OK Vision Malaysia: Harga Pakej, Senarai Channel & Langganan

Perkhidmatan OK Vision secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia, memberi lebih banyak pilihan untuk rakyat Malaysia menonton rancangan mereka di kaca televisyen.

Bagi yang tidak tahu, OK Vision merupakan perkhidmatan usaha sama antara Ansat Broadcast milik Vincent Tan dan salah satu syarikat media terbesar Indonesia, PT MNC Digital Entertainment Tbk.

Untuk makkluman, perkidmatan ini merupakan perkhidmatan televisyen berbayar yang telah pun tersedia di Indonesia, dan kini diperluaskan ke pasaran Malaysia.

Pelancaran rasmi ini tidaklah mengejutkan dan boleh dikatakan agak lewat kerana kedua-dua syarikat telah menandatangani persetujuan kerjasama pada penggal pada bulan Disember 2022 lagi.

Walaupun sudah diumumkan lebih awal, butiran mengenai OK Vision masih agak terhad walaupun laman web rasminya sudah tersedia dan telah menyediakan senarai saluran yang boleh didapati melalui perkhidmatan ini.

Senarai Pakej & Harga OK Vision Malaysia

Mengikut informasi yang tersedia melalui laman web rasmi OK Vision, terdapat 2 jenis konten atau saluran yang tersedia melalui perkhidmatan OK Vision:

  1. Siaran percuma
  2. Siaran berbayar – OK Pek: RM20/bulan

Artikel berkaitan: Cara Tukar Langganan Astro Ke Njoi (Tiada Bayaran Bulanan)

Senarai Siaran Percuma

Berikut merupakan senarai siaran percuma yang boleh ditonton oleh pengguna OK Vision:

  • Berita RTM
  • Hijrah TV
  • TV3
  • 8TV
  • Suke TV
  • Arirang
  • CNA
  • DW
  • Euronews
  • France 24
  • NHK World Premium
  • TRT World
  • TV5Monde
  • MNCTV
siaran ok vision

Tonton rancangan kegemaran anda dalam format 4K dengan TV dari Xiaomi – lebih 7 ribu unit terjual!

Senarai Siaran Berbayar

Penonton juga boleh melanggan OK Pek pada harga RM20 sebulan dan menonton siaran tambahan seperti berikut:

  • RCTI
  • GTV
  • MNC Drama
  • Global Trekker
  • Love Nature
  • Outdoor Channel
  • ZooMoo
  • Crime + Investigation
  • FMN
  • Rock Action
  • Rock Entertainment
  • Zee Bioskop
  • Cinemachi
  • Cinemachi Action
  • Cinemachi Kids
  • Cinemachi Max
  • Cinemachi Xtra
  • DreamWorks
  • Motorvision TV
  • Fight Sports

OK Vision menyediakan 35 saluran yang dipancarkan melalui satelit ke peranti OK100 yang dihubungkan menggunakan antena satelit gelombang-KU. 

Tanpa ragu-ragu, Ansat Broadcast dan platform baharu Kumpulan MNC ini bertujuan untuk menjadi pesaing langsung kepada perkhidmatan Astro Malaysia Holdings Berhad sendiri, yang telah menjadi salah satu penyedia televisyen satelit, penstriman dan IPTV yang paling lama beroperasi di Malaysia.

Semasa pelancaran, pemiliknya Vincent Tan berkata OK Vision berada pada kedudukan yang baik untuk menguasai bahagian dalam pasaran media digital dan hiburan tempatan, menawarkan pelbagai pilihan kandungan yang pelbagai dan unggul.

Cara Melanggan OK Vision Malaysia

Untuk melanggan dan mendapat maklumat lanjut tentang saluran ini, sila layari laman web rasmi : www.okvision.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!