Koleksi Pantun Perpisahan Guru, Persaraan & Sahabat

Dapatkan koleksi pantun perpisahan yang bermakna buat sahabat, rakan sekerja, guru dan kenalan anda disini.

Pantun merupakan satu cara masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu menyampaikan nasihat, pedoman, teguran, kata-kata semangat dan sebagainya.

Menurut Za’ba, perkataan ‘pantun’ dipercayai datang hasil terbitan ‘sepantun’ yakni bermaksud ‘seperti’, ‘seumpama’ atau ‘macam’.

Pengenalan

Secara ringkasnya, pantun ini mestilah karangan berangkap, terdiri dari jumlah baris yang genap. Separuh daripadanya pembayang dan separuh kemudian maksud.

Apa yang membezakannya dengan jenis-jenis pantun lain adalah tema yang dibawakan dalam pantun perpisahan – dalam hal ini perpisahan antara individu/kumpulan dengan individu/kumpulan yang lain.

Artikel berkaiitan: 30 Koleksi Pantun Nasihat Kanak-Kanak Popular & Lucu

Contoh Pantun Perpisahan Dengan Guru

Berikut merupakan koleksi pantun perpisahan dengan guru yang berpindah sekolah atau bersara:

Nona manis nama timangan,
Kecil molek senyuman menawan,
Jasa baktimu sentiasa dikenang,
Budi baikmu kekal diingatan

Bunga dedap di atas para,
Anak di susun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf di pinta.

Bunga mawar ada di tepi sawah,
Sungguh elok di samping batu,
Apabila nanti kita berpisah,
Janganlah pernah kamu lupakan aku.

Hilangmu tiada pengganti,
hanya tinggal kenangan abadi,
terima kasih jasa di beri,
akan kami semai di hati.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.

Promosi: Hadiah / Cenderahati menarik untuk penghargaan / majlis perpisahan

Contoh Pantun Perpisahan Dengan Rakan Sekerja

Berikut merupakan koleksi pantun perpisahan dengan rakan sekerja yang berpindah tempat kerja yang baru:

Sungguh manis buah rambutan,
Enak dimakan perlahan lahan,
Bila ada sebuah pertemuan,
Pasti datang sebuah perpisahan.

Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam dupa,
Budi yang baik jadi kenangan,
budi tuan kami tak lupa.

Menyusun pantun memakai rima,
Rima dibuat menjadi kisah,
Bertahun-tahun kerja bersama,
Tibalah masa untuk berpisah.

Berasah parang bersepuh lama,
menjadi senjata pahlawan handal,
Susah senang ditempuh bersama,
Menjadi jasa buat yang tinggal.

Santap sarapan di atas meja,
Santapan bersama dengan sahabat,
Bertahun kita bersama kerja,
Hari ini berpisah tempat.

Perpisahan Dengan Sahabat

Berikut merupakan koleksi pantun perpisahan dengan rakan-rakan di sekolah yang berpindah sekolah untuk melanjutkan pengajian di tempat baru:

Baju seragam terlihat gagah,
Pulang sekolah membawa buku,
Takdir berpisah tak dapat dicegah,
Selamat tinggal rakan terbaikku.

Wangi aroma dari kayu gaharu,
Tempat bermain bagi anak rotan,
Apabila berjumpa teman baru,
Teman lama janganlah dilupakan.

Main bola atas padang,
Sambil main makan celagi,
Kalau ada umur panjang,
Kita akan berjumpa lagi.

Tanjung sauh di pulau bintan,
Tempat berlabuh orang penyengat,
Berpisah jauh bercerai badan,
Sahabat handai tetap kuingat.

Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.

pantun perpisahan

Pantun Perpisahan Umum

Berikut merupakan koleksi pantun perpisahan umum yang boleh digunakan dalam pelbagai keadaan atau peristiwa:

Gadis manis membawa belati,
Belati itu dibawa bersama dengan peti,
Janganlah suka bersedih hati,
Walau perpisahan harus menghampiri.

Putih-putih si bunga melati,
Melati disimpan di dalam lemari,
Janganlah dikau bersedih hati,
Meski perpisahan datang menghampiri.

Mudik ke hilir berperahu layang,
Singgah sebentar di Indera Giri,
Pergilah kasih pergilah sayang,
Pandai-pandailah menjaga diri.

Dari mana hendak kemana,
Tinggi rumput dari padi,
Tahun mana bulan mana,
Dapat kita berjumpa lagi.

Bunga kemboja putih berseri,
Putihnya melur diujung dahan,
Atas kerjasama dan bantuan yang diberi,
Puji syukur dan terimakasih kami ucapkan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!