Senarai NGO Malaysia Berdaftar & Boleh Dapat Pelepasan Cukai

Senarai NGO Malaysia Berdaftar & Boleh Dapat Pelepasan Cukai

Dimanakah kita boleh semak sama ada derma yang kita sumbangkan boleh diberikan pelepasan cukai?

Kita terlalu banyak NGO atau badan/pertubuhan bukan kerajaan yang wujud dan sebahagian besar daripada mereka mengutip derma daripada orang ramai untuk menjayakan misi dan aktiviti mereka.

Sesetengah daripada pertubuhan NGO ini mahu menarik perhatian orang ramai untuk menyalurkan sumbangan dan derma melalui mereka dengan mendakwa sumbangan yang diberikan kepada mereka layak diberikan pelepasan cukai?

Kategori Pelepasan Cukai Bagi Derma Kepada NGO

pelepasan cukai ngo

Secara umumnya, pertubuhan NGO, institusi atau organisasi yang diberikan pelepasan cukai ini tertakluk kepada salah satu akta di bawah:

  • Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967
  • Subseksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan 1967
  • P.U.(A) 139/2020

Artikel berkaitan: Siapa Perlu Bayar Cukai? Ini Pendapatan Yang Layak Kena Cukai

Senarai Institusi / Organisasi NGO Berdaftar Malaysia Yang Layak Untuk Pelepasan Cukai

Secara umumnya, pihak LHDN tidak menyediakan senarai pertubuhan NGO, institusi atau organisasi kerana jumlahnya terlalu banyak dan tertakluk pada perubahan semasa.

Walau bagaimanapun, orang boleh melakukan carian sesebuah pertubuhan / institusi / organisasi tersebut mengunakan salah satu kriteria berikut:

  • Nama pertubuhan/institusi/organisi
  • Kategori
  • No. Rujukan Kelulusan
  • Negeri

Sekiranya pertubuhan/institusi/organisi yang dinyatakan muncul dalam hasil carian, maka anda boleh mendapatkan pelepasan cukai untuk sumbangan atau derma tersebut.

Pastikan anda menyimpan resit atau bukti pembayaran bagi membolehkan anda menghantarnya kepada pihak LHDN sekiranya anda terpilih untuk diaudit.

> Dapatkan setem Hasil LHDN secara online, terus pos ke rumah anda!

Cara membuat semakan

carian ngo berdaftar pelepasan cukai

Berikut merupakan langkah-langkah mudah untuk menyemak sama ada sesuatu pertubuhan/institusi/organisi itu layak mendapat pelepasan cukai:

  1. Layari halaman khas LHDN di alamat https://www.hasil.gov.my/pautan-pantas/perkhidmatan/kelulusan-derma/?state=Sila%20Pilih&Organisasi=
    • Halaman ini juga boleh diakses melalui cara berikut; Layari www.hasil.com > Pautan Pantas > Perkhidmatan > Kelulusan Derma
  2. Pilih salah satu kategori berikut (sekiranya tidak pasti, lakukan semakan di melalui ketiga-tiga kategori):
    • Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967
    • Subseksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan 1967
    • P.U.(A) 139/2020
  3. Taip dan masukkan kata kunci dalam kotak carian
  4. Hasil carian akan dipaparkan

Sekiranya hasil carian di halaman tersebut tidak menunjukkan apa-apa hasil, besar kemungkinan derma atau sumbangan kepada pertubuhan / institusi / organisasi tidak akan mendapat pelepasan cukai dari LHDN.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!