Nombor Perdana: Maksud & Cara Kenal Pasti

Murid yang mempelajari subjek Matematik mestilah mengetahui asas di dalam subjek ini iaitu mengetahui mengenai Nombor Perdana.

Apakah yang dimaksudkan dengan nombor ini dan bagaimanakah cara mengenal pastinya?

Berikut diterangkan cara-cara untuk mengenal pasti nombor ini.

Maksud Nombor Perdana

Nombor ini merupakan nombor bulat yang nilainya lebih besar daripada 1 dan tidak mempunyai pembahagi positif selain 1 dan dirinya sahaja.

Dalam maksud yang lain, nombor perdana hanya boleh dibahagikan dengan 1 dan dirinya sahaja tanpa ada baki.

Senarai Nombor Perdana

Untuk nombor ini di bawah 100, ianya boleh dirujuk melalui jadual di bawah:

Kotak yang mengandungi nombor berwarna merah di atas merupakan nombor perdana.

Cara Penentuan

Untuk menentukan nombor ini, sila ikuti contoh-contoh di bawah:

i) Jika nombor tersebut adalah 7, maka untuk mengetahui nombor ini adalah perdana atau tidak, kita perlu membahagikannya seperti berikut:

7 ÷ 1 = 7

7 ÷ 7 = 1

7 ÷ 3 = 2.3

Ini bermakna nombor 7 termasuk dalam kategori nombor ini kerana hanya boleh dibahagikan dengan nombor 1 dan 7 sahaja tanpa mempunyai baki.

ii) Jika nombor tersebut adalah 31, untuk untuk mengetahui ini dalam kategori ini atau tidak, kita perlu membahagikannya seperti berikut:

31 ÷ 1 = 31

31 ÷ 31 = 1

31 ÷ 11 = 2.8

Ini bermaksud, nombor ini adalah dalam kategori ini kerana ianya hanya boleh dibahagikan dengan nombor 1 dan 31 sahaja tanpa mempunyai baki.

iii) Jika nombor tersebut adalah 22, untuk mengetahui ini adalah perdana atau tidak, kita perlu membahagikannya seperti berikut:

22 ÷ 1 = 22

22 ÷ 22 = 1

22 ÷ 11 = 2

Ini bermakna nombor 22 bukan dalam kategori ini kerana selain boleh dibahagikan dengan no 1 dan 22, no ini juga boleh dibahagikan dengan no 11 tanpa mempunyai baki.

Sumber: https://app.pandai.org/teacher/lesson/teknik-mudah-mengenal-nombor-perdana-1630568649/start

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!