Panduan Solat Hajat : Hukum, Niat & Doa Lengkap (JAKIM)

Sudah menjadi fitrah manusia yang lemah dan sentiasa mempunyai keinginan atas segala sesuatu. Selain memohon doa, sebagai umat Islam, kita juga sering melazimi solat hajat.

Ada yang kerjakannya dengan harapan urusan mereka dipermudahkan.

Ada yang kerjakan solat hajat untuk menghadapi peperiksaan, memohon anak, jodoh dan sebagainya.

Panduan Solat Hajat

Hukum Solat Hajat

Para ulama sepakat berpendapat bahawa hukum mengerjakan solat hajat adalah sunat.

Ia adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Abi Awfa Al-Aslami r.a., beliau berkata :

Rasulullah S.A.W pada suatu hari telah keluar menuju ke arah kami lalu bersabda:

Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي

Maksudnya: Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosapun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau pemudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan.

Hadith riwayat Ibn Majah, no. 1384

Panduan Solat Hajat

Baca Juga : Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah – Jabatan Agama Islam WP (JAWI)

Panduan Solat Hajat

Solat hajat boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah dan tidak ditentukan jumlah rakaat sebenar.

Namun, biasanya ia dilakukan atara dua hingga dua belas rakaat.

Berikut dikongsikan kaifiat solat hajat dari JAKIM :

Panduan solat hajat dua rakaat adalah seperti berikut :

  1. Niat solat hajat. Lafaz bagi niat solat hajat adalah seperti berikut :

أُصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعاَلَى
U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa
Sahaja aku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

  • Bacakan Surah Al-Fatihah
  • Membaca Ayat Kursi

Nota : Anda digalakkan membaca Ayatul Kursi atau Surah Al-Kafirun atau kedua-duanya sekali. Namun, anda juga boleh membaca apa-apa surah atau ayat di dalam Al-Quran.

  • Rukuk dan sujud seperti biasa.
  • Baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
  • Tahiyat Akhir dan beri salam

Amalan Selepas Solat Hajat

i) Boleh bersujud selepas memberi salam dan membaca 10 kali tasbih berikut:


سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala hawla wala quwwata illa billah

ii) Selawat ke atas Nabi SAW 10 kali

للَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

iii) Membaca doa berikut:

رَبَّنَا آتِنَا فِىْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِىْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Doa Solat Hajat

Anda boleh bacakan doa solat hajat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w ketika bersujud atau selepas selesai solat :

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي

Maksudnya: Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosapun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau pemudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan. (Hadith riwayat Ibn Majah, hadith no. 1384)

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Selain doa ini, anda juga bebas untuk bacakan sebarang doa dalam Bahasa Arab mahupun Bahasa Melayu.

Kesimpulan

Solat hajat tidak akan menjadikan cita-cita kita menjadi nyata dengan begitu mudah.

Cuma, sebagai hamba, solat ini dapat menjadi salah satu cara kita meletakkan pengharapan yang tinggi kepada Allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik bagi hambaNya.

Semoga panduan ini dapat membantu anda laksanakan solat hajat dengan lebih mudah. Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!