MySPR Semak memudahkan rakyat membuat semakan pusat mengundi PRN 2026 secara online dengan lebih cepat dan mudah. Semakan boleh dibuat di pautan ini: https://mysprsemak.spr.gov.my
Sebagai warganegara yang layak, setiap individu mempunyai hak untuk memilih kerajaan melalui pemilihan wakil rakyat di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Berikut dikongsikan panduan semakan dan pendaftaran yang lebih mudah, pantas serta menjimatkan masa.
Apa itu MySPR Semak
Aplikasi MySPR Semak dibangunkan sebagai platform semakan berpusat yang membolehkan pengguna menyemak maklumat berkaitan status daftar pemilih, mengenal pasti calon-calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya, serta melihat keputusan bagi setiap pilihan raya yang sedang berlangsung atau telah diadakan pada tahun-tahun sebelumnya.
Syarat Kelayakan Mendaftar MySPR
Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:
- Warganegara Malaysia
- Telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas
- Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
- Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.
Semakan Daftar Pemilih SPR
MySPR Semak – Semakan Daftar Pemilih & Pusat Mengundi Bagi PRN

Bagi membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MySPR Semak atau terus ke Portal MySPR Semak di pautan berikut https://mysprsemak.spr.gov.my;
- Klik butang [Semakan Daftar Pemilih]
- Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
- Tekan butang ‘Semak’.
- Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
- Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.
Semakan Maklumat Pilihan Raya Negeri 2026 juga boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

Nota: Anda juga boleh membuat semakan melalui Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.
Jika anda masih belum mendaftar atau tidak didaftarkan, atau jika anda ingin membuat pertukaran alamat mengundi, sila rujuk langkah di bawah.
Sila layari www.spr.gov.my untuk maklumat lanjut


Cara Daftar Pengundi Online / Permohonan Akaun Baru
SPR telah melancarkan portal terbaru MySPR Daftar bagi memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi / pemilih secara online.
Anda boleh membuat semakan, pendaftaran atau memohon pertukaran alamat kawasan mengundi melalui portal ini hanya dengan 3 langkah mudah.

Langkah 1: Permohonan Akaun Pengguna
Sila layari laman web https://myspr.spr.gov.my
Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.
Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:
- Nombor telefon bimbit yang sah
- Emel yang sah
- Gambar depan kad pengenalan
- Gambar swafoto bersama kad pengenalan
Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.
Untuk memuatnaik gambar swafoto dan kad pengenalan, sila rujuk gambar di bawah.

Langkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna
Apabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Langkah 3: Isi Borang A
Selepas berjaya login, klik ‘Status Saya’.
Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.
RUJUK MANUAL :
Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi Online
Berikut cara tukar alamat SPR tempat mengundi (pertukaran bahagian pilihan raya):
- Layari portal rasmi MySPR melalui: https://myspr.spr.gov.my/
- Log masuk ke dalam portal dengan isikan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Jika anda belum mempunyai akaun, boleh klik “Permohonan Akaun Baharu”.
- Aktifkan akaun pengguna melalui emel atau nombor telefon yang didaftarkan.
- Selepas akaun aktif dan anda telah berjaya log masuk ke dalam portal, klik pada menu (☰).
- Di bahagian pendaftaran, klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya) untuk memohon pertukaran alamat tempat mengundi.
- Isi dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan.
- Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti capaian internet, komputer atau telefon pintar, nombor telefon bimbit, alamat emel, gambar depan kad pengenalan, dan gambar swafoto bersama kad pengenalan.
- Hantar permohonan anda melalui portal MySPR dan tunggu pengesahan daripada pihak SPR.
Tempoh Tukar Alamat Mengundi
Ramai tertanya-tanya berapa lama proses tukar alamat mengundi. Secara umumnya, proses ini mengambil masa sekitar 1 hingga 2 bulan bergantung pada tarikh permohonan dibuat.
Contohnya, jika permohonan dibuat pada 1 Mac, pemohon mungkin akan rasa tempohnya lebih lama berbanding individu yang memohon pada 31 Mac. Ini kerana SPR akan mengumpulkan semua permohonan dari 1 hingga 31 Mac terlebih dahulu sebelum proses perwartaan dibuat.
Selepas diwartakan, SPR akan membuka tempoh semakan selama satu bulan lagi bagi membolehkan orang ramai menyemak sama ada nama telah dikemaskini atau membuat bantahan jika perlu. Sebagai contoh, permohonan yang dibuat sepanjang bulan Mac akan dibuka untuk semakan bermula 20 April hingga 19 Mei.
Jadi, kalau mohon pada 1 Mac, semakan hanya boleh dibuat sekitar 20 April, sebab itu tempohnya nampak lebih lama. Tetapi jika mohon pada 31 Mac, mungkin terasa lebih cepat kerana jarak masa untuk semakan lebih singkat.
Cara Memohon Undi Pos Online
Untuk memohon undi pos, sila rujuk langkah berikut:
- Daftar Akaun MySPR dan aktifkan akaun pengguna
- Log masuk akaun MySPR
- Klik [Permohonan Undi Pos]
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan
- E-mel berkenaan status permohonan undi pos (Diluluskan / Ditolak) akan diterima selepas permohonan diproses.
UNTUK ANGGOTA POLIS (PENGUNDI AWAL)














UNDI ANGGOTA POLIS (BUKAN PENGUNDI AWAL)




CARA MENYEMAK STATUS & MEMBATALKAN PERMOHONAN UNDI POS






CARA MENGUNDI POS



Cara Daftar & Membuat Semakan Lokasi Pusat Daftar Mengundi Secara Manual
Bagi yang ingin mendaftar sebagai pengundi secara manual, anda boleh berbuat demikian dengan hadir ke kaunter berikut:
- Kaunter Pendaftaran Pemilih
Ibu Pejabat SPR Malaysia
Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya - Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
- Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
- Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai
- Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission - Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan
Sila semak lokasi cawangan SPR terdekat anda di pautan berikut: https://spr.gov.my/cawangan/
Sistem Pendaftaran Pemilih / Pengundi Oleh SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:
- Pendaftaran Baru
- pendaftaran pemilih buat pertama kali.
- Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya
- permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.
Muat Turun Aplikasi MySPR Semak
Anda kini boleh memuat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hotline SPR di 03-8892 7218 atau layari https://www.spr.gov.my/aduan-pertanyaan/
Anda juga boleh rujuk di sini senarai Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN): https://spr.gov.my/cawangan/
Soalan Lazim
MySPR Semak ialah aplikasi rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang membolehkan pengguna menyemak maklumat berkaitan pilihan raya seperti status daftar pemilih, senarai calon yang bertanding dan keputusan pilihan raya.
Anda boleh mengakses MySPR Semak melalui:
– Laman web rasmi: https://mysprsemak.spr.gov.my
– Aplikasi mudah alih: Boleh dimuat turun di Google Play, Apple Store, Huawei App Gallery
Antara fungsi utama MySPR Semak ialah:
– Semakan status daftar pemilih dan lokasi mengundi.
– Semakan calon-calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.
– Semakan keputusan pilihan raya semasa atau yang telah diadakan sebelum ini.
– Layari https://mysprsemak.spr.gov.my
– Masukkan nombor kad pengenalan (IC) anda tanpa tanda sempang.
– Klik butang Semak.
– Maklumat pusat mengundi dan kawasan DUN/Parlimen anda akan dipaparkan.
Tidak perlu. Anda boleh terus menggunakan MySPR Semak tanpa mendaftar akaun. Hanya masukkan nombor IC untuk membuat semakan.
Tidak sama.
– MySPR Semak digunakan untuk membuat semakan maklumat pilihan raya.
– MySPR Daftar pula digunakan untuk pendaftaran pemilih baharu atau pertukaran alamat mengundi.
Ya. MySPR Semak membolehkan anda menyemak keputusan pilihan raya bagi tahun-tahun sebelumnya, termasuk calon yang bertanding dan jumlah undi yang diperoleh.
Ya. Aplikasi dan laman web MySPR Semak disediakan secara percuma kepada semua warganegara Malaysia.
Ya. Data yang dipaparkan adalah maklumat rasmi daripada SPR dan dikemaskini secara berkala mengikut tempoh kemas kini daftar pemilih dan keputusan pilihan raya.
Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan SPR di:
– https://spr.gov.my/aduan-pertanyaan/
– +603 8892 7200
– [email protected]
– Atau layari portal rasmi: https://www.spr.gov.my




