Patching STPM – Cara Perbaiki Keputusan STPM 2025

patching stpm
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bagi mana-mana calon STPM 2025 yang berhajat untuk memperbaiki keputusan STPM anda, terdapat dua kaedah rasmi MPM yang anda boleh pilih iaitu, menduduki semula kertas semester 1, 2 atau 3 sahaja (patching STPM) atau satu lagi pilihan, menduduki semula STPM bersama kohort 2026.

Permohonan untuk patching STPM dibuka bermula 20 Jun sehingga 25 Jun 2026, manakala permohonan untuk menduduki semula STPM bersama kohort 2026 dibuka bermula 3-30 Ogos 2026.

Permohonan kedua-duanya boleh dilakukan melalui portal MPM di https://mympmapp.mpm.edu.my/login

Rujuk info penuh mengenai patching STPM dan kaedah memperbaiki keputusan STPM keseluruhan di bawah.

Kaedah Perbaiki Keputusan STPM 2025 – MPM

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan dua kaedah utama untuk calon Kohort STPM 2025 memperbaiki keputusan peperiksaan STPM.

Calon boleh memilih sama ada mahu menduduki peperiksaan khas secara Kaedah Tampal (Patching) atau menduduki semula peperiksaan penuh bersama kohort 2026 tahun ini.

Apa beza kedua-dua kaedah ini?

patching stpm
Sumber: Facebook Majlis Peperiksaan Malaysia

Patching STPM

Kaedah Tampal (Patching) STPM 2025 ini dikhaskan untuk calon STPM Kohort 2025 yang baru menerima keputusan keseluruhan dan hanya mahu mengulang kertas subjek tertentu sahaja.

Calon hanya perlu menduduki semula kertas peperiksaan bagi semester yang ingin diperbaiki (Semester 1, 2, atau 3).

Keputusan terbaik akan digabungkan (ditampal) ke dalam sijil asal STPM 2025 anda. Keputusan ini boleh digunakan untuk permohonan Ambilan Kedua IPT Sesi 2026/2027.

Sumber: Portal MPM

Maklumat Penting Patching STPM

  • Tarikh Pendaftaran: 20 Jun hingga 25 Jun 2026.
  • Pautan Pendaftaran: Boleh mendaftar secara dalam talian di Sistem MyMPMApp.
  • Kadar Yuran:
    • Yuran Asas: RM120.00.
    • Yuran Setiap Subjek: RM50.00.

Tarikh Peperiksaan (Tahun 2026):

  • Semester 1: 27 Julai – 3 Ogos 2026.
  • Semester 2: 4 Ogos – 11 Ogos 2026.
  • Semester 3: 12 Ogos – 20 Ogos 2026.

Lokasi: Di pusat peperiksaan yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Cara Mohon Patching STPM

  1. Layari portal rasmi MPM atau terus klik pautan berikut: https://mympmapp.mpm.edu.my/login
  2. Klik ‘Patching STPM’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik Login.

Ikuti arahan selanjutnya dan hantar permohonan.

Patching STPM - Cara Perbaiki Keputusan STPM 2025

Memperbaiki Keputusan Keseluruhan STPM

Kaedah ini melibatkan pendaftaran semula peperiksaan secara menyeluruh bersama-sama calon baharu kohort 2026.

Calon akan mendaftar sebagai calon persendirian atau calon sekolah swasta untuk menduduki peperiksaan penuh STPM kohort 2026.

Maklumat Penting Memperbaiki Keputusan Keseluruhan

  • Tarikh Pendaftaran: 3 Ogos hingga 30 Ogos 2026.
  • Kelebihan: Calon akan menerima Sijil STPM baharu (Sijil STPM 2026).
  • Kekurangan: Keputusan keluar pada tahun 2027, bermakna anda perlu menunggu setahun lagi untuk memohon universiti menggunakan sijil baharu ini.
  • Pautan Pendaftaran: Boleh mendaftar secara dalam talian di Sistem MyMPMApp.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Patching STPM

Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai Cara Perbaiki Keputusan STPM 2025 termasuklah kaedah Patching STPM melalui:

  1. Portal Majlis Peperiksaan Malaysia
  2. Facebook Majlis Peperiksaan Malaysia
Adakah keputusan gred yang lebih rendah akan menjejaskan gred asal?

Tidak. Sistem MPM secara automatik akan memilih gred terbaik antara peperiksaan asal dan peperiksaan patching untuk dimasukkan ke dalam sijil gabungan.

Bolehkah saya memilih mana-mana semester untuk diulang?

Ya. Calon bebas memilih untuk menduduki semula kertas peperiksaan bagi Semester 1, Semester 2, atau Semester 3 (atau ketiga-tiganya sekali) mengikut subjek yang ingin diperbaiki.

Adakah saya perlu menduduki semula Kerja Kursus (KK) / PBS?

Tidak. Peperiksaan patching hanya melibatkan ujian bertulis sahaja. Markah Kerja Kursus (KK) asal yang anda perolehi pada tahun 2025 akan dikekalkan dan digabungkan dengan markah bertulis baharu.

Berapakah kali kaedah patching ini boleh digunakan?

Kaedah ini hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Bagaimanakah rupa bentuk sijil STPM selepas proses patching?

Anda akan menerima satu Sijil STPM Gabungan yang baharu. Di dalam sijil tersebut, MPM hanya akan memaparkan gred-gred terbaik yang telah dipilih secara automatik. Sijil lama anda perlu dikembalikan kepada MPM semasa menuntut sijil baharu ini.

Adakah keputusan patching sempat digunakan untuk UPUOnline tahun ini?

Ya, ia boleh digunakan untuk Ambilan Kedua (Second Intake) sesi 2026 universiti awam atau permohonan kemasukan tahun berikutnya (Sesi 2027/2028).

Bolehkah saya tukar subjek baharu semasa mendaftar patching?

Tidak boleh. Anda hanya dibenarkan mengulang subjek yang telah anda ambil dalam peperiksaan STPM 2025 sahaja. Anda tidak boleh menukar atau menambah subjek baharu yang tidak pernah diambil sebelum ini.

Di manakah saya akan menduduki peperiksaan patching ini?

Anda akan ditempatkan di Pusat Peperiksaan Calon Persendirian (biasanya di sekolah menengah harian terpilih) yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berdasarkan daerah yang anda pilih semasa mendaftar.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut