MM2H: Bantuan RM3000 Syarikat Pengendali Pelancongan PEMERKASA

BANTUAN KEWANGAN ONE-OFF RM3,000 SYARIKAT MALAYSIA MY SECOND HOME (MM2H)

MOTAC menyeru kepada syarikat MM2H yang berlesen di bawah MOTAC untuk mengambil peluang ini untuk mengemukakan permohonan kepada pihak Kementerian.

Kementerian ini telah melancarkan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh Syarikat Pengendali Pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian yang terkesan dengan wabak COVID 19.

Salah satu insentif berkenaan ialah Program Strategik Memperksa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), iaitu manfaat bantuan kewangan sebanyak RM3,000.00 yang diberikan secara One-Off kepada Syarikat Pengendali Pelancongan yang layak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Apakah Bantuan Kewangan MM2H PEMERKASA?

Mengambil kira Syarikat MM2H yang mempunyai lesen inbound di bawah MOTAC yang turut terjejas semasa pandemik COVID-19, Kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan bantuan kewangan kepada Syarikat MM2H yang berlesen.

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 697 syarikat MM2H.

Baca juga: Skim Go Digital: Pembiayaan Perniagaan Hingga RM5000 Hijrah Selangor

Syarat Kelayakan

  1. Hanya syarikat MM2H yang mempunyai lesen Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri (Inbound) di bawah MOTAC sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.
  2. Hanya pemegang lesen yang masih sah berkuatkuasa dengan MOTAC semasa permohonan dibuat layak menerima bantuan kewangan ini.
  3. Lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku pada/selepas 1 Januari 2020 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen berserta dengan bayaran fi proses sebelum/pada 15 Ogos 2021 berdasarkan Garis Panduan Pembaharuan Lesen sedia ada layak menerima bantuan kewangan ini.
  4. Lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku sebelum/pada 31 Disember 2019 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh pelaksanaan
    PEMERKASA 2021 (16 Mac 2021 sehingga 15 Ogos 2021) tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan kewangan ini.
  5. Mana-mana Syarikat Pengendali Pelancongan (MM2H) yang mempunyai kompaun tertunggak yang dikeluarkan oleh MOTAC di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] atau Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594] layak untuk
    menerima bantuan kewangan ini.
  6. Syarikat Pengendali Pelancongan (MM2H) yang layak menerima bantuan ini perlu mengemukakan Borang PEMERKASA MM2H secara dalam talian.
  7. Pemberian Bantuan Kewangan Geran Bantuan Khas sebanyak RM3000 ini hanya akan diberikan secara one-off kepada lesen Ibu Pejabat sahaja.
  8. Tarikh tutup permohonan ditetapkan pada 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
bantuan mm2h

Baca juga: Permohonan Bantuan Pengusaha Taska RM3000 One-off (PEMULIH)

Tarikh Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Cara Permohonan Bantuan MM2H PEMERKASA

Kerjasama daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan adalah dimohon untuk mengemukakan butiran yang tepat apabila dipohon oleh pihak Kementerian. Ini bagi memastikan penyaluran dapat dibuat dengan teratur.

Pengumpulan dan pengemaskinian maklumat ini akan dilaksanakan oleh Pejabat MOTAC Negeri.

Sila isikan borang permohonan dan senarai semak di bawah:

Maklumat Lanjut

Jika terdapat pertanyaan pihak tuan-tuan dan puan-puan boleh menghubungi Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Syarat Kelayakan PEMERKASA 2021 bagi syarikat MM2H yang berlesen di bawah MOTAC, sila layari laman sesawang rasmi MOTAC http://www.motac.gov.my/pemerkasamotac2021_mm2h atau menghubungi Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan.

Kerjasama pihak tuan-tuan dan puan-puan dalam perkara ini adalah amat dihargai. Sebarang pemakluman terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!