Cara Join Marriott Club & Dapatkan Diskaun Hotel

Maksimakan pengalaman percutian anda dengan promosi ekslusif serta pelbagai potongan harga di pelbagai hotel elit dengan keahlian Marriott Club.

Ingin tahu cara untuk mendaftar serta kelebihan yang ditawarkan? Jom ikuti perkongsian daripada kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Cara Daftar Kad Mesra Petronas Online dan Tebus Mata Ganjaran

Kelebihan Marriott Club

Marriott ingin mengajak anda cipta pengalaman indah bersama rakan dan keluarga dalam suasana yang serba ekslusif dan mewah menerusi keahlian.

Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai ahli Marriott Club, anda berpeluang untuk nikmati pelbagai kelebihan seperti berikut :

Pengalaman Dine-In Yang Unik Dengan Harga Berpatutan

Aneka hidangan yang membuka selera dan dipersembahkan khas daripada chef bertaraf dunia sedia menanti anda bila anda menjadi sebahagian daripada Marriott Club.

Nikmati diskaun sehingga 30% di hotel terpilih dan potongan harga sebanyak 20% di lebih 1,000 restoran yang bertempat di serata Asia Pasifik.

Marriott Club

Diskaun Penginapan Hotel

Lebih daripada 330 hotel sekitar Asia Pasifik sedia untuk menyambut pelancong yang berdaftar bersama Marriott Club.

Pelbagai tawaran bilik hotel termasuk penginapan percuma di lokasi terpilih serta diskaun sehingga 20% tersedia untuk anda.

Antara hotel tempatan yang turut serta dalam menawarkan keistimewaan buat ahli Marriott Club adalah :

  • Element Kuala Lumpur
  • Le Meridien Kota Kinabalu
  • Courtyard by Marriott Penang
  • Four Points by Sheraton Kuala Lumpur
  • The Westin Langkawi Resort & Spa
Marriott Club

Ratusan lagi hotel antarabangsa turut tersenarai antaranya :

  • JW Marriott Hotel Seoul, Korea Selatan
  • Four Points by Sheraton Singapore, Riverview
  • Sheraton Grand Macao, Macau

Diskaun Spa

Manjakan diri anda dengan sesi aromaterapi, urutan badan, refleksologi serta pelbagai perkhidmatan spa pada potongan harga sehingga 20% di hotel terpilih turut ditawarkan secara ekslusif buat ahli Marriott Club.

Untuk lihat senarai penuh hotel dan restoran yang menawarkan keistimewaan buat ahli, sila layari pautan berikut :

https://myclubmarriottt.com/hotel/hotelskitchensbars/en

Selain itu, anda juga berpeluang untuk nikmati pelbagai tawaran istimewa seperti ganjaran Hari Jadi, diskaun khas bermusim dan sebagainya.

Marriott Club

Cara Join Marriott Club

  • Berminat untuk sertai Marriott Club? Anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah seperti berikut :
  • Pergi ke laman web https://myclubmarriottt.com/home/homepage/en dan klik di butang ‘Become a Member’.
  • Isi borang dengan butiran peribadi anda secara lengkap dan tepat. Kemudian, klik butang Submit.
  • Anda akan terima e-mel dan akan dihubungi selepas 2 hari bekerja bagi proses seterusnya.

Setelah anda berjaya mendaftar sebagai ahli, anda akan terima e-mel alu-aluan (Welcome) bagi pengaktifan keahlian digital (digital membership). Untuk aktifkan keahlian secara digital :

  • Klik pada butang “Activate Account” pada e-mel yang anda terima
  • Isikan maklumat yang diperlukan beserta OTP yang bakal dihantar menerusi SMS.
  • Kemudian, tekan butang ‘Submit’. Anda akan terima e-mel untuk sahkan pengaktifan e-mel.
  • Seterusnya, muat turun aplikasi Club Marriott di telefon pintar anda untuk mula nikmati pelbagai manfaat.

Nota : Anda dikehendaki untuk aktifkan keahilian digital dalam masa 14 hari selepas menerima e-mel Welcome.

Cara Tebus E-Voucher Club Marriott

Anda tak perlu muat turun atau print untuk tebus e-voucher bagi mendapatkan diskaun hotel, spa atau makanan. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah mudah seperti berikut :

  •  Cari e-voucher pilihan dalam aplikasi telefon Club Marriot di bahagian ‘My Vouchers’.
  • Tekan butang ‘Redeem’. Kemudian semak dan terima terma dan syarat yang ditetapkan.
  • Masukkan ‘Member PIN’ dan ‘Outlet PIN’. (Outlet PIN akan disediakan oleh petugas hotel bilan anda check-in atau dine-in). Seterusnya, klik butang ‘Submit’.
  • Klik butang OK untuk sahkan penebusan baucer.
Marriott Club

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran terkini di Marriott Club, sila ikuti laman Facebook Marriott Club dan layari laman web Club Marriott di pautan https://www.facebook.com/clubmarriott.official/.

Anda juga boleh dapatkan bantuan berkenaan keahlian Club Marriottt menerusi pautan https://www.myclubmarriottt.com/home/contactus/

Semak Soalan Lazim mengenai keahlian Marriott di pautan berikut :

https://myclubmarriott.com/home/faqs/en

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!