Selain daftar MyDigital ID secara online, anda juga boleh menggunakan MyDigital ID Kiosk yang ada disediakan di setiap lokasi seluruh Malaysia.
Artikel ini, kami menyenaraikan lokasi terkini kiosk-kiosk MyDigital ID yang boleh anda kunjungi untuk proses berkaitan pendaftaran akaun.

Apa itu MyDigital ID Kiosk?

MyDigital ID adalah satu inisiatif Kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat dan sah untuk pengguna dalam talian.
MyDigital ID Kiosk pula adalah satu kaunter mesin yang disediakan di lokasi terpilih untuk membolehkan anda membuat pendaftaran MyDigital ID.
Kini, anda boleh membuat pendaftaran secara walk-in sahaja di mana-mana MyDigital ID Kiosk di seluruh Malaysia untuk lebih mudah.

Kelebihan Teknologi MyDigital ID
Berikut adalah lapan kelebihan utama teknologi MyDigital ID:
- Selamat : MyDigital ID hanya mengenal pasti identiti pengguna dan tidak menyimpan sebarang data peribadi.
- Mudah : Dengan MyDigital ID, tiada keperluan log masuk berbilang untuk pelbagai urusan dalam talian.
- Pantas : Hanya beberapa saat diperlukan untuk mengesahkan identiti individu.
- Pintar : MyDigital ID mengurangkan risiko penipuan dengan mengesahkan identiti tanpa melibatkan perkongsian dokumen.
- Tepat : MyDigital ID memperoleh rujukan dan maklumat terkait daripada pangkalan data Kerajaan.
- Utuh : MyDigital ID adalah sistem tersulit dilengkapi lapisan keselamatan yang teguh dan sukar digodam.
- Unik : Seorang individu, satu identiti digital untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian.
- Dipercayai : MyDigital ID adalah inisiatif yang dilaksana, disokong, dan diiktiraf Kerajaan.

Senarai Lokasi MyDigital ID Kiosk [TERKINI]
Sebanyak 117 kios MyDigital ID kini tersedia di seluruh Semenanjung Malaysia untuk memudahkan urusan pendaftaran dan pengesahan identiti digital anda.
Untuk makluman anda, kemudahan kiosk sedia ada sedang dalam proses naik taraf dan dalam masa terdekat akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak bagi memastikan akses yang lebih menyeluruh untuk semua.
Taburan kios mengikut negeri:
- Selangor : 18
- Perak : 14
- Johor : 13
- WP Kuala Lumpur : 11
- WP Putrajaya : 9
- Kelantan : 10
- Pahang : 10
- Kedah : 9
- Negeri Sembilan : 7
- Terengganu : 7
- Melaka : 4
- Pulau Pinang : 3
- Perlis : 2
Semak kios yang berdekatan dengan anda dan rancang perjalanan anda ke sini: www.digital-id.my/support#faq_kiosk





Johor
1. JPN Cawangan Simpang Renggam
JPN Cawangan Simpang Renggam, 20, Jalan Rumas, Kampung Chokro, 86200 Simpang Renggam, Johor Darul Ta’zim, Malaysia
2. JPN Cawangan UTC Johor
JPN Cawangan UTC Johor, 3rd floor, UTC, 65, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor
3. JPN Cawangan UTC Pasir Gudang
JPN Cawangan UTC Pasir Gudang, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Aras 2, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Ta’zim
4. JPN Daerah Batu Pahat
JPN Daerah Batu Pahat, Tingkat 1, Bangunan Gunasama Persekutuan, Jalan Bakau Condong, 83000 Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim
5. JPN Daerah Kecil Pagoh
JPN Daerah Kecil Pagoh, No 12, Jalan Pagoh Jaya 1/5, 84600 Pagoh, Johor Darul Ta’zim
6. JPN Daerah Kluang
JPN Daerah Kluang, Bangunan Persekutuan, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor
7. JPN Daerah Kota Tinggi
JPN Daerah Kota Tinggi, 2, Jln Mawar 2, Bandar Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Ta’zim
8. JPN Daerah Mersing
JPN Daerah Mersing, 1d, Jalan Abu Bakar, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor Darul Ta’zim, Malaysia
9. JPN Daerah Muar
JPN Daerah Muar, Wisma Regensi, Ptd, Jalan Bakri, Taman Tun Dr Ismail, 84000 Muar, Johor Darul Ta’zim
10. JPN Daerah Pontian
JPN Daerah Pontian, Pusat Perniagaan, 60-G, Jalan Emas 2, Jalan Kota Emas, 82000 Pontian, Johor Darul Ta’zim
11. JPN Derah Tangkak
JPN Daerah Tangkak, 8, Jalan Dataran 2, Taman Sentosa, 84900 Tangkak, Johor Darul Ta’zim, Malaysia
12. JPN Cawangan Simpang Renggam
JPN Cawangan Simpang Renggam, 22, Jln Seri Indah 2, Taman Sri Indah, 86200 Simpang Renggam, Johor Darul Ta’zim
13. Kiosk Madani Plaza Angsana JB
Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru, L1.33a, Level, 1, Skudai Hwy, Pusat Bandar Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor
Melaka
1. JPN Cawangan Alor Gajah
JPN Cawangan Alor Gajah, Wisma UMNO, 78000 Alor Gajah, Melaka
2. JPN Cawangan UTC Melaka
JPN Cawangan UTC Melaka, Aras 7, Wisma UTC, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka
3. JPN Daerah Jasin
JPN Daerah Jasin, Jalan Taman Maju/Kemendor, 77000 Jasin, Melaka, Malaysia
4. JPN Ibu Pejabat Negeri Melaja
JPN Ibu Pejabat Negeri Melaka, Aras 1 Blok Pentadbiran Kompleks KDN, Jalan Seri Negeri, 75450 Ayer Keroh, Melaka, Malaysia
Negeri Sembilan
1. JPN Cawangan UTC Negeri Sembilan
JPN Cawangan UTC Negeri Sembilan, Plaza Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
2. JPN Daerah Jelebu
JPN Daerah Jelebu, Kampung Jelebu Tengah, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan
3. JPN Daerah Jempol
JPN Daerah Jempol, 37, Jalan Masjid, Pusat Perniagaan, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
4. JPN Cawangan Kuala Pilah
JPN Daerah Kuala Pilah, Lot 3170 Ground Floor, Jalan Melang, Kampung Gemelang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
5. JPN Daerah Rembau
JPN Daerah Rembau, Lot 3 & 4, Jalan Dato’ Sedia Raja, 71309 Rembau, Negeri Sembilan
6. JPN Daerah Tampin
JPN Daerah Tampin, Tampin Square, A1-7, Jalan Besar, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
7. JPN Ibu Pejabat Negeri Sembilan
JPN Ibu Pejabat Negeri Sembilan, Wisma Persekutuan, Jalan Dato’ Abdul Kadir, Seremban, 70551 Seremban, Negeri Sembilan
Selangor
1. 1 Utama Shopping Cente
1 Utama Shopping Center, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
2. JPN Cawangan Rawang
JPN Cawangan Rawang, 526, Jalan Bandar Rawang 7, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor
3. JPN Cawangan UTC Selangor
JPN Cawangan UTC Selangor, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
4. JPN Daerah Klang
JPN Daerah Klang, Ground Floor, Wisma Persekutuan Klang, Persiaran Bukit Raja 1, KU1, 41150 Klang, Selangor
5. JPN Daerah Kuala Langat
JPN Daerah Kuala Langat, 2, Jalan Cempaka Sari, Taman Cempaka, 42700 Banting, Selangor
6. JPN Daerah Kuala Selangor
JPN Daerah Kuala Selangor, Tingkat 4 Kompleks PKNS, 1, Jalan Perusahaan 2, Taman Iks, 45000 Kuala Selangor
7. JPN Daerah Petaling Jaya
JPN Daerah Petaling Jaya, Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya
8. JPN Daerah Sepang
JPN Daerah Sepang, Lot 56.1D, Jalan 6, Kosmopleks,, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor
9. JPN Hulu Langat (Kajang)
JPN Hulu Langat (Kajang), Kompleks Perhentian Kajang, Jalan Reko, Pusat Hentian Kajang, 43000 Kajang, Selangor
10. JPN Hulu Selangor (Kuala Kubu Baru)
JPN Hulu Selangor (Kuala Kubu Baru), 44000, Jalan Bukit Kerajaan, Pekan Kuala Kubu Bharu, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor, Malaysia
11. JPN Sabak Bernam
JPN Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Daerah, Sabak Bernam, 45300 Sabak, Selangor
12. MAMPU Cyberjaya
MAMPU Cyberjaya, B, MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
13. JPJ UTC Shah Alam
JPJ UTC Shah Alam, Level 3, Anggerik Mall, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
14. MyDigital ID Headquarters
Tingkat 8, Cyberview 23A, Persiaran APEC, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor
15. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor – Level 2 (BPM)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,Level 2 (BPM), Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Building, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor
16. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor – Level G (ATM Area)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,Level G (ATM Area), Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Building, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor
17. JPN Negeri Selangor
Level 6 and Level 7, Plaza Masalam, 2, Jl. Tengku Ampuan Zabedah E 9/E, Section 9, 40551 Shah Alam, Selangor
Kuala Lumpur
1. JPN Cawangan Bandar Tun Razak
JPN Cawangan Bandar Tun Razak, 51020, Jalan 26/117a, Taman Mulia, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2. KL Sentral
KL Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
3. MIMOS Lobby
MIMOS Lobby, MIMOS Berhad, MRANTI Park, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
4. LTAT Chulan Tower
LTAT Chulan Tower, Ground Floor, Chulan Tower, 3, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5. MINDEF Jalan Semarak
MINDEF Jalan Semarak, 15, Jln Padang Tembak, Kementah, 50634 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
6. JPN WP Sri Hartamas
JPN WP Sri Hartamas, Aras G, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Sri Hartamas 1, Off, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50551 Kuala Lumpur
7. JKR KL
JKR KL, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
8. JPJ UTC Pudu
JPJ UTC Pudu, T2-5, UTC Pudu, Pudu Sentral, Jln Pudu, Kuala Lumpur City Centre, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
9. INTAN Mont Kiara
INTAN Mont Kiara, Kampus Utama Intan, Jalan Bukit Kiara, Taman Bukit Damansara, 50480 Kuala Lumpur, Bukit Kiara
10. Jabatan Pendidikan Negara WPKL
Jabatan Pendidikan Negara WPKL, Off Jalan Duta, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku, 50604 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
11. MINDEF Jabatan Rekod dan Pencen
Jabatanarah Rekod dan Pencen, BPA-JRP, Jln Padang Tembak, Kementah, 50634 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pahang
1. JPN Cawangan UTC Pahang
JPN Cawangan UTC Pahang, Jalan Kompleks KDN, Bandar Indera Mahkota, 25551 Kuantan, Pahang
2. JPN Daerah Bentong
JPN Daerah Bentong, P.32 DAN P.33, TINGKAT BAWAH, JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DAERAH BENTONG, PUSAT PERNIAGAAN MUTIARA MAS GEMILANG, Jalan Tras, Taman Bentung Jaya, 28700 Bentong, Pahang
3. JPN Daerah Bera
JPN Daerah Bera, 39, Jalan Jati 1, Taman Jati, 28200 Bandar Bera, Pahang
4. JPN Daerah Cameron Highlands
JPN Daerah Cameron Highlands, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia
5. JPN Daerah Jengka
JPN Daerah Jengka, No.69, Jalan BDJS5, Pusat Dagangan Jengka, Sejahtera, Bandar Tun Abdul Razak, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang
6. JON Daerah Jerantut
JPN Daerah Jerantut, Hotel Firdaus, PT 11512 & 11513, No. 4 & 5, Jalan Benta, Pahang, 27000 Jerantut
7. JPN Daerah Kuala Lipis
JPN Daerah Kuala Lipis, Kuala Lipis, Pahang, Malaysia
8. JPN Daerah Maran
JPN Daerah Maran, Aras Bawah, Bangunan Persekutuan, Kampung Paya Pasir, 26500 Maran, Pahang
9. JPN Daerah Raub
JPN Daerah Raub, 234, Jalan Tengku Abdul Samad, Taman Bukit Koman, 27600 Raub, Pahang
10. JPN Daerah Temerloh
JPN Daerah Temerloh, 63, Jalan Merdeka, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia
Perak
1. JPN Cawangan Sungai Siput (U)
JPN Cawangan Sungai Siput (U), 477, Lorong Heawood 1, Taman Heawood, 31100 Sungai Siput, Perak
2. JPN Cawangan Tanjung Malim
JPN Cawangan Tanjung Malim, Bangunan Stesyen Bas, Jalan Besar, 35900 Tanjong Malim, Tanjung Malim
3. JPN Cawangan UTC Ipoh
JPN Cawangan UTC Ipoh, Jalan Dato’ Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak, Malaysia
4. JPN Daerah Bagan Datuk
JPN Daerah Bagan Datuk, JKR 1071, Jalan Panglima, 36100 Bagan Datuk, Perak
5. JPN Daerah Hilir Perak (Teluk Intan)
JPN Daerah Hilir Perak (Teluk Intan), Jalan Changkat Jong, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
6. JPN Daerah Hulu Perak
JPN Daerah Hulu Perak, Pejabat Daerah Kecil, 33100 Pengkalan Hulu Kroh, Perak
7. JPN Daerah Kampar
JPN Daerah Kampar, No 23a Tingkat Bawah, Jalan Perdana, Taman Kampar Perdana, 31900 Kampar, Perak
8. JPN Daerah Kecil Pengkalan Hulu
JPN Daerah Kecil Pengkalan Hulu, Pejabat Daerah Kecil, 33100 Pengkalan Hulu Kroh, Perak
9. JPN Daerah Kinta
JPN Daerah Kinta, Blok C Kompleks Pentadbiran Daerah, Jln Changkat, Kampung Bendera, 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysia
10. JPN Daerah Manjung
JPN Daerah Manjung, Bangunan Persekutuan, 32040 Seri Manjung, Perak, Malaysia
10. JPN Daerah Perak Tengah
JPN Daerah Perak Tengah, Perak Tengah District, Perak, Malaysia
10. JPN Kuala Kangsar
JPN Kuala Kangsar, 46-47, Jalan Raja Idris, Taman Raja Idris, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
10. JPN Larut Matang (Taiping)
JPN Larut Matang (Taiping), Wisma Persekutuan, Jalan Istana Larut, 34000 Taiping, Malaysia
10. JPN Perak, Ipoh
JPN Perak, Ipoh, Aras 3 & 4, Kompleks Pejabat, Kementerian Dalam Negeri, Persiaran Meru Utama, 30020 Ipoh, Perak
Pulau Pinang
1. JPN Daerah Sebarang Perai Utara
JPN Daerah Seberang Perai Utara, Wisma Persekutuan, 13200 Kepala Batas, Penang
2. JPN Pulau Pinang
JPN Pulau Pinang, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, George Town, 10551 George Town, Pulau Pinang
3. KIOSK MADANI UTC Seberang Perai
L3, Penang Sentral,6, Jalan Pantai, 12000 Butterworth, Pulau Pinang
Terengganu
1. JPN Cawangan UTC Terengganu
JPN Cawangan UTC Terengganu, UTC, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
2. JPN Daerah Besut
JPN Daerah Besut, Tingkat Bawah, Bangunan Gunasama Persekutuan, Kampong Raja, Kampung Raja, 22200 Besut, Terengganu, Malaysia
3. JPN Daerah Dungun
JPN Daerah Dungun, Sura Gate Business Centre, Lot 9997, Tingkat Bawah & 1, Terengganu, 23000 Kuala Dungun
4. JPN Daerah Kemaman
JPN Daerah Kemaman, Bangunan Persekutuan, Aras Bawah, Terengganu, Kampung Gong Limau, 24000 Cukai, Kemaman, Terengganu, Malaysia
5. JPN Daerah Marang
JPN Daerah Marang, Lot 6934, Kampung Kijing, Terengganu, 21600 Marang
6. JPN Daerah Setiu
JPN Daerah Setiu, 22120 Permaisuri, Terengganu, Malaysia
7. JPN Ibu Pejabat Negeri Kuala Terengganu
JPN Ibu Pejabat Negeri Kuala Terengganu, UTC, Terengganu
Kelantan
1. JPN Cawangan UTC Kelantan
JPN Cawangan UTC Kelantan, L1.01 Lot 378, Seksyen 16, Jalan Hamzah, Bandar Kota Bharu, 15050, Kelantan, Malaysia
2. JPN Daerah Bachok
JPN Daerah Bachok, Bachok, Kelantan, Malaysia
3. JPN Daerah Gua Musang
JPN Daerah Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan, Malaysia
4. JPN Daerah Jeli
JPN Daerah Jeli, Jalan Pekeliling, Bandar Jeli, 17600 Jeli, Kelantan
5. JPN Daerah Machang
JPN Daerah Machang, Kampung Batu Dua Puloh Lima, 18600 Machang, Kelantan
6. JPN Daerah Pasir Mas
JPN Daerah Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
7. JPN Daerah Pasir Puteh
JPN Daerah Pasir Puteh, Jln Pintas Pasir Puteh, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
8. JPN Daerah Tanah Merah
JPN Daerah Tanah Merah, Jalan Hospital, Pekan Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan
9. JPN Daerah Tumpat
JPN Daerah Tumpat, Jalan Tanjong Kuala, Pekan Tumpat, 16200 Tumpat, Kelantan, Malaysia
10. JPN Ibu Pejabat Negeri Kelantan
JPN Ibu Pejabat Negeri Kelantan, Bandar Baru Tunjong, 16010, Kota Bharu, Kelantan
Perlis
1. JPN Cawangan UTC Negeri Perlis
JPN Cawangan UTC Negeri Perlis, Aras G, Jalan Seri Sena, Kampung Sena, Kangar, 01000, Perlis, Malaysia
2. JPN Ibu Pejabat Negeri Perlis
JPN Ibu Pejabat Negeri Perlis, Aras G Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN, 262, 01000 Kangar, Perlis
Kedah
1. JPN Cawangan Kubang Pasu
JPN Cawangan Kubang Pasu, Lebuhraya Bukit Kayu Hitam, Pekan, Napoh, 06000 Jitra, Kedah
2. JPN Cawangan UTC Sungai Petani
JPN Cawangan UTC Sungai Petani, Bangunan Ukir Square, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia
3. JPN Daerah Baling
JPN Daerah Baling, Lot B, Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji, 09100 Baling, Kedah, Baling, 09100 Baling, Kedah, Malaysia
4. JPN Daerah Bandar Baharu
JJPN Daerah Bandar Baharu, 3A, Kompleks Sri Tasik, 09800 Serdang, Kedah
5. JPN Daerah Kulim
JPN Daerah Kulim, 402, Jalan Kampung Paya Kilang Lama, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia
6. JPN Daerah Padang Terap
JPN Daerah Padang Terap, 66B, Pekan Baru, Jalan Semeliang, 06300 Kuala Nerang, Kedah
7. JPN Daerah Pendang
JPN Daerah Pendang, Lot 7610 & 7134, Jalan Besar, Simpang Tiga Paya Kelubi, 06700 Pendang, Kedah, Malaysia
8. JPN Ibu Pejabat Negeri Kedah
JPN Ibu Pejabat Negeri Kedah, Bangunan Ukir Square, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah
9. JPN UTC Alor Setar
JPN UTC Alor Setar, Jalan Kolam Air, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Anda juga boleh semak secara online berkenaan lokasi MyDigital ID Kiosk melalui pautan berikut: https://www.digital-id.my/support#faq_kiosk
Cara Mendaftar Di Kiosk & Telefon Pintar
Cara Buat Pendaftran Melalui Kios
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum mendaftar di kios IDN:
- Muat turun aplikasi MyDigital ID dalam peranti / telefon mudah alih
- Tetapkan kata laluan (8 aksara) yang akan digunakan untuk log masuk
- Bawa bersama kad pengenalan untuk proses verifikasi di Kios IDN
Cara Daftar Di Telefon Pintar
Ini cara daftar online tanpa perlu pergi ke kiosk:
- Muat turun aplikasi MyDigital ID daripada App Store, Google Play, atau Huawei AppGallery melalui pautan https://www.digital-id.my/download
- Sediakan MyKad anda sebelum memulakan proses pendaftaran.
- Buka aplikasi dan pilih “Daftar Online.”
- Masukkan alamat e-mel yang sah. Anda akan menerima One-Time Password (OTP) di e-mel tersebut.
- Masukkan OTP dengan tepat untuk pengesahan.
- Isi nama dan nombor kad pengenalan seperti yang tertera pada MyKad anda.
- Ambil gambar MyKad anda; bahagian hadapan dan belakang, serta swafoto wajah yang jelas untuk tujuan pengesahan identiti.
- Cipta kata laluan dan jangan lupa aktifkan pengesahan biometrik untuk nikmati kaedah log masuk yang lebih pantas dan mudah.
- Selesai! Pendaftaran anda kini berjaya dan MyDigital ID siap digunakan.



Muat Turun Aplikasi MyDigital ID
Anda boleh memuat turun aplikasi MyDigital ID secara percuma ke dalam telefon pintar anda menerusi pautan berikut:

LOKASI BARU PEJABAT MYDIGITAL ID
MyDigital ID kini beroperasi di lokasi baharu iaitu di Tingkat 8, Cyberview 23A, Persiaran Apex, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Perpindahan ini menandakan langkah baharu bagi pasukan MyDigital ID dalam meneruskan usaha membangunkan dan mengukuhkan sistem identiti digital negara. Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan.

Soalan Lazim
MyDigital ID adalah inisiatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai. Pengesahan identiti merujuk terus ke pangkalan data kerajaan tanpa menyimpan sebarang data peribadi. Ia juga memudahkan akses ke pelbagai aplikasi dan portal dalam talian dengan hanya satu kata laluan dan satu ID digital.
Tidak. MyDigital ID tidak menggantikan MyKad atau mana-mana dokumen pengenalan diri lain. MyDigital ID ialah pengenalan diri untuk transaksi dalam talian.
Tidak. MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data biometrik pengguna.
Tidak. MyDigital ID tidak mengumpul data peribadi dan tidak memantau sebarang data aktiviti pengguna dalam talian
Tidak boleh. MyDigital ID tidak membolehkan pengguna memiliki atau mendaftar lebih daripada 1 (satu) identiti digital.
Sudah tentu tidak! MyDigital ID tidak perlu dan tidak akan menggunakan sebarang cip atau implan ke atas pengguna. Sistem ini memperoleh rujukan dan maklumat daripada pangkalan data MyKad dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Tidak perlu. Pendaftaran MyDigital ID adalah percuma kepada semua rakyat Malaysia.
Ya, Sijil Kuasa MyDigital ID adalah sah digunakan selama 1 (satu) tahun selepas tarikh pendaftaran. Ini adalah salah satu ciri keselamatan MyDigital ID. Selepas tarikh luput, pengguna perlu memperbaharui pendaftaran.
MyDigital ID boleh digunakan sebagai kaedah log masuk untuk perkhidmatan dalam talian. Kaedah log masuk tunggal beerti penggunaan log masuk yang boleh digunakan untuk semua perkhidmatan dalam talian tanpa memerlukan nama pengguna dan kata laluan selain MyDigital ID.
Ya. MyDigital ID hanya boleh digunakan melalui telefon pintar. Pengguna perlu memuat turun aplikasi MyDigital ID di telefon pintar masing-masing untuk mendapatkan dan menggunakan MyDigital ID.
Buat masa ini kaedah log masuk lain masih boleh digunakan untuk mengakses perkhidmatan Kerajaan dalam talian. Walau bagaimanapun, penggunaan MyDigital ID adalah disarankan untuk menjamiin keselamatan transaksi dalam talian.
Pendaftaran boleh dibuat melalui dua (2) kaedah iaitu secara dalam talian atau kiosk MyDigital ID.
1. Secara dalam talian – Muat turun aplikasi MyDigital ID dan rujuk langkah-langkah di sini.
2. Melalui kios – Sila rujuk di sini untuk lokasi kios di seluruh negara.
Jika telefon pintar hilang atau rosak, pengguna perlu membatalkan sijil digital menggunakan peranti lain atau kios sebelum mendaftar semula secara dalam talian dengan peranti baharu melalui aplikasi MyDigital ID atau di kios berdekatan. Aplikasi ini tidak boleh diakses tanpa kata laluan pengguna.
Sekiranya aplikasi MyDigital ID telah dinyahpasang atau dipadamkan dari telefon pintar, Sijil Digital akan menjadi tidak sah. Pengguna perlu membatalkan MyDigital ID di kios, dan perlu mendaftar semula.
Kaedah log masuk menggunakan MyDigital ID tidak memerlukan penghantaran sebarang kunci rahsia atau kata laluan pengguna kepada penyedia perkhidmatan, sebaliknya menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi MyDigital ID, menggunakan telefon pintar pengguna tersebut. Dengan kaedah sebegini, aktiviti mengumpul kata laluan pengguna melalui laman web palsu tidak lagi berkesan. Walau bagaimanapun, keselamatan akaun pengguna dalam sebarang perkhidmatan dalam talian adalah bergantung kepada penyedia perkhidmatan tersebut.
Ya. Pengguna boleh membatalkan MyDigital ID di mana-mana kios. Dokumen pengenalan diri perlu untuk proses pembatalan.
MyDigital ID adalah salah satu inisiatif Kerajaan. Buat masa ini rakyat tidak diwajibkan mendaftar. Walau bagaimanapun, rakyat disarankan untuk mendaftar dan menggunakan MyDigital ID untuk menjamin keselamatan dari ancaman siber, dan juga memudahkan akses ke aplikasi-aplikasi yang digunakan.
Tidak. MyDigital ID ialah sistem pengesahan identiti digital untuk transaksi dalam talian, manakala PADU ialah pangkalan data warganegara Malaysia dan penduduk tetap.
MyDigital ID dibangun dan diselenggara oleh MIMOS dengan penggunaan bakat tempatan sepenuhnya. MIMOS adalah sebuah agensi strategik Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI). Sistem MyDigital ID mematuhi piawaian ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Korporat). Untuk maklumat lanjut mengenai MIMOS, sila layari www.mimos.my
Tidak. MyDigital ID adalah inisiatif kerajaan yang dilaksanakan oleh MIMOS Berhad yang memfokuskan kepada sistem identiti digital individu, manakala MyDIGITAL Corporation untuk menerajui pengurusan perubahan peringkat kebangsaan dalam memacu pelaksanaan inisiatif di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar 4IR Negara.
Ya, pengguna boleh membatalkan MyDigital ID mereka secara dalam talian melalui aplikasi MyDigital ID atau di kios. Dokumen pengenalan diri diperlukan bagi proses e-KYC untuk pembatalan.
Risikonya sangat rendah. MyDigital ID menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi, jadi kata laluan atau kunci rahsia tidak dihantar kepada penyedia perkhidmatan. Kaedah ini mencegah serangan phishing melalui laman web palsu. Namun, keselamatan akaun juga bergantung pada penyedia perkhidmatan.
MyDigital ID direka untuk mencegah penipuan identiti dengan langkah berikut: Tiada Penyimpanan Data: Data pengguna tidak disimpan di pelayan kami. Penyulitan Data: Semua data dalam transit disulitkan untuk melindungi identiti anda. Pemprosesan Selamat: Data pengguna diproses sementara dan segera dipadamkan.
Tidak ada cara untuk mendapatkan semula kata laluan pengguna. Pengguna dibenarkan membuat beberapa percubaan untuk memasukkan kata laluan dengan betul. Sekiranya pengguna masih tidak dapat mengingati kata laluan, pengguna perlu melakukan pembatalan dan mendaftar semula MyDigital ID.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan MyDigital ID Kiosk anda boleh rujuk pada laman saluran berikut:
- Facebook MyDigital_ID
- Instagram https://www.instagram.com/mydigital_id
- Laman web rasmi : https://digital-id.my/
Atau, boleh juga hubungi talian hotline mereka:
- No. hotline : +603 8687 2772
- Emel : [email protected]





