Niat Saie, Panduan, Syarat Sah& Bacaan Dalam Ibadah Saie

PANDUAN, NIAT DAN SYARAT-SYARAT SAH DALAM MELAKUKAN IBADAH SAIE

Ibadah Saie adalah salah satu rukun haji dan umrah yang merujuk kepada perbuatan berjalan ulang-alik atau berlari-lari anak di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh kali.

Oleh itu, bagi individu yang bakal melakukan ibadah haji atau umrah ini, amat penting buat anda ketahui cara melakukan ibadah saie ini, agar ibadah haji atau umrah anda mabrur dan diterima Allah S.W.T

Untuk mengetahui lebih lagi tentang bagaimana melakukan ibadah sa’ie ini dan syarat-syarat sah ibadah ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Apa itu Saie?

Ibadah Saie atau Sa’ie merujuk kepada perbuatan berjalan ulang-alik dari bukit Safa ke bukit Marwah sebanyak tujuh (7) kali.

Ibadah ini merupakan salah satu dari rukun haji atau umrah yang membawa maksud ia wajib dikerjakan dan tidak sah haji atau umrah anda jika ia tidak dilakukan. 

rukun haji/umrah

Syarat-Syarat Sah

Berikut adalah beberapa syarat-syarat sah saie yang mesti dipatuhi kesemua individu yang menjalankan ibadah haji/umrah:

syarat sah saie

Niat Saie

Bagi anda yang bakal melaksanakan ibadah haji atau umrah berikut adalah niat melaksanakan ibadah sa’ie mengikut jenis ibadah anda sama ada anda melakukan haji atau umrah:

Niat Saie Haji

Bacaan Rumi:

Allāhumma Innī Urīdu An As‘Ā Baina Aṣ-Ṣafā Wal-Marwah Sab‘Ata Ashwāṭin Sa‘Ya Al-Ḥajji Lillāhi Ta‘Ālā.

Makna:

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku hendak mengerjakan sai’e antara Safa dan Marwah tujuh kali sebagai Saie Haji kerana Allah Taala.

Niat Saie Umrah

Bacaan Rumi:

Allāhumma Innī Urīdu An As‘Ā Baina Aṣ-Ṣafā Wal-Marwah Sab‘Ata Ashwāṭin, Sa‘Ya Al-‘Umrati Lillāhi Ta‘Ālā.

Makna:

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku hendak mengerjakan sai’e antara Safa dan Marwah tujuh kali sebagai Sai’e umrah kerana Allah Taala.

Panduan & Bacaan Doa Ketika Sa’ie

Untuk pengetahuan anda, berikut merupakan tatacara dalam melakukan ibadah saie ini:

  • Memulakan niat untuk bersaie di Safa dan berdoa dan sebelum memulakan perjalanan melambai kedua tangan ke arah kaabah sambil mengucapkan ayat berikut:

الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر وَلِلَّهِ الحَمْد 

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Makna: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

  • Memulakan perjalanan dari Safa ke Marwah dikira satu pusingan diiringi doa, zikir dan wirid
  • Dalam perjalanan menuju ke Marwah terdapat bahagian jalan berlampu hijau disunnahkan untuk berlari-lari anak dan bacalah doa ini:

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ , وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ , وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ , إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا لَمْ نَعْلَمُ , إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ اْلأَعَزُّ اْلأَكْرَمُ

Robbigfir WarHam Wa’Fu WaTaKarRam WaTaJaWaz AmMa Ta’Lamu, Innaka ta’lamu Maa Laa Na’Lamu Innaka Antallahul A-‘azzul AkRam.

Makna: Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.

  • Selepas sampai di Marwah berdoa dan dan melambai kedua tangan ke arah kaabah sambil mengucapkan:

الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر وَلِلَّهِ الحَمْد 

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillahil-Hamd

Makna: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah

  • Bergerak dari Marwah ke Safa, dan ini dikira Pusingan Kedua diringi dengan doa, wirid dan zikir.
  • Dalam perjalanan menuju ke Safa juga terdapat bahagian jalan berlampu hijau disunnahkan untuk berlari-lari anak.
  • Ulang langkah dua hingga enam sehingga mencapai tujuh pusingan. Perhentian terakhir anda akan berada di Marwah.
  • Disunnatkan untuk Bertahalul di Marwah untuk menamatkan Ihram.
  • Sepanjang bersaie banyakkan berdoa dan berzikir

Sumber: Umrah Ziarah oleh SukaBorneo Travel

Perkara Sunat Dalam Sa’ie

Berikut merupakan perkara-perkara sunat yang boleh anda lakukan semasa melakukan ibadah Saie nanti:

  1. Berada dalam keadaan suci
  2. Memanjat naik ke Bukit Safa dan Marwah
  3. Berdoa setiap kali di atas Bukit Safa dan Marwah serta berzikir sewaktu bersa’ie
  4. Menghadap kiblat dan mengangkat tangan sewaktu berdoa
  5. Memakai ihram cara idthib’a bagi laki-laki
  6. Berlari-lari anak antara 2 tanda hijau (lelaki)

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda dalam menyempurnakan ibadah Haji atau Umrah anda. Dapatkan juga Buku Haji dan Umrah ini untuk membantu anda memahami lebih lagi tentang ibadah ini.

Baca juga: Doa Abu Darda: Panduan Bacaan Rumi, Makna & Video Bacaan

Bantu kami share artikel ini: