P-Hailing Rahmah: Pakej Pascabayar Serendah RM33/bulan
Kerajaan baru sahaja mengumumkan mengenai P-Hailing Rahmah, sebuah pakej pelan Pascabayar khas yang ditawarkan khusus untuk semua pemandu & penunggang P-Hailing di Malaysia.
Pakej ini adalah hasil kerjasama strategik antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomuniasi melibatkan CelcomDigi, Maxis, Umobile, TM dan YTL Communications Sdn Bhd (Yes) dengan 16 penyedia platform P-Hailing di Malaysia demi menghargai jasa pemandu & penunggang P-Hailing.
Dengan pakej khas ini, pemandu dan penunggang p-hailing boleh melanggan pakej dengan harga lebih murah berbanding pakej semasa.
Pelancaran pakej khas ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan terhadap rakkyat yang bekerja dalam sektor gig ekonomi memandangkan akses internet merupakan satu kewajipan bagi mereka yang bekerja dalam industri ini.
Pakej P-Hailing Rahmah
Melalui pakej khas untuk penunggang dan pemandu p-hailing ini, pelanggan boleh menikmati faedah dan kemudahan berikut:
- Pemandu dan penunggang P-Hailing boleh menikmati perkhidmatan internet “pada harga serendah RM33 dengan/atau pelan data sekurang-kurangnya 40GB”; dan
- Setiap Pakej adalah unik dan berbeza mengikut persetujuan pihak telco yang dipilih oleh penyedia platform P-Hailing masing-masing (B2B arrangement).
- Pakej P-Hailing RAHMAH ini tidak mempunyai kontrak terikat dan pengguna boleh membatalkannya pada bila-bila masa dengan penalti minimum untuk pelan simkad sahaja
- Pelanggan boleh menggunakan nombor yang sama
Artikel menarik: MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2024
Syarikat P-Hailing yang mengambil bahagian
Berikut merupakan senarai 16 syarikat penyedia p-hailing yang mengambil bahagian dalam pakej P-Hailing Rahmah ini:
- FoodPanda
- Belibeli;
- Grab
- Parcel365
- iGoGet
- Bungkusit
- RideRunner
- GoGet
- Halo Delivery
- Shopee
- GoLog.
- iHantar
- Fasz Food;
- Lalamove
- MatDespatch
- Lazada Logistics;
Syarat kelayakan
Pelan Pakej P-Hailing RAHMAH ini terbuka kepada semua pemandu dan penunggang PHailing warganegara Malaysia yang berdaftar di bawah penyedia platform P-Hailing yang terlibat.
Syarat-syarat langganan adalah tertakluk kepada terma dan syarat telco.
Tempoh tawaran
Pakej istimewa P-Hailing Rahmah ini hanya ditawarkan bermula pada 23 Januari 2024 sehingga 23 April 2024.
Cara melanggan P-Hailing Rahmah
Untuk maklumat lanjut mengenai langganan pakej P-Hailing Rahmah, sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran istimewa ini daripada syarikat telco: