Format UASA Matematik Tahun 4,5,6 KPM

Format Ujian Akhir Sesi Akademik 2022/2023 (UASA) Matematik Tahun 4, 5 dan 6

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) untuk perkasakan lagi PBD dan PBS yang akan dimulakan pada sesi akademik sesi 2022/2023 bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun sedia ada.

Murid-murid yang terlibat dalam UASA adalah seperti berikut :

  • Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6
  • Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3

Sementara itu, pelajar daripada kelas yang tidak berkaitan akan duduki ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.

Untuk makluman, terdapat 20 mata pelajaran yang disediakan bagi peperiksaan UASA bagi peringkat Menengah Rendah iaitu :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Sejarah
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Bahasa Arab
  • Maharat al-Quran
  • Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
  • Al-Syariah
  • Usul Al-Din
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tambil
  • Bahasa Punjabi
  • Bahasa Kadazandusun
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Semai

Berikut dikongsikan format pentaksiran Ujian Akhir Sesi Akademik bagi subjek Matematik khususnya untuk rujukan ibu bapa, guru, tenaga pengajar dan murid.

Format UASA Matematik 2022 / 2023 Bagi Tahun 4,5,6 KPM (SK, SJKC & SJKT)

ujian akhir akademik matematik 2023 2022

Format Umum

  • Jenis Instrumen : Ujian Bertulis
  • Jenis Item :
    • Respons Terhad
    • Berstruktur
  • Bilangan Soalan :
    • Bahagian A – 13 soalan
    • Bahagian B – 2 Soalan
  • Jumlah Markah :
    • Bahagian A – 26 markah
    • Bahagian B – 24 markah
  • Tempoh Ujian : 1 jam 15 minit
  • Konstruk :
    • Mengetahui dan memahami tentang konsep, hukum, prinsio dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan
    • Kemahiran mengaplikasi, menganalisis dan menilai
  • Kaedah Penskoran : Analitikal

Ringkasan

Satu kertas, subjektif.

Ada dua bahagian, bahagian A dan B.

ujian akhir akademik matematik 2023 2022

Bahagian A -13 soalan

Fokus pada soalan 1 hingga 3 markah.

Soalan 1 markah, soalan direct. Soalan 2 dan 3 markah, soalan berayat.

Jumlah markah : 26 markah

Bahagian B – 2 soalan

Soalan berkait. Boleh jadi kalau soalan (a) salah, soalan yang berkait juga akan salah.

Bertema. Boleh rujuk gambar di bawah untuk info lanjut.

Jumlah markah : 24 markah

ujian akhir matematik uasa maths
ujian akhir matematik
ujian akhir matematik

Masa

Masa yang diperuntukkan dalam Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik Matematik Sekolah Rendah 1 jam 15 minit.

Markah

Bahagian A : 26 markah

Bahagian B : 24 markah

Jumlah semua, 50 markah.

Tarikh Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA Matematik)

Pada Januari 2023 minggu kedua, pihak sekolah akan diminta untuk muat turun dan mencetak soalan mengikut mata pelajaran yang ada di sekolah.

Kemudian, pentadbiran ujian akhir sesi akademik serta panduan penskoran akan dilaksanakan sebagai persiapan ujian.

Berdasarkan garis masa yang dikongsikan, peperiksaan UASA dijangka akan berlangsung sekitar minggu ketiga Januari sehingga pertengahan Februari 2023.

Video Panduan & Penerangan

Rujuk video asal tentang Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik Matematik Sekolah Rendah dalam pautan DIDIKTV di bawah: https://youtu.be/nb16So6AVQ8

Semoga bermanfaat.

Rujukan: Screenshot dari video DidikTV KPM via Facebook Mohamad Hakim

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!