Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2025, Rujuk Di Sini.

Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2025, Rujuk Di Sini.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Keputusan STPM 2025 telah diumumkan pada 24 Jun 2025 bermula jam 10.00 pagi. Calon boleh menyemak keputusan secara online, SMS, atau di sekolah masing-masing.

Rayuan Semak Semula Keputusan STPM biasanya dibuka SELEPAS keputusan diumumkan.

Bagi calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan yang diterima, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan peluang untuk membuat rayuan semak semula keputusan STPM.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat rayuan semak semula keputusan STPM bagi pelajar yang berkenaan.

Rayuan Semak Semula Keputusan STPM

Rayuan semak semula keputusan STPM adalah proses rasmi yang membolehkan calon memohon semakan semula skrip jawapan peperiksaan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh.

Proses ini bertujuan memastikan tiada kesilapan teknikal atau pengiraan markah yang terlepas pandang.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan peluang untuk membuat rayuan semak semula keputusan STPM kepada semua calon yang berminat dan menepati syarat.


Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato’ Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

Fungsi Utama Berdasarkan Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225], tugas utama MPM ialah mengelolakan

  1. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sejak tahun 1982
  2. Ujian Malaysian University English Test (MUET) sejak tahun 1999. Mulai tahun 2019, di samping MUET sesi, ujian MUET juga telah ditawarkan secara kaedah ujian MUET on Demand (MoD)
  3. Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) sejak tahun 2016

Ujian lain yang dimiliki oleh MPM ialah ujian psikometrik yang dikenali Career Selection Inventory for Malaysian (CaSIM 1 dan CaSIM II) yang dilancarkan pada tahun 2011.

Ujian ini digunakan bagi memilih calon yang sesuai untuk mengikuti program yang bersesuaian di IPT dan bagi tujuan memilih pekerja berdasarkan minat kerjaya, personaliti, kecerdasan emosi, nilai integriti, dan kemahiran insaniah.

Tarikh Penting Rayuan Semak Semula STPM 2025

  • Keputusan STPM 2025 diumumkan: 24 Jun 2025
  • Tempoh permohonan rayuan: 5 hari bekerja selepas keputusan diumumkan
  • Keputusan rayuan: Dijangka dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan

Pastikan anda sentiasa merujuk laman rasmi MPM untuk sebarang perubahan atau pengumuman terkini.

>> Sistem semak semula STPM 2025 boleh dilakukan melalui pautan rasmi: https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/

Keputusan bagi rayuan semakan semula akan dikeluarkan dalam tempoh 15 hari selepas tarikh tutup permohonan.

Bayaran Permohonan

Bayaran permohonan Rayuan Semakan Semula adalah RM50.00 bagi satu matapelajaran.

Cara Memohon Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2025

Cara Mohon Rayuan Semak Semula

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi MPM di https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/.
  2. Masukkan butiran peribadi, nombor kad pengenalan dan maklumat berkaitan subjek yang ingin disemak semula.
  3. Lakukan pembayaran. Yuran permohonan ialah RM50.00 bagi setiap kertas peperiksaan.
  4. Hantar permohonan. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap sebelum menghantar permohonan.
  5. Keputusan rayuan akan diumumkan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan.

Syarat & Peraturan Rayuan Semak Semula

    • Permohonan hanya untuk calon STPM: Hanya calon yang telah menduduki peperiksaan STPM pada tahun semasa layak memohon rayuan semak semula keputusan.
    • Tempoh permohonan: Permohonan hanya dibuka selama 5 hari bekerja selepas keputusan STPM diumumkan. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
    • Bilangan permohonan: Setiap calon hanya boleh membuat satu permohonan semak semula bagi setiap semester.
    • Keputusan rayuan: Keputusan rayuan semak semula akan diumumkan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan. Keputusan adalah muktamad dan tiada rayuan kedua dibenarkan.
    • Tiada pemulangan bayaran: Bayaran permohonan tidak akan dikembalikan walaupun keputusan tidak berubah.
    • Pengemaskinian subjek: Pengemaskinian subjek yang dimohon hanya boleh dilakukan pada hari yang sama dengan hari permohonan, sekiranya permohonan awal telah berjaya.
    • Setiap permohonan adalah muktamad. Tiada rayuan kedua selepas keputusan diumumkan.

    Tarikh Keputusan Semakan Semula STPM

    Keputusan rayuan semak semula STPM 2025 akan diterima dalam tempoh 15 hari selepas tarikh tutup permohonan.

    Semakan boleh dibuat di pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/

    Maklumat Lanjut

    Sebarang pertanyaan mengenai rayuan semak semula STPM boleh diajukan melalui e-mel [email protected]

    ATAU, rujuk saluran berikut untuk sebarang update terkini :

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut