Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pantun merdeka adalah salah satu cara untuk menyampaiakn ucapan kemerdekaan dengan estetika, bahasa yang indah dan mesej yang mendalam.

Melalui rima yang kemas dan pembayang yang dekat dengan alam, bait-bait pantun merdeka mampu menyentuh hati, membangkitkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia, serta mengingatkan kita untuk terus menjaga kedaulatan negara demi generasi masa hadapan.

Jom kita tengok 30+ contoh pantun merdeka di bawah.

50+ Contoh Pantun Merdeka

Berikut merupakan koleksi Pantun Merdeka yang boleh anda kongsikan di akaun sosial media anda sempena bulan kemerdekaan bagi menyemai semangat patriotik cintakan negara kita, Malaysia.

Kategori 1: Semangat Patriotik & Sayangkan Negara

  • Burung merpati terbang ke jeti,
    Hinggap sebentar di pohon jati;
    Sumpah setia sehidup semati,
    Tanah airku kekal di hati.
  • Indah nian pulau langkawi,
    Tempat pelancong datang bertamu;
    Semangat merdeka kami jiwai,
    Negara makmur sedia berkhidmat untukmu.
  • Pokok beringin tumbuh melata,
    Tempat teduhan si burung tekukur;
    Malaysia ini negara kita,
    Rakyatnya aman sentiasa bersyukur.
  • Bunga raya merah membahang,
    Mekar indah di tepi taman;
    Kibarkan megah Jalur Gemilang,
    Tanda cinta sepanjang zaman.
POSTER HARI MERDEKA 2026 (6)
  • Pekan baru di jalan halia,
    Tempat jualan kain sutera;
    Bangga menjadi anak Malaysia,
    Negara berdaulat maju sejahtera.
  • Manis rasanya kuih si Ati,
    Duduk makan di atas batu;
    Cinta negara semat di hati,
    Kedaulatan dipelihara setiap waktu.
  • Padi menguning di tengah sawah,
    Burung pipit terbang sekawan;
    Biar berbeza kaum dan wajah,
    Setia pada negara jadi kewajipan.
  • Pergi ke pasar membeli rempah,
    Buat hidangan makan kenduri;
    Taat setia tidak berubah,
    Padamu Malaysia tumpah darahku sendiri.

Kategori 2: Menghargai Pejuang & Sejarah Kemerdekaan

  • Pucuk paku di dalam raga,
    Masak lemak cili api;
    Jasa pejuang wajib dijaga,
    Kemerdekaan ini kita rapikan di dalam hati.
  • Tumbuh subur pohon semalu,
    Di tepi sawah dipijak keldai;
    Kenang kembali sejarah lalu,
    Biar merdeka tidak tergadai.
  • Malam hari pasang pelita,
    Terang cahaya di balik awan;
    Tiga puluh satu Ogos tarikh keramat kita,
    Hasil titisan darah para pahlawan.
  • Kain songket ditenun indah,
    Dipakai megah usai solat Jumaat;
    Ratusan tahun dijajah sudah,
    Kini merdeka bawa rahmat.
POSTER HARI MERDEKA 2026 (5)
  • Pergi ke hutan mencari rotan,
    Rotan diikat dibawa pulang;
    Mari hargai erti kebebasan,
    Jasa tokoh sentiasa dijulang.
  • Mendayung sampan ke muara,
    Membawa raga berisi ikan;
    Tokoh terdahulu berkorban lara,
    Demi melihat negara aman.
  • Singgah sebentar di Melaka,
    Melihat kota peninggalan sejarah;
    Bukan mudah mendapat merdeka,
    Jangan biarkan ia musnah.
  • Pokok nangka berbuah lebat,
    Diambil orang buat gulai;
    Tokoh pejuang sangat hebat,
    Sanggup berkorban harta dan nyawa bernilai.

Kategori 3: Perpaduan & Kepelbagaian Kaum

  • Pokok kelapa, pokok pandan ,
    Tumbuh tinggi di tepi pantai;
    Melayu Cina India dan Kadazan,
    Hidup harmoni damai sentiasa dicapai.
  • Manis sekali buah duku,
    Dibeli mari di kedai Pak Ali;
    Satu bangsa satu bangsaku,
    Rakyat bersatu teguh sekali.
  • Burung enggang di atas dahan,
    Mencari makan bersama teman;
    Kepelbagaian budaya satu keindahan,
    Tiang perpaduan zaman-berzaman.
  • Masak merah lauk ayam,
    Makan bersama ulam raja;
    Jangan biarkan hasutan bersemayam,
    Rakyat bersatu, kejayaan dijaja.
POSTER HARI MERDEKA 2026 (3)
  • Turun ke bendang memakai caping,
    Membawa bekal kuih akok;
    Bahu-membahu saling berdamping,
    Kaum berbilang tetap seronok.
  • Anak gembala meniup seruling,
    Duduk bersila di atas titi;
    Saling hormat, jangan hutang keliling,
    Tetap bersatu, sampa mati.
  • Anyam ketupat di hari raya,
    Hidangan wajib mesti ada;
    Negara kita kaya budaya,
    Jaga perpaduan, kita kan saudara.
  • Pergi menjala di lubuk dalam,
    Dapat senangin masak lemak;
    Tolak rasisme siang dan malam,
    Kita satu bangsa walaupun lain emak!

Kategori 4: Harapan Masa Depan & Laungan Merdeka

  • Kain pelekat corak berkotak,
    Dipakai oleh anak muda;
    Ayuh semua kita bersorak,
    Merdeka! Merdeka! Selamanya ada!
  • Terang bulan di malam hari,
    Bintang kejora bersinar indah;
    Generasi muda bersatu hati,
    Masa depan negara cemerlanglah sudah.
  • Terbang tinggi si burung helang,
    Melihat bumi dari angkasa;
    Semoga Malaysia terus gemilang,
    Menjadi negara maju sentiasa.
  • Menanam budi di tanah subur,
    Menuai hasil tidak terkira;
    Rakyat berilmu negara makmur,
    Sedia bersaing semangat membara.
pantun hari merdeka
  • Membeli baju berwarna biru,
    Baju dipakai ke majlis tari;
    Sematkan azam semangat baharu,
    Pertahan kemerdekaan setiap hari.
  • Berkayuh sampan ke Pulau Angsa,
    Sambil melihat awan membiru;
    Marilah kita bangunkan bangsa,
    Malaysia megah di alaf baharu.
  • Mendengar lagu irama asli,
    Sambil duduk di atas bangku;
    Laungan “Merdeka!” bergema lagi,
    Tanda bebasnya tanah airku.
  • Setahun jagung penuhi harapan,
    Semarak watan tekad perpaduan,
    Anak madani penyambung Warisan,
    Gilang Merdeka zaman berzaman.
  • Burung bangau di sawah padi,
    Luka berdarah diikat tali,
    Jika patriotisme kurang disemadi,
    Mungkin sejarah lampau berulang kembali
  • Memang terbilang sebuah hikayat,
    Kisah dahulu ramai yang suka,
    Jalur Gemilang semangat rakyat,
    Dikibar selalu tanda merdeka..

Kategori 5: Pelajari Sejarah & Kekalkan Kesejahteraan Negara

  • Jalur Gemilang bendera Malaysia,
    Berkibar megah kebanggaan kita;
    Sambutan kemerdekaan besar ertinya,
    Hindar dijajah, jauhi sengketa.
  • Aman bahagia rakyat sejahtera,
    Rakyat sepakat membawa perpaduan,
    Pelbagai kaum mewarnai Malaysia,
    Malaysia megah di puncak kejayaan.
  • Langkah sumbang salahkan lantai,
    Binasa badan bicara tak kawal,
    Pinggirkan ketuanan negara tergadai,
    Hilang maruah bangsa terjual.
  • Jalur Gemilang berkibar megah,
    Lagu Negaraku berkumandang indah,
    Apakah erti kemerdekaan dari penjajah,
    Tapi budaya dan pemikiran masih dijajah.
  • Manis senyuman melanjut usia,
    Bahagia dicipta terpancar di muka,
    Kita semua keluarga Malaysia,
    Bersama kita sambut Merdeka.
  • Mencari umpan menangkap ikan,
    Buat santapan orang berkelana,
    Laungan Merdeka menjadi kebanggaan,
    31 Ogos peristiwa bermakna.
  • 31 Ogos tarikh keramat,
    Bersama kita menyambut Merdeka,
    Bersatu berazam penuh semangat,
    Mari pertahankan Kemerdekaan kita.
POSTER HARI MERDEKA 2026 (4)
  • Hujan emas di negeri orang,
    Hujan batu di negeri sendiri,
    Jasa yang baik akan dikenang
    Berbaktilah untuk Malaysia pertiwi.
  • Nama Malaysia sangat terbilang,
    Melahirkan ramai tokoh dan wira,
    Ayuh kibarkan Jalur gemilang
    Tanda cinta pada negara.
  • Bunga raya bunga kebangsaan,
    Warna merah indah menawan,
    31 Ogos hari kemerdekaan,
    Malaysia bebas dari penjajahan.
  • Meredah hujan untuk kembara,
    Rehat sebentar menjamu juadah,
    Hargai merdeka yang kita rasa,
    Hilang ia sesal tak sudah.
  • Terbang tinggi si burung merpati,
    Hinggap sebentar di atas dahan,
    Sudah 67 tahun kemerdekaan dirai,
    Negara sejahtera penuh kenangan.
POSTER HARI MERDEKA 2026 (1)
  • Mudik ke hulu naik perahu,
    Berhenti singgah di Kampung Indera,
    Mari bersama berganding bahu,
    Keharmonian bersama kekal sejahtera.
  • Sampan kolek menuju ke hilir,
    Sarat muatan si buah kelapa,
    Jangan berkata hanya di bibir,
    Cintakan negara apa buktinya?
  • Berbudi bahasa amalan murni,
    Apa yang salah perlulah ditegur,
    Semangat patriotik perlu dijiwai,
    Dengan penuh rasa bersyukur.
  • Bendera berkibar di rumah Pak Agus,
    Di halaman rumah pasang pelita,
    Menjelang tiba 31 Ogos,
    Tarikh kemerdekaan negara kita.
  • Pemimpin adil lagi bijak,
    Naungan raja jadi pelindung,
    Di mana pun bumi kita dipijak,
    Di situlah langit kita dijunjung.
  • Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
    Bumi bertuah indah permai,
    67 tahun kita merdeka,
    Rakyat hidup aman damai.
  • Sungguh indah Gunung Tahan,
    Khazanah indah kurniaan tuhan,
    Salam Kemerdekaan saya ucapkan,
    Malaysia maju bergerak ke hadapan.
  • Kaum melayu, Cina dan India,
    Hidup sejahtera bersatu padu,
    Jasa pemimpin jangan dilupa,
    Rakyat terbilang negara maju.
  • Tanah ini Tanah MELAYU,
    Pedagang datang ingin berniaga,
    Serahkan budi bukan TANAHmu,
    Pertahankan NEGARA, pertahankan BANGSA.
POSTER HARI MERDEKA 2026 (7)

Semoga perkongsian pantun Merdeka ini dapat memberikan inspirasi serta semangat untuk kita semua menghayati erti kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-69!

Soalan Lazim Pantuan Hari Merdeka

Apakah tema utama yang sering digunakan dalam pantun Hari Merdeka?

Tema utama biasanya berkisar tentang:
– Patriotisme dan Cinta Negara: Meluahkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.
– Menghargai Jasa Pejuang: Mengenang pengorbanan tokoh terdahulu yang menuntut kemerdekaan.
– Perpaduan Kaum: Menekankan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum (Melayu, Cina, India, Sabah & Sarawak).
– Jalur Gemilang: Memuji dan menghormati bendera Malaysia sebagai simbol kedaulatan.

Bagaimana struktur asas untuk mencipta pantun Merdeka yang baik?

Sebahagian besar pantun Merdeka menggunakan format pantun empat kerat (empat baris):
Baris 1 & 2 (Pembayang): Menggunakan unsur alam atau situasi harian. Ia tidak membawa maksud sebenar tetapi menyediakan rima aksonansi.
Baris 3 & 4 (Maksud): Mesej utama atau pesanan tentang kemerdekaan yang ingin disampaikan.
Skema Rima: Mestilah berima a-b-a-b (hujung baris 1 sama dengan baris 3, hujung baris 2 sama dengan baris 4)

Apakah tema dan logo Hari Kebangsaan 2026?

Tema tahun ini ialah “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”. Logo rasmi mengekalkan Logo Malaysia MADANI. Tema ini mencerminkan visi untuk membina sebuah negara yang maju, inklusif, dan harmoni di mana kesejahteraan dikecapi adil oleh seluruh rakyat.

Di manakah lokasi utama perarakan Hari Kebangsaan 2026?

Acara perarakan rakaian kemerdekaan pada 31 Ogos akan berlangsung di Dataran Putrajaya.

Bila tarikh rasmi Kemerdekaan Malaysia?

Tanah Melayu (kini Malaysia) mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini diisytiharkan secara rasmi di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS