Pantun Cinta Sweet, Romantis dan Klasik Untuk Pasangan
Terdapat pelbagai cara untuk mengungkapkan perasaan cinta kepada insan yang tersayang, antaranya termasuklah melalui pantun cinta yang sweet.
Pantun sebegini boleh digunakan ketika anda menulis kad ucapan (hari Jadi, ullang tahun dan sebagainya) atau pun sekadar menghantar mesej.
Pasti pasangan anda akan tersenyum bahagian membacanya.
Apa itu “Pantun?
Pantun merupakan satu cara masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu menyampaikan nasihat, pedoman, teguran, kata-kata semangat dan sebagainya.
Menurut Za’ba, perkataan ‘pantun’ dipercayai datang hasil terbitan ‘sepantun’ yakni bermaksud ‘seperti’, ‘seumpama’ atau ‘macam’.
Pantun boleh diolah untuk pelbagai mesej dan tujuan, termasuklah ketika mengucapkan perasan sayang dan cinta kepada seseorang yang diolah untuk membuatkan anda kelihatan seorang yang sweet.
Artiekl berkaitan: Koleksi Pantun Cinta ‘Pickup Line’ Untuk Orang Tersayang
Pantun klasik
Berikut merupakan contoh pantun cinta yang sweet dengan tema klasik:
Intan baiduri di dalam puan,
Gelang suasa dalam raga;
Bila ku pandang wajahmu tuan,
Bagai terpandang pintu syurga.
Dari pauh permatang layang,
Singgah berapat papan kemudi;
Dari Jauh abang datang,
Mengenang adik baik budi.
Cik Dayang berkain batik,
Memakai tudung sutera Cina;
Semakin ku pandang bertambah cantik,
Makan tak kenyang tidur tak lena.
Dua tiga kucing berlari,
Tidak sama kucing belang;
Sudah lama adik mencari,
Tidak sama abang seorang.
Apa guna pasang pelita,
Jika tidak dengan sumbunya;
Apa guna bermain mata,
Kalau tidak dengan sungguhnya.
Indah sungguh ciptaan Tuhan,
Kau lah impian di masa depan;
Andai takdir kita berpasangan,
Doaku agar kita disatukan.
Layang-layang bertali besi,
Tanam selasih muka pintu;
Sekali sayang sekali benci,
Orang berkasih memang begitu.
Pantun sweet
Berikut merupakan contoh pantun cinta yang sangat sweet:
Paling banyak burung gelatik,
di atas terbang melayang,
Memang banyak wanita cantik,
Cuma engkau yang aku sayang.
Hujan lebat angin pun kencang,
Pokok Manggis habislah rebah,
Tidur tak lena makan tak kenyang,
Demam rindu kasih bertambah.
Ikan gelama ikan duri,
Dibeli oleh makcik Siti,
Kalau takut cintaku di curi,
Jadikan lah diriku suri hati.
Anak kecil sedang mandi,
Sambil mandi bermain batu,
Sungguh indah cinta di hati,
Wahai kasih kaulah yang satu.
Bunga yang mekar kian layu,
Kian layu di tasik madu,
Wahai si cantik yang lagi ayu,
Mahukah dikau menerima diriku.
Manis sungguh si gula batu,
Di makan dengan belimbing besi,
Kalau rindu sebutlah namaku,
Biarkan gambar jadi pengganti.
Bnga mawar bunga matahari,
Di tinggal pula di bawah bayu,
Ini adalah ucapan hari-hari,
I just want to say I love you.
Promosi: Set tudung hijab untuk isteri
Pantun pickup line
Berikut merupakan contoh pantun cinta yang berbentuk pickup line:
Kasih sayang harus dirai,
Jika nak tahu kau yang kucintai,
Beli selendang buat sembahyang
Makin dipandang, makin ku sayang.
Hujan ribut dapat ditangkal,
Hati yang rindu apa ubatnya.
Jauh kembara membawa diri,
Takkan dah lupa orang di sini.
Harap awak bijak mengubat,
Tawarkan saya penyakit rindu.
Kopi manis tumpah gula,
Dirimu selalu buatkan ku tergila-gila.
Untuk apa bicara cinta,
Jika hatimu tak terbuka.