Nadia Kesuma – Biodata Lengkap & Kronologi Kehilangan di Jeddah

nadia kesuma
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Terkini: Nadia Kesuma dilaporkan meninggal dunia di hospital pada hari yang sama kehilangannya kerana sakit jantung.

Nama Nadia Kesuma menjadi tumpuan ramai apabila pelakon wanita Malaysia ini dilaporkan hilang di Jeddah, Arab Saudi, selepas tidak menaiki penerbangan sambungan semasa transit ketika menyertai pakej umrah dan ziarah pada Januari 2026.

Kes kehilangan ini bukan sahaja mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga dan peminat, malah mendapat perhatian pihak berkuasa serta agensi berkaitan di Malaysia dan Arab Saudi.

Artikel ini menghimpunkan biodata lengkap Nadia Kesuma, latar belakang kerjayanya sebagai pelakon, serta kronologi terperinci kehilangan beliau di Jeddah berdasarkan maklumat rasmi dan laporan semasa.

Latar Belakang

Nadia Kesuma
NamaNadia Kasumawati Abdul Karim
Nama PanggilanNadia Kesuma
Umur50 tahun
PekerjaanPelakon
Akaun Media SosialInstagram @nadiakesumawati
TikTok @nadiakesuma
Facebook @NadiaKesuma

Kehidupan Peribadi

Nadia Kesuma telah mendirikan rumah tangga bersama Prof Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah dan dikurniakan 3 orang anak (2 lelaki dan 1 perempuan).

Kerjaya & Profesional

Nadia Kesuma merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang dikenali menerusi penglibatannya dalam industri seni tanah air.

Beliau aktif dalam bidang lakonan dan pernah terlibat dalam pelbagai karya hiburan tempatan, sekali gus menjadikan namanya dikenali dalam kalangan penonton. Berikut adalah antara filem dan drama lakonannya:

Filem:

  • Syaitan Munafik (2023)

Telefilem:

  • Bahagia Itu Bukan Cinta (2021)

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2008Rona Roni MakaroniLehaAstro Ria
2009Nenek KebayaUmairahTV3
2014-2015Satu HariEmak RizuanTV9
2021Mencari Kiblat CintaZaharaTV Okey
2022Kerana Dia SukaDatin AsphaTV3 & Disney+ Hotstar
2022Suri HatiPuan HasnahTV3
2022Cinta Hilang KataMahaniAstro Prima
2022KudetaRosnahAstro Ria
2023BintangRogayahTV3
2023Gadis MuzikalDianTV3
2024Calar CintaHalimahTV3
2024-2025Cinta Bukan Milik KitaIntanTV3
2025Manuskrip Cinta AyaanaJanda MelahTV Okey

Nadia Kesuma Meninggal Dunia

Teka-teki kehilangan pelakon Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah akhirnya terjawab apabila beliau dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Khamis lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh anak perempuannya menerusi Threads sebentar tadi, yang memaklumkan ibunya meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari lalu (Khamis) kira-kira pukul 8.05 pagi.

“Terima kasih kepada kalian yang tidak berhenti menitipkan doa buat mama. Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, diampunkan segala dosanya dan dirahmati Allah.

“Arwah meninggal disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di Lapangan Terbang Jeddah.

“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini pada pukul 11.10 malam. Berita tersebut disampaikan oleh agensi pelancongan itu sendiri,” tulisnya.

Perkara tersebut turut disahkan oleh suami arwah, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, serta sahabat baiknya, pelakon Anne Abdullah, menerusi hantaran di media sosial masing-masing.

Muhammad Kamarul Kabilan

Assalamualaikum, with great sadness and sorrow, I would like to announce the demise of my beloved wife NADIAH KASUMAWATI BT ABDUL KARIM, who passed away peacefully in the land of anbiya (Jeddah) on 15th January 2026 at 8.07am.

May Allah bless her with forgiveness… my dear, I will miss you always. I am glad that I sent you off to your final destination. I love you… insyaAllah, will meet you again, hopefully in jannah. Oh Allah, we came from you and we will return to you. She has been a dutiful, loving, sincere and loyal wife. Oh Allah, you promised jannah for those who obeyed their husband and they can enter jannah from any of the doors of their liking. Sincerely, she has Allah! May you fulfill your promise…

Kredit: FB Muhammad Kamarul Kabilan 

Kronologi Kehilangan Nadia Kesuma

14 Januari 2026

  • Pelakon, Nadia Kasumawati Abdul Karim, 50 tahun, menyertai kumpulan umrah dan ziarah anjuran sebuah agensi pelancongan bersama 21 peserta lain, bermula 14 hingga 28 Januari 2026.
  • Nadia sepatutnya meneruskan penerbangan ke London selepas transit di Jeddah selama beberapa jam.
  • Namun, Nadia tidak muncul ketika jemaah lain berkumpul untuk meneruskan perjalanan ke London.

15 Januari 2026

  • Nadia gagal dihubungi oleh ahli keluarga selepas berlepas dari KLIA ke Jeddah sekitar jam 12.30 pagi.
  • Pelakon berkenaan tidak menjawab panggilan dan tidak membalas mesej selepas dilaporkan tidak menaiki penerbangan seterusnya dari Jeddah.
  • Suami Nadia menerima panggilan daripada agensi pelancongan yang memaklumkan Nadia tidak menaiki penerbangan.
  • Suami turut menerima mesej daripada agensi pelancongan dan mutawwif yang mengesahkan Nadia tidak berada dalam penerbangan.
  • Tiada sebarang balasan mesej diterima apabila Nadia cuba dihubungi.
  • Anak Nadia menggunakan aplikasi penjejak, yang menunjukkan telefon Nadia masih berada di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, namun bateri semakin lemah.

16 Januari 2026

  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan kehilangan Nadia Kesuma yang dilaporkan gagal dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi.
  • Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA pada jam 12:26 tengah hari.

17 Januari 2026

  • Suami Nadia, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57 tahun, merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menggerakkan usaha diplomatik dengan kerajaan Arab Saudi bagi mempercepatkan proses pencarian isterinya.
  • Ahli keluarga Nadia telah membuat laporan kepada Wisma Putra dan Konsulat Malaysia di Jeddah.
  • Buat sementara waktu, suami Nadia dinasihatkan supaya kekal berada di Malaysia dan tidak terbang ke Jeddah bagi mengelakkan gangguan siasatan, selain faktor kekangan bahasa kerana beliau tidak fasih berbahasa Arab.
  • Kehilangan Nadia telah dilaporkan kepada polis Arab Saudi.
  • Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman, memaklumkan bahawa laporan kehilangan telah dibuat dan pihaknya kini menunggu hasil siasatan polis Arab Saudi.
  • Terkini, Nadia Kesuma yang dilaporkan hilang di Arab Saudi disahkan telah meninggalkan negara itu berdasarkan rekod imigresen, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tindakan Agensi Pelancongan (Nuh Travel & Tours Sdn Bhd)

  • Agensi memaklumkan kehilangan Nadia disedari apabila beliau tidak menaiki penerbangan sambungan dari Jeddah ke London semasa transit bagi pakej Umrah Ziarah London–Paris.
  • Tindakan kecemasan segera dilaksanakan dengan menggerakkan usaha pencarian secara menyeluruh.
  • Pasukan Nuh Travel hadir sendiri ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, serta bekerjasama rapat dengan:
    • Pihak berkuasa lapangan terbang
    • Pihak Muassasah
    • Konsulat Malaysia di Jeddah
  • Usaha dilakukan bagi mendapatkan maklumat lanjut serta menjejak keberadaan Nadia.
  • Nuh Travel turut membuat laporan polis di Jeddah bagi membolehkan tindakan pencarian dan siasatan dijalankan mengikut perundangan tempatan.
  • Agensi akan terus berhubung dan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan bagi memastikan proses pengesanan dapat dijalankan secara teratur dan berkesan.
Nadia Kesuma
Nadia Kesuma
Nadia Kesuma
Kredit: Sinar Harian

Kenyataan Media Nuh Travel & Tours

ISU KEHILANGAN JEMAAH TIDAK MENAIKI PENERBANGAN SAMBUNGAN SEMASA TRANSIT DI JEDDAH

NUH Travel & Tours Sdn Bhd mengambil maklum serta memandang serius situasi yang melibatkan salah seorang jemaah kami, Puan Nadiah, yang dilaporkan tidak menaiki penerbangan sambungan dari Jeddah ke London semasa transit bagi pakej Umrah Ziarah London–Paris.

Sejak menerima makluman berkenaan perkara ini, pihak NUH Travel telah segera mengambil tindakan kecemasan dengan melaksanakan usaha pencarian secara menyeluruh. Pasukan petugas kami telah hadir sendiri ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, serta bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang, pihak Muassasah dan Konsulat Malaysia di Jeddah bagi mendapatkan maklumat lanjut serta menjejaki keberadaan Puan Nadiah.

Sebagai langkah susulan yang lebih menyeluruh dan rasmi, pihak NUH Travel akan membuat laporan polis di Jeddah bagi membolehkan tindakan pencarian dan siasatan dijalankan melalui saluran perundangan tempatan. Pihak NUH Travel akan terus bekerjasama dan berhubung secara aktif dengan semua pihak yang berkaitan dalam aspek keselamatan dan operasi di lapangan terbang, termasuk badan atau organisasi lain yang terlibat, bagi memastikan usaha pengesanan dan penyelesaian kes dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan.

Walaupun sehingga kini Puan Nadiah masih belum berjaya dikesan, pihak NUH Travel ingin menegaskan bahawa kami tidak sama sekali memandang ringan perkara ini. Keselamatan serta kebajikan para jemaah sentiasa menjadi keutamaan kami.

Sehubungan itu, pihak NUH Travel sedang giat berusaha untuk menangani dan menyelesaikan kes ini dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Pihak pengurusan NUH Travel juga sentiasa berhubung rapat dengan ahli keluarga Puan Nadiah bagi memaklumkan perkembangan terkini serta memberikan sokongan yang sewajarnya.

Pihak kami memohon kerjasama semua pihak agar memberi ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan pasukan terlibat untuk menjalankan siasatan serta usaha pencarian secara menyeluruh, tanpa sebarang gangguan atau spekulasi. Pihak kami juga memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar usaha ini dipermudahkan. NUH Travel & Tours Sdn Bhd kekal komited sepenuhnya untuk membantu, menyokong dan mengusahakan segala langkah yang perlu sehingga perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Sebarang perkembangan rasmi berhubung kes ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi yang sah.

UNIT PENGURUSAN KORPORAT
NUH TRAVEL & TOURS SDN BHD
16 JANUARI 2026

Semoga roh arwah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut