Pemilihan nama syarikat merupakan perkara penting yang perlu difikirkan oleh semua pemilik perniagaan. Tanpa nama yang bagus, syarikat atau perniagaan anda akan sukar untuk dikenali orang lain.
Berikut kami kongsikan beberapa cadangan nama yang membawa makna yang baik serta trendy dan catchy untuk anda jadikan sebagai panduan pembinaan nama. Jadi pastikan anda bersama kami sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi.
Apa itu Nama Perniagaan/Nama Syarikat?
Memilih nama syarikat adalah langkah utama dalam memulakan perjalanan perniagaan, bukan sahaja untuk keperluan formal malah untuk membina identiti jenama yang kukuh.
Nama perniagaan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:
- Nama sendiri: Menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan. Kategori ini tidak perlu semakan untuk kelulusan. Contoh Ruslan Bin Mohamad, Lee Yang Fei dan Sharmila A/P Avaniappan.
- Nama tred: Nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering dan ABS Unggul Enterprise.
Proses Permohonan Nama Perniagaan
- Permohonan untuk carian nama mesti dibuat menggunakan Borang PNA42. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap.
- Jika nama yang dipohon mengandungi perkataan yang memerlukan kelululusan YB Menteri, Pemohon perlu melengkapkan maklumat dan melampirkan dokumen sokongan untuk kelulusan YB Menteri.
Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Panduan Pemilihan Nama Perniagaan
- Nama hendaklah menggunakan laras bahasa dan ejaan yang betul.
- Penggunaan campuran bahasa malaysia dan bahasa inggeris adalah dibenarkan jika penggunaannya adalah untuk menggambarkan jenis perniagaan dan mestilah mengikut laras bahasa yang betul.
- Sekiranya nama mengandungi perkataan yang bukan dari bahasa malaysia atau bahasa inggeris atau rekaan, makna atau asal usul perkataan tersebut hendaklah diberikan.
- Nama yang dipohon mestilah mempunyai nama identiti dan tidak terlalu umum.
- nama adalah dianggap umum jika menggunakan perkataan biasa (common words) atau hanya menunjukkan aktiviti.
- Tidak menyerupai nama perniagaan yang telah didaftarkan atau dalam simpanan
- Bukan nama-nama yang kurang sopan, menghina atau mengelirukan dari segi identiti dan objek
- Mematuhi prinsip-prinsip umum lain yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam dokumen di bawah:
Contoh Nama Syarikat di Malaysia Untuk Panduan Daftar SSM
Berikut merupakan 20 contoh nama syarikat atau perniagaan di Malaysia yang boleh anda jadikan sebagai panduan:
- DRB-HICOM Berhad
- UMW Berhad
- Maybank Berhad
- Telekom Malaysia Berhad
- Petronas Berhad
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Syabas Berhad
- IJM Berhad
- KLCC Properties Berhad
- Naza Group of Companies
- Modenas Sdn Bhd
- Proton Holdings Berhad
- Perodua Berhad
- Celcom Berhad
- Sapura Auto (BMW Distributor)
- VADS Berhad
- SajianAmoi Enterprise
- Makmur Jaya Enterprise
- Flora Craft Enterprise
- Rafila Enterprise.

Contoh Nama Syarikat Yang Boleh Membawa Rezeki
Jika anda merupakan pemilik perniagaan atau syarikat, amat penting untuk anda pastikan nama yang diberi adalah nama yang mudah diingati orang ramai, agar mudah untuk anda mengingatkan pelanggan tentang perniagaan anda.
Nama yang terlalu panjang atau sukar disebut akan menyebabkan pelanggan mudah lupa nama perniagaan anda, dan apabila ini berlaku, ia juga mungkin boleh menyebabkan anda kekurangan pelanggan yang berulang.
Berikut kami kongsikan contoh nama yang boleh anda ambil dan jadikan panduan anda dalam pembinaan nama perniagaan anda:
- Nama Sendiri
- Anda boleh menggunakan nama anda sendiri sebagai nama perniagaan anda. Namun kalau boleh, jangan gunakan nama panjang, sebaliknya gunakan nama pendek yang mudah diingati pelanggan. Sebagai contoh:
- Zara
- JimmyChoo
- Wawa Cosmetic
- Ainaa Beauty
- SimplySiti
- Anda boleh menggunakan nama anda sendiri sebagai nama perniagaan anda. Namun kalau boleh, jangan gunakan nama panjang, sebaliknya gunakan nama pendek yang mudah diingati pelanggan. Sebagai contoh:
- Nama Dengan Perkataan “Trending”
- Sebagai peniaga anda juga boleh meletakkan perkataan-perkataan yang sedang hangat digunakan dalam nama perniagaan anda untuk menarik perhatian pelanggan. Contonhya:
- GS Premium Store
- Fresh Express Mart
- GreenTech Enterprise
- Sebagai peniaga anda juga boleh meletakkan perkataan-perkataan yang sedang hangat digunakan dalam nama perniagaan anda untuk menarik perhatian pelanggan. Contonhya:
- Nama Kepakaran & Barangan yang Dijual
- Anda juga boleh menggabungkan istilah keahlian atau kepakaran bersama nama produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Contohnya:
- Cikgu Kereta
- Pakar Cuci Karpet
- Kaki Motor
- Geng Tayar Besar
- Anda juga boleh menggabungkan istilah keahlian atau kepakaran bersama nama produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Contohnya:
- Nama Negara / Negeri
- Bagi perniagaan yang merupakan keistimewaan dari sesebuah negara atau negeri anda boleh letakkan nama tempat tersebut sebagai nama perniagaan anda. Namun harus diingatkan mesti bersama nama produk jika hanya nama negara, nama tersebut akan ditolak oleh pihak bertanggungjawab. Contoh nama perniagaan:
- Tokyo Sushi
- Tepung Pelita Paya Jaras
- KB Mall
- London Travel & Tours
- Istanbul Bites
- Malaya Holdings
- Bagi perniagaan yang merupakan keistimewaan dari sesebuah negara atau negeri anda boleh letakkan nama tempat tersebut sebagai nama perniagaan anda. Namun harus diingatkan mesti bersama nama produk jika hanya nama negara, nama tersebut akan ditolak oleh pihak bertanggungjawab. Contoh nama perniagaan:
- Nama Kejayaan/Rezeki
- Selain itu anda juga boleh menggunakan perkataan-perkataan yang merujuk kepada kejayaan, rezeki, kekayaan, atau sebarang perkataan yang membawa erti baik sebagai nama perniagaan anda. Sebagai contoh:
- Berkat Abadi Resources
- Sejahtera Holdings
- Amanah Success Sdn Bhd
- Gemilang Ventures
- Fortuna Wealth Management
- Lucky Star Technologies
- Rezeki Emas Holdings
- Selain itu anda juga boleh menggunakan perkataan-perkataan yang merujuk kepada kejayaan, rezeki, kekayaan, atau sebarang perkataan yang membawa erti baik sebagai nama perniagaan anda. Sebagai contoh:
- Nama dengan Nilai Islam
- Bagi perniagaan yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan melibatkan islam, anda juga boleh menggunakan perkataan islamik. Sebagai contoh:
- Barakah Mart
- Ar-Rayyan Empire
- Salsabeel Herbs
- Bagi perniagaan yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan melibatkan islam, anda juga boleh menggunakan perkataan islamik. Sebagai contoh:
- Nama Syarikat Berfokuskan Teknologi
- Perniagaan yang berfokuskan teknologi boleh menggunakan kata-kata yang melibatkan teknologi, seperti berikut:
- Innovatech Solutions
- Optima Tech
- NextGen Systems
- QuantumGrid
- NetCore Solutions
- Perniagaan yang berfokuskan teknologi boleh menggunakan kata-kata yang melibatkan teknologi, seperti berikut:
- Nama Tokoh Terkenal
- Anda juga boleh menggunakan nama tokoh terkenal dalam mencipta nama perniagaan anda sebagai contoh:
- Yusuf Taiyoob
- Telekung Siti Khadijah
- Avicenna Global
- Einstein Graphic
- Anda juga boleh menggunakan nama tokoh terkenal dalam mencipta nama perniagaan anda sebagai contoh:

Memilih nama syarikat yang tepat adalah langkah awal yang penting sebelum mendaftar di SSM. Nama yang menarik, mudah diingat, dan membawa maksud positif boleh memberi tuah, menarik pelanggan, serta memudahkan urusan branding dan pemasaran anda.
Pastikan proses pendaftaran nama syarikat dibuat dengan rapi dan mengambil kira semua garis panduan SSM agar perjalanan perniagaan anda lancar tanpa sebarang masalah.




