Advertisements

Tempoh Cuti Bersalin Ditambah Ke 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari

Advertisements

Berita baik! Tempoh cuti bersalin kini dilanjutkan daripada 90 hari kepada 98 hari manakala cuti paterniti lelaki dilanjutkan daripada 3 hari kepada 7 hari.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 untuk bacaan kali kedua berkata ia bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh mencukupi.

Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga.

Baca juga:

Dewan Rakyat pada 21 Mac telah meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265), yang antara lain mencadangkan agar cuti paterniti dinaikkan daripada 3 hari kepada 7 hari, selepas mendapat sokongan suara terbanyak.

Melalui pindaan ini, pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam.

Kelayakan cuti paterniti terhad kepada 5 kali kelahiran tanpa mengira bilangan isteri dan cuti bermula pada hari isteri bersalin.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Selain itu, pekerja lelaki, antara lain, perlu bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan sama.

Beliau berkata pindaan itu juga melibatkan pertambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari selaras Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Sumber: BERNAMA via Berita RTM

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment