Peta Laluan Kereta Api (MRT, LRT, Monorel, KTM Komuter)

Peta Laluan Kereta Api (MRT, LRT, Monorel, KTM Komuter)

Adakah anda sedang mencari peta laluan kereta api?

Sekiranya anda merancang untuk menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, Monorail, KTM Komuter dan seumpamanya, perkara pertama yang perlu anda pastikan adalah stesyen terdekat berdekatan tempat anda berlepas dan stesyen berdekatan dengan lokasi atau destinasi yang ingin dituju.

Setelah anda mengetahui lokasi stesyen berdekatan, barulah mudah untuk anda menentukan jenis pengangkutan yang boleh digunakan.

Benar, bagi yang pertama kali menggunakan perkhidmatan seperti MRT, LRT, Monorail, KTM Komuter dan seumpamanya, mungkin ianya agak mengelirukan.

Untuk itu, sebagai langkah pertama anda boleh bertanyakan kepada rakan-rakan anda mungkin biasa menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam ini.

Kedua, pastikan anda mempunyai peta laluan perkhidmatan awam (dalam hal ini, kereta api) yang digunakan bagi memudahkan anda membuat rujukan dan merancang perjalanan anda.

Baca lagi: My50 : Pas Perjalanan Tanpa Had LRT, MRT, Monorel & Bas Rapid

1. Peta Laluan MRT

peta laluan keretapi mrt
Sumber: myMRT (Sila klik untuk gambar lebih besar)

Sistem MASS rapid transit (MRT) adalah sistem rel yang digunakan untuk mengangkut penumpang di kawasan bandar.

Ciri utama sistem MRT ialah keupayaan untuk membawa sejumlah besar orang dengan cekap dan membentuk tulang belakang sistem pengangkutan awam bandar bersama-sama dengan mod berasaskan rel lain seperti sistem transit aliran ringan (LRT), trem, monorel dan komuter.

2. Peta Laluan LRT

Rangkaian gabungan LRT Ampang Line dan LRT Sri Petaling Line terdiri daripada 45.1 kilometer landasan (28.0 batu) dengan 36 stesen.

Manakala LRT Laluan Kelana Jaya ialah laluan transit laju ringan (LRT) berkapasiti sederhana yang memberi perkhidmatan kepada 37 stesen, dan mempunyai 46.4 km trek yang dipisahkan gred kebanyakannya berjalan di laluan bawah tanah dan laluan bertingkat.

2.a Laluan Kelana Jaya

lrt laluan kelana jaya

2.b Laluan Sri Petaling

lrt laluan ampang

2.c Laluan Ampang

lrt laluan sri petaling

3. Peta Laluan Monorel

Peta laluan kereta api monorel KL
Peta laluan kereta api monorel KL

Monorel KL ialah sistem transit awam dalam bandar yang menghubungkan banyak destinasi utama dalam Kuala Lumpur.

Dikendalikan sebagai sebahagian daripada sistem RapidKL oleh Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia, ia merupakan salah satu komponen Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang.

4. Peta Laluan KTM Komuter

> Klik untuk Muat turun gambar lebih besar

KTM Komuter ialah sistem rel komuter di Malaysia yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Ia diperkenalkan pada tahun 1995 untuk menyediakan perkhidmatan rel tempatan di Kuala Lumpur dan kawasan pinggir bandar sekitar Lembah Klang.

Perkhidmatan kemudiannya diperluaskan ke bahagian lain di Malaysia dengan pengenalan sektor Utara dan Selatan.

Bonus: Peta Transit Integrasi (LRT, MRT, Monorel, KTM)

> Klik untuk muat turun gambar lebih jelas

Ada kalanya apabila hendak bergerak menuju ke satu destinasi, anda perlu bertukar-tukar antara LRT, KTM, MRT, Monorail dan sebagainya.

Sebagai panduan, anda boleh rujuk peta transit integrasi di atas untuk mengetahui di mana anda boleh bertukar perkhidmatan antara LRT, KTM, MRT, Monorail dan sebagainya.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!