apabila cukup kuantiti minimum.

      Soalan Lazim – Pelaburan Silver

      1. Adakah pelaburan atau dagangan silver sesuai untuk pedagang baharu?

      Ya. Dengan harga yang lebih rendah berbanding emas serta pergerakan harga yang lebih aktif, silver sering dianggap sesuai untuk pedagang baharu yang ingin mencuba pelaburan atau dagangan logam berharga dengan modal lebih kecil.

      2. Apakah perbezaan utama antara pelaburan silver dan emas?

      Emas lebih tertumpu kepada simpanan nilai dan kestabilan jangka panjang, manakala silver mempunyai nilai industri yang tinggi. Dari sudut harga, silver biasanya bergerak lebih pantas dan agresif berbanding emas.

      3. Mengapa silver semakin popular dalam kalangan pedagang Malaysia?

      Silver semakin popular kerana kos kemasukan yang lebih rendah, peluang dagangan yang lebih kerap, serta disokong oleh permintaan industri global. Ini menjadikan silver lebih fleksibel untuk pelbagai strategi dagangan.

      4. Bagaimana cara untuk mula dagangan silver?

      Pedagang boleh bermula dengan menggunakan platform dagangan yang menyediakan akses kepada pasaran silver sebenar, seperti Public Gold dan XM, yang menawarkan alat analisis, pengurusan risiko dan sokongan untuk pedagang baharu.

      5. Adakah silver sesuai untuk simpanan jangka panjang?

      Ya. Selain sesuai untuk dagangan aktif, silver juga boleh dijadikan aset simpanan jangka panjang kerana bekalan yang semakin terhad dan permintaan industri yang berterusan.

      6. Adakah harga silver lebih berisiko berbanding emas?

      Harga silver sememangnya lebih volatile berbanding emas. Namun, volatiliti ini juga membuka peluang keuntungan yang lebih besar jika diuruskan dengan strategi dan kawalan risiko yang betul.

      Baca juga:

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut