SEMAKAN KEPUTUSAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) AMBILAN TAHUN 2025
Semakan Keputusan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan Tahun 2025 akan dibuka mulai 2 hingga 20 Disember 2024, pada 4:00 petang.
Rujuk maklumat lanjut dan cara semakan di bawah.
Pengenalan NPQEL
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Profesional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) adalah kursus yang diwujudkan bagi melatih kumpulan pemimpin pelapis yang telah melepasi proses taksiran khas yang dikelolakan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB).
Program ini merupakan antara prasyarat pelantikan pengetua /guru besar yang menetapkan sesiapa pun guru yang ingin menjadi pengetua di sekolah menengah dan guru besar di sekolah rendah diwajibkan memiliki NPQEL.
Program NPQEL mod baru dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.
e-NPQEL adalah adalah Portal e-Pembelajaran Institut Aminuddin Baki yang menyediakan pra kursus dalam talian untuk para peserta kursus NPQEL 2.0. Matlamat utama kursus e-NPQEL adalah untuk memberikan pengetahuan asas berkaitan aspek kepimpinan dan pengurusan dalam pendidikan sebelum para peserta mengikuti kursus secara bersemuka di Institut Aminuddin Baki.
Modul e-NPQEL dirancang dan direka bentuk sebaik mungkin daripada aspek isi kandungan dan teknikal bagi memastikan keselesaan para peserta untuk meneroka serta mendapatkan maklumat dan pengetahuan berdasarkan pendekatan self-directed learning dan e-Tutorial.
Kursus ini mempunyai 4 modul utama dengan 10 submodul yang perlu disempurnakan. Penilaian akhir disediakan pada penghujung setiap modul dan submodul. Peserta perlu mendapat markah 100% dalam setiap penilaian ini serta melaksanakan 7 tugasan untuk mendapatkan sijil e-NPQEL bagi meneruskan kursus untuk sesi bersemuka. Para peserta diberi tempoh selama 8 minggu (40 hari) untuk menyempurnakan kesemua modul dan submodul tersebut.
Permohonan
Iklan permohonan bagi mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Profesional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2025 telah dibuka mulai 15 Julai hingga 17 Ogos 2024.
Proses sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 6 September 2024.
Pautan: Syarat permohonan
Pautan: Manual pengguna
Pautan: Manual memuat naik borang kesihatan dan gambar
Pautan: Panduan Ketua Jabatan Untuk Perakuan Sokongan Permohonan NPQEL
Semakan Keputusan
Tarikh akhir maklum balas setuju terima tawaran ialah pada 20 Disember 2024, 11:59 malam.
Untuk semakan, sila layari https://tls.moe.gov.my atau scan kod QR yang tertera dalam poster di bawah.
Maklumat Lanjut NPQEL
Semua maklumbalas boleh dikemukakan kepada
Penempatan
Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
Tel: 03-8884 7959/7883/7868/7882
NPQEL
Unit Penyelaras Program
Institut Aminudin Baki,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kompleks Pendidikan Nilai,
Bandar Enstek
71760 Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 06-7979200
Anda juga boleh emelkan sebarang aduan atau permasalahan kepada [email protected] (PENEMPATAN) dengan tajuk yang jelas beserta maklumat lengkap tuan/puan seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, gred dan gelaran jawatan, tempat bertugas dan kod tempat bertugas untuk memudahkan kami membuat tindakan. Lampiran screenshot juga diperlukan untuk aduan teknikal mengenai Sistem ePangkat dan TLS.
Baca juga: