MBSB Bank Online : Login, Daftar & Semak Baki Pinjaman

MBSB Bank merupakan antara bank yang sudah bertapak lama di Malaysia.

Seperti bank-bank lain di Malaysia, MBSB Bank juga menyediakan pelbagai kemudahan perbankan seperti pinjaman peribadi, deposit bertempoh, pembiayaan hartanah dan banyak lagi.

Menariknya, bank ini telah diberikan lesen oleh pihak Bank Negara Malaysia atau BNM dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam sejak tahu 2013 lagi.

Seperti mana bank-bank lain di Malaysia, bank ini juga menyediakan perkhidmatan perbankan internet untuk kemudahan para pelanggannya selari dengan keperluan teknologi semasa yang membolehkan urusan perbankan dilakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Cara daftar online banking

mbsb bank

Untuk mendaftarkan akaun M Journey, anda boleh menggunakan salah satu cara yang berikut:

  1. Kad debit: Daftar dengan No. Kad Debit 16 digit dan PIN 6 digit anda. Ambil perhatian bahawa anda mesti mempunyai No. Mudah Alih TAC yang didaftarkan.
  2. Akaun Pembiaayaan: Daftar dengan No. Akaun Pembiayaan 17 digit anda dan ID yang anda gunakan untuk membuka akaun.

Cara login online banking

Setelah selesai pendaftaran akaun perbankan internet anda, maka anda boleh terus log masuk ke dalam akaun M Journey anda untuk menikmati pelbagai kemudahan perbankan internet yang disediakan oleh pihak MBSB Bank.

Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman MBSB Bank di alamat https://www.mbsbbank.com/
  2. Klik pada “M Journey” pada Menu bahagian atas laman tersebut
  3. Pilih sama ada akaun “Individual” atau “Corporate”
  4. Masukkan Username atau Nama pengguna
  5. Klik butang Login
  6. Sahkan imej dan perkataan dengan mengklik butang “I Confirm”
  7. Masukkan Password atau Kata Kunci
  8. Klik pada butang Login

Semak baki akaun bank

  1. Log masuk akaun MBSB anda berpandukan langkah-langkah di atas
  2. Kemudian, baki pinjaman anda akan dipaparkan

Pertanyaan, soalan dan maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan, soalan ataupun sekiranya anda mahukan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh MBSB Bank, anda boleh hubungi mereka melalui salah-satu kaedah yang berikut

  1. Lawati laman rasmi MBSB Bank di alamatt https://www.mbsbbank.com/
  2. Hubungi talian khidmat pelanggan di talian  03 – 2096 3000
  3. Lawati cawangan bank terdekat
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!