Permohonan Bantuan Pengusaha Taska RM3000 One-off (PEMULIH)

BANTUAN KHAS KEPADA PENGUSAHA TASKA (PAKEJ PEMULIH) 2021

Permohonan bantuan khas kepada pengusaha TASKA bagi pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pakej Pemulih) kini dibuka.

Tujuan pemberian bantuan khas ini adalah untuk meringankan
beban pengurusan TASKA dalam mematuhi Panduan
Pencegahan (SOP) Penularan COVID-19 yang dikeluarkan oleh
pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bantuan ini dipertimbangkan kepada TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah peruntukan Akta
Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984[Akta 308].

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara permohonan dan syarat-syarat Bantuan Khas TASKA PEMULIH 2021.

bantuan taska pemulih rm3000

Syarat Kelayakan

Kategori TASKA yang layak memohon bantuan khas ini
berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308]
adalah seperti berikut:

i. TASKA Institusi

  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

ii. TASKA Di Tempat Kerja

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

iii. TASKA Komuniti

  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar

iv. TASKA Rumah

  • Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  • Dijalankan di kediaman sendiri

Kadar Bantuan TASKA PEMULIH

Kadar bayaran bantuan kewangan khas berjumlah:

  • RM 3000 untuk TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti; dan
  • RM 800 untuk TASKA di Rumah.

Tarikh Permohonan

Pengusaha TASKA boleh mula memohon mulai 19 Julai 2021 dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati
melalui laman sesawang JKM (www.jkm.gov.my) atau hadir ke
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/
Cawangan yang berdekatan.

Tarikh akhir permohonan Bantuan Kewangan Pakej PEMULIH ini
adalah pada 31 Ogos 2021.

Baca juga: Penjana Kerjaya 3.0: Program Insentif Pengambilan Pekerja (PEMULIH)

Cara Permohonan TASKA PEMULIH 2021

  1. Pengusaha TASKA boleh mendapatkan Borang
    Permohonan dan Senarai Semak permohonan daripada
    laman sesawang JKM (www.jkm.gov.my) atau hadir ke
    Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/
    Cawangan yang berdekatan;
  2. Pengusaha perlu mengemaskini maklumat dalam sistem
    Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC);
  3. Pengusaha juga perlu memastikan dokumen-dokumen
    sokongan disahkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat; dan
  4. Membuat temu janji untuk mengemukakan dokumen
    permohonan sepertimana dinyatakan dalam senarai semak
    kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/
    Bahagian/ Cawangan yang terdekat.

Sila rujuk borang permohonan dan senarai semak di bawah:

Kaedah Pembayaran

Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan bantuan khas
yang diluluskan menerusi pindahan wang secara Electronic
Funds Transfer (EFT) ke dalam akaun bank atas nama TASKA.

Baca juga: Permohonan Bantuan Khas OKU PEMULIH RM500 / 3 Bulan (JKM)

Maklumat Lanjut

Pertanyaan berhubung perkara ini boleh dibuat dengan:

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan; atau
  • Menghubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996; atau
  • Talian Kasih 15999/ WhatsApp Talian Kasih 019-2615999.
  • Melayari https://www.jkm.gov.my/jkm/
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!