Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Rupanya, kerajaan Malaysia sudah menyediakan satu portal rasmi sehenti yang mengumpulkan semua program kerajaan seperti kursus kemahiran, bengkel usahawan, webinar profesional dan sebagainya di bawah satu sistem iaitu MyGovEvent. Portal ini boleh diakses melalui https://mygovevent.gov.my/

Jika anda nak sertai kursus kemahiran, bengkel usahawan, atau webinar profesional, tapi tak tahu mana nak cari kat mana, gunalah portal MyGovEvent ini.

Kebanyakannya kita hanya tahu selepas nampak poster lalu di timeline Facebook atau kumpulan WhatsApp, itu pun selepas tarikh tutup pendaftaran dah berlalu. Melalui portal ini, anda boleh buat carian pelbagai jenis program yang dianjurkan oleh kerajaan sama ada berbayar ataupun percuma!

Jom ketahui lebih lanjut mengenai portal MyGovEvent di bawah.

Apa Itu MyGovEvent?

MyGovEvent merupakan satu platform pengurusan acara yang dibangunkan untuk kegunaan semua Agensi Kerajaan. Ianya mempunyai pelbagai ciri yang bertujuan memudahkan penganjuran acara di agensi.

Ciri-ciri itu termasuklah pendaftaran acara, pendaftaran peserta, slip kehadiran dan muat turun bahan pembentangan.

Visi:

  • Merealisasikan Inisiatif Kerajaan Digital Ke Arah Negara Pintar
  • Mempertingkatkan Projek Pengurusan untuk Menghasilkan Output yang Lebih Baik dan Berkesan
  • Memotivasikan Semua Agensi Kerajaan dan Memperkasakan Pengurusan Acara di Malaysia
  • Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan dengan Mengutamakan Rakyat

Misi:

  • Menyediakan Kemudahan Pengurusan Acara di Agensi Kerajaan di dalam Memberi Perkhidmatan kepada Rakyat
  • Menggalakkan Pembudayaan Teknologi Digital di dalam Pengurusan Kerja Harian
  • Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan dan Kecekapan Penjawat Awam

Ciri-ciri & Fungsi

Portal MyGovEvent ni dibina bukan sekadar untuk paparan poster sahaja, tapi ia ada fungsi yang memudahkan urusan kita dari mula daftar sampai habis program. Ini antara ciri utamanya:

  • Sistem Penapis Pintar (Smart Filter):
    • Boleh tapis program mengikut yuran (PERCUMA atau berbayar).
    • Boleh pilih jenis kehadiran sama ada secara atas talian (Online) atau bersemuka (Physical).
    • Boleh asingkan kuota program yang Terbuka untuk semua atau Terhad untuk kumpulan tertentu sahaja.
  • Pendaftaran Terus & Pantas:
    • Tak payah pening kepala isi borang kertas atau Google Form berasingan.
    • Hanya perlu klik butang mohon terus dari dalam portal.
  • Pas Kehadiran Digital:
    • Peserta akan dapat slip atau pas kehadiran elektronik secara automatik.
    • Sangat memudahkan urusan pengesahan slot masa hari kejadian.
  • Hab Bahan Pembentangan & Dokumen:
    • Segala slaid nota, rujukan, atau dokumen digital daripada penceramah boleh dimuat turun terus melalui akaun anda.
    • Tak perlu lagi tunggu penganjur emel nota selepas program tamat.

Cara Daftar & Log Masuk MyGovEvent

Daftar sebagai Pengguna

  1. Layari portal MyGovEvent di https://mygovevent.gov.my/ms atau terus ke pautan berikut: https://mygovevent.gov.my/ms/auth/register
  2. Pilih menu AkaunPengguna baharu
  3. Pilih Kategori pengguna
    • KAKITANGAN AWAM
      • Jika anda penjawat awam yang mengunakan HRMIS , pilih Kakitangan Awam
      • Masukkan MyKad yang berdaftar di HRMIS
      • Jika anda BUKAN penjawat awam atau penjawat awam yang tidak menggunakan HRMIS pilih kategori ORANG AWAM
    • INSTITUSI PENDIDIKAN AWAM
      • Jika anda kakitangan/pelajar universiti/kolej/sekolah awam , pilih Institusi Pendidikan Awam
      • Masukkan alamat emel yang betul
    • INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA
      • Jika anda kakitangan/pelajar universiti/kolej/sekolah swasta , pilih Institusi Pendidikan Swasta
      • Masukkan alamat emel yang betul
    • AHLI POLITIK
      • Jika anda Ahli Politik/Menteri , pilih Ahli Politik
      • Masukkan alamat emel yang betul
    • ANTARABANGSA
      • Jika anda bukan warganegara Malaysia , pilih Antarabangsa
      • Masukkan alamat emel yang betul
    • ORANG AWAM
      • Jika anda GLC/SYARIKAT/INDUSTRI/NGO/PERSATUAN atau Persendirian , pilih Orang Awam
      • Masukkan alamat emel yang betul
  4. Klik butang Daftar
  5. Seterusnya, anda akan dibawa ke borang pendaftaran. Isikan maklumat untuk mendaftar
  6. Sistem akan menghantar pautan pengaktifan ke e-mel anda untuk memastikan anda memilikinya. Sila semak peti masuk e-mel anda dan ikut arahan untuk mengaktifkan akaun anda.

Log Masuk MyGovEvent

Setelah membuat pendaftaran, anda boleh terus log masuk melalui https://mygovevent.gov.my/ms/auth/login/identifier. dengan masukkan nombor MyKad.

Cara Sertai & Daftar Pelbagai Jenis Program

1. Sila Log Masuk ke dalam Sistem MyGovEvent.

2. Klik pada menu Semua Program. Paparan adalah seperti gambarajah di bawah:

3. Klik Butang Pra-Daftar untuk membuat pra pendaftaran. Sila masukkan Kod Acara.

4. Skrin Pra Pendaftaran akan dipaparkan. Pilih Kategori Penyertaan sebagai Peserta. Klik butang Daftar.

Manual Tatacara Pendaftaran

Untuk panduan terperinci Pendaftaran MyGovEvent, Tatacara Pra Pendaftaran Program dan Tatacara Pendaftaran Program, anda boleh muat turun dan rujuk pdf di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan maklumat lanjut dan info terkini mengenai MyGov Event, sila rujuk:

Anda juga bolehmuat turun PDF Manual Pengguna di bawah:

Soalan Lazim MyGovEvent

Adakah orang awam (bukan penjawat awam) boleh join program di sini?

Boleh. Banyak program, bengkel keusahawanan, dan webinar terbuka kepada sektor swasta, NGO, pelajar, dan orang awam. Cuma pastikan anda tapis (filter) status penyertaan kepada “Terbuka”.

Betul ke semua kursus dekat sini PERCUMA?

Tidak semua. Ada program yang percuma dan ada juga yang berbayar (terutamanya kursus profesional yang memerlukan sijil khas). Anda boleh gunakan fungsi penapis untuk cari yang percuma sahaja.

Kenapa saya tak boleh daftar/log masuk menggunakan kad pengenalan?

Bagi pengguna baharu, anda perlu membuat pendaftaran akaun kali pertama terlebih dahulu di laman Pendaftaran MyGovEvent. Jika anda penjawat awam dan menghadapi masalah, pastikan maklumat anda dalam sistem HRMIS adalah terkini.

Boleh ke saya batalkan penyertaan selepas dah mendaftar?

Boleh. Anda digalakkan untuk membatalkan permohonan dengan kadar segera di dalam sistem sekiranya tidak dapat hadir supaya slot tersebut boleh diberikan kepada peserta lain yang berada dalam senarai menunggu (waiting list).

Penulis