Orang-orang di sekitar Shah Alam sebenarnya sangat beruntung kerana di Shah Alam sahaja, terdapat begitu banyak pasar malam yang dibuka.
Pasar malam merupakan konsep pasar yang terdiri daripada gerai mudah alih yang bermula pada waktu petang sehingga waktu malam sahaja.
Sekiranya anda mencari pelbagai juadah menarik untuk makan malam, pasar malam merupakan antara lokasi menarik yang boleh anda pergi kerana disinilah terdapat banyak juadah yang dijual pada harga yang berpatutan.
Namun, pastikan anda pandai mengawal nafsu kerana kita biasanya cenderung untuk berbelanja secara keterlaluan sehingga menyebabkan pembaziran apabila makanan dan minuman yang dibeli tidak dihabiskan.
Lokasi dan hari operasi pasar malam
Seperti mana yang anda tahu, kawasan Shah Alam terletak di bawah penyeliaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Oleh itu, lokasi pasar malam dan hari operasi sesebah pasar malam di Shah Alam adalah tertakluk pada kebenaran yang diberikan oleh pihak MBSA.
Setiap tahun lokasi dan hari operasi malam boleh dikatakan tidak berubah daripada tahun ke tahun dan berikut merupakan lokasi dan hari operasi pasar malam di kawasan sekitar Shah Alam:
Kawasan | Lokasi Tapak | Hari Operasi |
Seksyen 6 | Tempat Letak Kereta Pasar Moden | Selasa & Jumaat |
Seksyen 7 | Jalan Plumbum 7/98 (Belakang Gerai Majlis) | Rabu |
Seksyen 16 | Jalan 16/3 | Isnin |
Seksyen 17 | Tempat Letka Kereta Pasar Malam Seksyen 17/9 | Selasa |
Seksyen 17 | Jalan Padang, Kg. Padang Jawa | Jumaat |
Seksyen 18 | Jalan 18/A dan 18/2 | Isnin |
Seksyen 19 | Jalan 19/D dan 19/E | Sabtu |
Seksyen 20 | Jalan Singa C 20/C | Sabtu |
Seksyen 24 | Jalan 24/B dan 24/15 | Rabu |
Seksyen 25 | Jalan 25/38 | Jumaat |
Seksyen 27 | Jalan 27/6 | Khamis |
Seksyen 28 | Jalan 28/35 | Isnin |
Seksyen 30 | Lorong Hj Yusof, Kg. Jalan Kebun | Selasa |
Seksyen 30 | Lorong Hj Said, Kg. Jalan Kebun | Jumaat |
Seksyen 31 | Jalan Anggerik Mokara 31/E (Kota Kemuning) | Selasa |
Seksyen 32 | Jalan Rezab Buang, Kg. Bukit Naga | Jumaat |
Seksyen 34 | Jalan Stering 34/6 | Isnin |
Seksyen 36 | Jalan Sg. Kandis, Kg. Sungai Kandis | Rabu |
Seksyen 36 | Jalan Nagasari 36/1, Desa Latania | Sabtu |
Seksyen U2 | Jalan Saujana Indah 1 (TTDI Jaya) | Jumaat |
Seksyen U5 | Jalan Bulan BV U5 (Subang 2) | Sabtu |
Seksyen U5 | Kg. Melayu Subang Tambahan | Khamis |
Seksyen U5 | Mah Sing (Jalan U5/18A, Pinggiran Subang) | Rabu |
Seksyen U6 | Dataran Pasar Tani, Kg. Bertik Subang | Isnin |
Seksyen U6 | Dataran Pasar Tani, Kg. Melayu Subang | Sabtu |
Seksyen U13 | Jalan A U13/A, Setia Alam | Ahad |
Seksyen U16 | Taman Bukit Subang | Rabu |
Seksyen U19 | Kg. Paya Jaras Tengah | Selasa, Khamis & Sabtu |
Seksyen U20 | Jalan Perushaan 1/A | Isnin |
Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perubahan pada senarai di atas, anda boleh maklumkan kepada kami untuk dikemaskini maklumat yang dipaparkan dalam jadual di atas.
Artikel berkaitan: Senarai Pasar Malam Selangor
Sistem ePenjaja: Permohonan permit pasar malam
Bagi penjual yang berminat untuk mendapatkan permit pasar malam di sekitar Shah Alam, anda boleh berbuat demikian dengan membuat permohonan permit daripada pihak MBSA.
Permohonan permit ini boleh dibuat melalui sistem ePenjaja di alamat https://epenjaja.mbsa.gov.my/
Selain permit pasar malam, melalui sistem ePenjaja juga anad boleh memohon pelbagai jenis permit berniaga di sekitar Shah Alam seperti permit pasar pagi, bazar ramadan, pasar tani, bazarena, penjaja sementara dan sebagainya
Soalan Lazim Pasar Malam Shah Alam
1. Apakah syarat utama untuk memohon lesen penjaja?
- Pemohon yang mempunyai tunggakan kompaun / tidak menjelaskan bayaran cukai pintu tidak akan dipertimbangkan.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 65 tahun sahaja yang layak dipertimbangkan.
- Proses kelulusan tapak adalah bergantung kepada kekosongan petak/ laporan teknikal.
- Keutamaan akan diberi kepada warga Shah Alam.
- Pemilihan juga adalah berdasarkan kepada kriteria atau kelayakan yang ditetapkan oleh Majlis.
- Semua permohonan akan diproses berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Mengkaji & Memproses Permohonan Lesen pada setiap bulan.
2. Berapakah jumlah bayaran atau fi lesen yang dikenakan?
3. Apakah waktu operasi pasar malam Shah Alam?
Kebanyakan pasar malam beroperasi dari 4:00 petang hingga 10:00 malam, dengan waktu paling sibuk antara 6:00 petang hingga 9:00 malam. Semasa perayaan, waktu operasi boleh dilanjutkan hingga 10:30 malam atau 11:00 malam.
4. Apakah jenis barangan atau makanan yang boleh didapati di Pasar Malam Shah Alam?
Pasar Malam Shah Alam menawarkan pelbagai jenis barangan dan makanan. Anda boleh menemui makanan tempatan yang popular seperti nasi lemak, laksa, murtabak, kuih-muih tradisional, sate, dan pelbagai jenis minuman. Selain itu, terdapat juga gerai yang menjual pakaian, aksesori, barangan runcit, buah-buahan segar, sayur-sayuran, dan barangan keperluan harian yang lain.
5. Adakah pasar malam Shah Alam beroperasi ketika hujan?
Kebanyakan pasar malam masih beroperasi ketika hujan ringan. Namun, jika hujan lebat atau ribut petir, sebilangan peniaga mungkin tidak membuka gerai atas faktor keselamatan dan keselesaan pelanggan.
6. Siapa yang menguruskan lesen perniagaan pasar malam di Shah Alam?
Lesen perniagaan pasar malam di Shah Alam dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Peniaga perlu memohon dan mematuhi syarat-syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
7. Bagaimana cara untuk memohon permit berniaga di pasar malam Shah Alam?
Jawapan: Permohonan boleh dibuat melalui sistem ePenjaja MBSA di laman rasmi ePenjaja MBSA. Peniaga perlu mendaftar dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.