Biodata Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

Datuk Nancy Shukri mungkin nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena politik tanah air.

Pasca Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), beliau telah dilantik sebagai Menteri Kabinet dalam kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mememgang portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pada PRU15 yang lalu, beliau yang bertanding atas tiket Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak dann penyandang Parlimen Santubong meraih 43,739 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 38,681.

Mari kita lihat sedikit sebanyak latar belakang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat yang baru dilantik ini.

Latar belakang

Nama penuh: Nancy binti Shukri 

Tarikh lahir: 5 Ogos 1961

Asal: Sarawak

Parti politik: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (Gabungan Parti Sarawak)

Pendidikan:

  • Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan UiTM dan Universiti Ohio Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian Universiti Hull United Kingdom
  • Diploma Pentadbiran Awam ITM Shah Alam (1985)

Kerjaya:

  • Pegawai Undang-Undang, Ketua Bahagian Undang-Undang Dewan Bandaraya Kuching Utara (1992-2003)
  • Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen (2008-2013)

Datuk Seri Nancy Shukri telah berkahwin bersama pasangannya Kamil Misuari dan hasil perkahwinan ini beliau mempunyai 3 orang cahaya mata.

Dari segi keturunan pula, beliau mempunyai campuran keturunan Melayu dan Melanau di sebelah bapanya manakala ibunya mempunyai keturunan Scotland, Iban dan Cina.

Karier politik

Datuk Seri Nancy Shukri boleh dikatakan antara individu yang sudah lama berkecimpung kerana telah bertanding dalam PRU seejak PRU12 lagi.

Berikut merupakan kerusi-kerusi Parlimen yang pernah ditandinginnya:

  • PRU12- P200 BATANG SADONG
  • PRU13- P200 BATANG SADONG
  • PRU14- P200 BATANG SADONG
  • PRU15- P193 SANTUBONG

Dalam kariernya sebagai seorang ahli politik, beliau pernah menyandang beberapa jawatan antaranya:

  • Naib Ketua 1 Wanita PBB
  • Bekas Setiausaha WanitaPBB
  • Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB

Sementara itu, berikut merupakan antara jawatan yang pernah disandangnya:

  • Ahli Parlimen Santubong (2022)
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2022)
  • Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (2020-2022)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2013-2018)
  • Ahli Parlimen Batang Sadong (2008-2022)
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!