Cara Tukar Langganan Astro Ke Njoi (Tiada Bayaran Bulanan)

Sejak kebelakangan ini ramai yang memilih untuk menamatkan langganan ASTRO dan menukar perkhidmatan kepada perkhidmatan Astro Njoi yang tidak mengenakan sebarang bayaran bulanan.

NJOI adalah perkhidmatan televisyen satelit bebas tontonan Malaysia yang dilancarkan pada 18 Februari 2012 dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Astro.

Perkhidmatan ini diumumkan secara rasmi oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada 20 Disember 2011.

Bayaran tukar langganan Astro ke Njoi

Setelah bertukar ke Njoi, pengguna tidak lagi perlu membayar bayaran bulanan seperti ketika menggunakan pakej langganan Astro.

Walau bagaimanapun, pengguna akan dikenakan bayaran pertukaran (sekali bayar)) berjumlah RM50 untuk bertukar dari Astro ke Njoi.

Selepas membuat permohonan pertukaran, pengguna masih boleh menggunakan dekoder Astro yang sama dan pertukaran siaran dari Astro ke Njoi ini mungkin mengambil masa sehingga 48 jam.

Artikel berkaitan: Cara Terminate/Tutup Akaun Astro Tanpa ke Kaunter

Langkah-langkah Tukar langganan Astro ke Njoi

tukar astro ke njoi

Untuk bertukar daripada langganan Astro ke Njoi, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman rasmi Astro di https://www.astro.com.my/
  2. Klik pada pautan “Contact Us”
  3. Klik pada logo WhatsApp
  4. Di aplikasi WhatsApp anda, secara automatiknya anda akan diperikan beberapa pilihan. Pilih pilihan “2 – Technical Help”.
  5. Ikut arahan-arahan yang dinyatakan dalam mesej tersebut
  6. Maklumkan bahawa anda ingin bertukar dari Astro ke Njoi
  7. Untuk tujuan pengesahan, pegawai yang membalas pertanyaan anda itu akan meminta beberapa butiran antaranya:
    1. No akaun Astro
    2. Mykad
  8. Sekiranya terdapat bayaran tertunggak, anda akan diminta untuk menyelesaikan bayaran tertunggak terlebih dahulu
  9. Pihak Astro akan membatalkan langganan Astro anda terlebih dahulu sebelum mengaktifkan Njoi
  10. Pertukaran mungkin mengambil masa sehingga 48 jam.
  11. Sekiranya pertukaran ini masih belum berlaku dalam tempoh 48 jam, sila hubungi kembali pegawai Astro dengan mengulangi langkah 1 hingga 5 di atas.

Talian khidmat pelanggan

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah untuk menukar langganan Astro ke Njoi, anda boleh menghubungi talian khidmat Astro melalui sala satu kaedah berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!