MySawasdee ialah perkhidmatan tren khas yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), menghubungkan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) dengan Hat Yai, Thailand dan orang ramai boleh menempah tiket melaluiĀ https://bit.ly/47J3W1w, aplikasi KITS Style atau kios tiket KTMB.
Perkhidmatan ini disediakan semasa cuti hujung minggu panjang di Malaysia, menawarkan peluang kepada penumpang untuk menikmati percutian singkat di Hat Yai.
Perkhidmatan MySawasdee tidak disediakan secara tetap dan hanya beroperasi pada tarikh-tarikh tertentu semasa cuti panjang di Malaysia.
Penumpang disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal dan membeli tiket secepat mungkin kerana tempat duduk adalah terhad dan cepat habis terjual.
Bermula di KL Sentral, tren MySawasdee akan berhenti di stesen Tanjung Malim, Ipoh, Taiping, dan Padang Besar sebelum tiba di Hat Yai.
Jadual Perjalanan MySawasdee 2026

KTMB telah mengumumkan tarikh perjalanan MySawasdee untuk tahun 2026 seperti berikut:
| Pejalanan | Pergi | Balik | Tarikh Tempahan Tiket |
| Jan-Mac | 30 Jan 2026 27 Mac 2026 | 2 Feb 2026 30 Mac 2026 | 29 Dis 2025 |
| Apr | 10 Apr 2026 | 13 Apr 2026 | 27 Feb 2026 |
| Mei | 15 Mei 2026 | 18 Mei 2026 | 27 Feb 2026 |
| Ogs | 21 Ogs 2026 | 24 Ogs 2026 | 29 Jun 2026 |
| Sep | 25 Sep 2026 | 28 Sep 2026 | 29 Jun 2026 |
| Okt | 23 Okt 2026 30 Okt 2026 | 26 Okt 2026 2 Nov 2026 | 29 Ogs 2026 |
| Nov | 13 Nov 2026 20 Nov 2026 26 Nov 2026 | 16 Nov 2026 23 Nov 2026 29 Nov 2026 | 29 Sep 2026 |
| Dis | 11 Dis 2026 17 Dis 2026 31 Dis 2026 | 14 Dis 2026 20 Dis 2026 3 Jan 2027 | 29 Okt 2026 |
Artikel berkaitan: Peta Laluan Kereta Api (MRT, LRT, Monorel, KTM Komuter)
Harga Tiket MySawasdee
Tiket sehala untuk MySawasdee ditetapkan seperti berikut:
- Kelas 2 (tempat duduk biasa): RM95
- Katil bawah dalam koc tidur berhawa dingin: RM119
- Katil atas dalam koc tidur berhawa dingin: RM109
Penumpang boleh memilih untuk membeli tiket sehala atau pergi balik, bergantung kepada keperluan perjalanan mereka.
Tiket boleh dibeli melalui laman web Ā https://bit.ly/47J3W1w.
Stesen Hentian
Stesen hentian bagi tren ini adalah seperti berikut:
- KL Sentral
- Sungai Buloh
- Ipoh
- Taiping
- Padang Besar
- Hat Yai
Prosedur Imigresen

Semasa perjalanan, penumpang dikehendaki turun di Stesen Padang Besar untuk pemeriksaan imigresen dan kastam bagi kedua-dua negara. Selepas selesai, penumpang akan menaiki semula tren yang sama untuk meneruskan perjalanan.
Penumpang menaiki tren MySawasdee dari stesen Hat Yai DIWAJIBKAN turun membawa SEMUA BAGASI dan BARANGAN anda di stesen Padang Besar bagi pemeriksaan Jabatan Imigresen & Kastam
Kemudahan Tren
Tren MySawasdee dilengkapi dengan koc tempat duduk dan koc tidur berhawa dingin.
Katil bawah lebih popular kerana saiznya yang lebih besar dan mempunyai tingkap yang luas, manakala katil atas lebih sempit dan berdekatan dengan lampu yang menyala sepanjang malam.
Penumpang dinasihatkan membawa penutup mata jika memilih katil atas.
Soalan Lazim
MySawasdee ialah perkhidmatan tren khas yang dikendalikan oleh KTMB menghubungkan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) dengan Hat Yai.
Harga tiket tren ini adalah seperti berikut:
– Kelas 2 (tempat duduk biasa): RM95
– Katil atas dalam koc tidur berhawa dingin: RM109
– Katil bawah dalam koc tidur berhawa dingin: RM119
Stesen hentian bagi tren ini adalah seperti berikut:
– KL Sentral
– Sungai Buloh
– Ipoh
– Taiping
– Padang Besar
– Hat Yai
Tiket tren ini boleh dibeli melaluiĀ https://bit.ly/47J3W1w, aplikasi KITS Style atau kios tiket KTMB.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan KTMB di talian 03-9779 1200.
Layari https://online.ktmb.com.my/ bagi perincian prosedur pembelian dan pengurusan tiket.
Baca juga: MyRailLife KTMB 2026: Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had




