Koleksi Pantun Terima Kasih dan Penghargaan

Terdapat pelbagai cara untuk mengucapkan terima kasih kepada seseorang, antaranya termasuklah melalui pantun.

Contohnya, dalam memberikan ucapan di khalayak ramai, berbanding hanya menurutkan ungkapan “terima kasih”, lebih manis sekiranya tujuan penghargaan tersebut diungkapkan dalam rangkap-rangkap pantun.

Apa itu “Pantun?

Pantun merupakan satu cara masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu menyampaikan nasihat, pedoman, teguran, kata-kata semangat dan sebagainya.

Menurut Za’ba, perkataan ‘pantun’ dipercayai datang hasil terbitan ‘sepantun’ yakni bermaksud ‘seperti’, ‘seumpama’ atau ‘macam’.

Pantun boleh diolah untuk pelbagai mesej dan tujuan, termasuklah ketika mengucapkan terima kasih kepada seseorang.

Artikel berkaitan: Pantun Untuk Guru – Koleksi Pantun Sempena Hari Guru

Contoh Pantun Terima Kasih

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti;
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
menjadi kenangan sepanjang zaman.

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan;
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu;
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

Berkejar-kejaran ombak dilaut,
Menyentuh pantai berpasir bersih,
Budi tuan disebut-sebut,
Kerja selesai dan terima kasih.

Merah menyala si buah ceri,
Sungguh cantik berseri-seri;
Terima kasih ucapan diberi,
Kerana sudi datang ke mari.

pantun terima kasih

Bersarang lebah dipohon palas,
burung kelicap di pohon selasih,
Pengetahuan bertambah penerangan jelas,
Majlis mengucapkan terima kasih.

Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.

Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menolong kami;
Kalau ada kesulitan kami,
Diharap sudi bantulah lagi.

Pohon selasih di dalam kolam,
Anak haruan berenang-renang,
Terima kasih kami ucapkan,
Budi tuan menjadi kenangan.

Terbang selisih siburung kedidi,
Terbang berduyun di waktu pagi,
Terima kasih daun keladi,
di lain tahun berjumpa lagi.

Buah selasih buah kelubi,
di dalam dulang hidangan pagi,
Terima kasih daun keladi,
Bila diundang datanglah lagi.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!