Iltizam Keusahawanan Selangor – Senarai Bantuan untuk Usahawan/Peniaga

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Iltizam Keusahawanan Selangor menawarkan empat bantuan bernilai ribuan ringgit untuk rakyat Selangor yang bergelar usahawan atau bakal usahawan.

Bantuan ditawarkan adalah Skim Hijrah Selangor, Dana Usahawan Madani Selangor, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor dan Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED).

Memang rugi kalau tak cuba mohon. Setiap bantuan ini nilainya berbeza-beza dan jenis bantuan pula merangkumi dana wang ringgit ataupun peralatan/mesin/perkakasan perniagaan.

Semakan syarat kelayakan dan permohonan boleh dilakukan melalui Portal Akses Selangor atau rujuk perkongsian di bawah.

Sumber: Portal Kerajaan Negeri Selangor

Apa Itu Iltizam Keusahawanan Selangor?

Iltizam Keusahawanan Selangor ialah salah satu kluster utama di bawah program kebajikan induk Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Fokus utama kluster ini adalah untuk menyokong, memperkasakan, dan merangsang pertumbuhan ekonomi usahawan kecil serta mikro di negeri tersebut, terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40).

Kluster ini terdiri daripada empat program bantuan utama:

  • Skim Hijrah Selangor: Pinjaman sehingga RM1,000 hingga RM50,000 sehingga 5 tahun kepada usahawan dan bakal usahawan Negeri Selangor.
  • Dana Usahawan Madani Selangor: Bantuan berbentuk peralatan / perkakasan perniagaan sehingga RM30,000 kepada usahawan mikro, kecil & sederhana di Negeri Selangor.
  • Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor: Bantuan berbentuk mesin dan peralatan sehingga RM10,000.
  • i-SEED: Bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil masyarakat India sehingga RM10,000.

Kriteria Kelayakan Umum

Untuk memohon inisiatif di bawah kluster ini, pemohon secara amnya perlu memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Rakyat atau pemastautin tetap di Negeri Selangor.
  • Menjalankan perniagaan berskala kecil atau mikro.
  • Memenuhi had syarat pendapatan yang ditetapkan mengikut jenis bantuan.

Senarai Bantuan untuk Usahawan Selangor 2026

1. Skim Hijrah Selangor

Skim Hijrah Selangor menawarkan pinjaman dari RM1,000 hingga RM50,000 kepada usahawan dan bakal usahawan Negeri Selangor dengan pembiayaan sehingga lima tahun.

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia, lahir / bermastautin / mengundi di Selangor.
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun.
  • Perniagaan beroperasi minimum 1 tahun.
  • Tidak disenarai hitam oleh mana-mana pihak.

Agensi: Yayasan Hijrah Selangor

AlamatAras 4, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
E-mel[email protected]
Telefon03-5523 3611
Iltizam Keusahawanan Selangor
Sumber: Portal Kerajaan Negeri Selangor

Permohonan:

Ikuti langkah mudah berikut untuk memohon pembiayaan:

  1. Semak senarai cawangan Hijrah Selangor di sini.
  2. Imbas kod QR mengikut PBT perniagaan anda.
  3. Daftar dan buat permohonan pembiayaan untuk perniagaan anda.

Panduan Permohonan: (rujuk video)

Sumber: Hijrah Selangor
Skim Hijrah Selangor
Sumber: Portal Akses Selangor

Maklumat Tambahan:

Mengikut perkongsian Media Selangor, usahawan yang mempunyai pembiayaan dengan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) dan berdepan masalah aliran tunai boleh memohon penstrukturan semula pinjaman mulai Ogos ini.

Ketua Pegawai Perniagaan Hijrah Selangor, Nilammasri Jaafar berkata inisiatif di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 itu bertujuan membantu usahawan yang terkesan sehingga menjejaskan keupayaan membuat bayaran balik pembiayaan secara konsisten.

2. Dana Usahawan Madani Selangor

Dana Usahawan Madani Selangor menawarkan pemberian bantuan berbentuk peralatan / perkakasan perniagaan dengan had nilai bantuan sehingga RM30,000 kepada usahawan mikro, kecil & sederhana di Negeri Selangor.

Syarat Kelayakan:

  • Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Selangor yang mengundi di Negeri Selangor.
  • Premis mestilah beroperasi di Negeri Selangor.
  • Had umur pemohon adalah di antara 18-60 tahun.
  • Perusahaan dengan hasil jualan tahunan kurang daripada RM500,000.00 sahaja.
  • Perusahaan merentasi semua sektor termasuk sektor Industri Kreatif.
  • Perusahaan yang diusahakan telah beroperasi di Negeri Selangor untuk tempoh sekurang kurangnya dua (2) tahun dari tarikh permohonan dan masih aktif menjalankan perniagaan.
  • Mempunyai sekurang kurangnya 2 atau lebih orang bilangan pekerja tetap.
  • Konsisten dari segi pengeluaran.
  • Perusahaan yang dijalankan adalah sepenuh masa (kecuali bagi perusahaan secara dalam talian).
  • Perniagaan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Pemohon/perusahaan yang berjaya hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja.
  • Pemohon/perusahaan yang pernah menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini boleh memohon DUMS selepas tiga (3) tahun.
  • Permohonan tidak akan dipertimbangkan sekiranya ahli keluarga terdekat pemohon iaitu suami, isteri, ibu, bapa, adik beradik atau anak pernah menerima bantuan yang sama sebelum ini.
  • Permohonan yang berjaya tidak dibenarkan membuat sebarang penukaran barangan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Dums (DUMS) Peringkat Negeri.

Agensi: Seksyen Sektoral, UPEN

AlamatTingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40503 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan
Telefon03-5544 7960 / 7156
Iltizam Keusahawanan Selangor
Sumber: Portal Kerajaan Negeri Selangor
    Proses permohonan DUMS
    Sumber: Portal Akses Selangor

    3. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor

    Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor menawarkan pemberian bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil bernilai sehingga RM10,000.

    Program ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi peniaga kecil melalui pemberian bantuan peralatan atau mesin berdasarkan perniagaan yang sedang dijalankan.

    Bantuan ini adalah dalam bentuk peralatan atan mesin dan ia tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

    Syarat Kelayakan:

    • Pemohon mestilah berumur 25 tahun dan ke atas.
    • Golongan individu dan seisi rumah berpendapatan di bawah RM3,000.00 sebulan
    • Pemohon merupakan pengundi berdaftar di dalam Negeri Selangor.
    • Perniagaan pemohon mestilah dijalankan di dalam Negeri Selangor dan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
    • Peniagaan mestilah aktif/konsisten dan tidak bersifat bermusim.
    • Pemohon ATAU suami/ isteri pemohon tidak pernah menerima bantuan peralatan atau mesin di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
    • Pemohon tidak mempunyai sebarang pekerjaan lain yang berpendapatan tetap.
    • Perniagaan pemohon perlu mempunyai premis atau lokasi perniagaan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Agensi: Seksyen Sektoral, UPEN

    AlamatTingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan
    Telefon03-5544 7920 / 7633
    Iltizam Keusahawanan Selangor
    Sumber: Portal Kerajaan Negeri Selangor
    3. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor
    Sumber: Portal Akses Selangor

    4. Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED)

    Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED) menawarkan pemberian bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil masyarakat India bernilai sehingga RM10,000 dan ia tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

    Syarat Kelayakan

    • Pemohon mestilah berumur 25 tahun dan ke atas
    • Golongan individu ATAU seisi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000.00 sebulan
    • Pemohon merupakan anak Negeri Selangor ATAU telah bermastatin melebihi sepuluh (10) tahun
    • Pemohon merupakan pengundi berdaftar di dalam Negeri Selangor
    • Perniagaan pemohon mestilah dijalankan di dalam Negeri Selangor dan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun
    • Perniagaan mestilah aktif/ konsisten dan tidak bersifat bermusim
    • Pemohon ATAU suami/ isteri pemohon tidak pernah menerima bantuan peralatan atau mesin di bawah Kerajaan Negeri Selangor
    • Pemohon tidak mempunyai sebarang pekerjaan lain yang berpendapatan tetap
    • Perniagaan pemohon perlu mempunyai premis atau lokasi perniagaan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    Agensi: Seksyen Sektoral, UPEN

    AlamatTingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan
    Telefon03-5544 7920 / 7633

    Iltizam Keusahawanan Selangor
    Sumber: Portal Kerajaan Negeri Selangor
    Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED)
    Sumber: Portal Akses Selangor

    Cara Mohon Bantuan Iltizam Keusahawanan Selangor

    Daftar Akaun Portal Akses

    • Permohonan Dana Usahawan Madani Selangor boleh dilakukan melalui Portal Akses Selangor.
    • Sekiranya anda belum mempunyai akaun, sila daftar akaun terlebih dahulu.

    Log masuk

    • Apabila pendaftaran sudah berjaya, anda boleh log masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
    • Anda perlu mengisi maklumat profil, maklumat tempat tinggal, maklumat pasangan dan maklumat anak untuk mengetahui kelayakan bantuan-bantuan yang ada. Pastikan semua bahagian maklumat diisi dengan lengkap.

    Permohonan Bantuan Iltizam Keusahawanan Selangor

    • Setelah melengkapkan semua maklumat yang perlu diisi, anda boleh klik tab “Iltizam” pada bahagian atas dan pilih “Iltizam Keusahawanan”.
    • Anda boleh pilih jenis bantuan yang layak dan klik Mohon apabila permohonan sudah dibuka.
    Iltizam Keusahawanan Selangor 2

    Maklumat Lanjut

    Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai Iltizam Keusahawanan Selangor, sila rujuk Portal Akses Selangor atau talian berikut:

    1. Skim Hijrah Selangor: 03-5523 3611
    2. Dana Usahawan Madani Selangor: 03-5544 7960 / 7156
    3. Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor: 03-5544 7920 / 7633
    4. Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED): 03-5544 7920 / 7633

      Soalan Lazim Iltizam Keusahawanan Selangor

      Apakah kluster Iltizam Keusahawanan Selangor?

      Ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah agenda Iltizam Selangor Penyayang (ISP) untuk membantu memperkasa ekonomi, meningkatkan hasil jualan, serta memberikan modal pusingan atau bantuan peralatan kepada peniaga tempatan.

      Apakah program-program bantuan usahawan yang tersenarai di bawah kluster ini?

      Terdapat 4 program utama yang diuruskan melalui portal AKSES iaitu:
      – Skim Hijrah Selangor (Pinjaman modal mikro).
      – Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) (Bantuan geran mesin/peralatan).
      – Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan (Bantuan mesin golongan berpendapatan bawah RM3,000).
      – Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED) (Bantuan mesin khusus komuniti India).

      Siapakah yang layak untuk memohon bantuan-bantuan ini?

      Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang lahir, bermastautin tetap, atau mengundi di dalam Negeri Selangor. Berumur antara 18 hingga 65 tahun (kecuali program Blueprint yang menetapkan umur 25 tahun ke atas).

      Adakah bantuan ini terbuka untuk golongan tertentu sahaja seperti ibu tunggal atau belia?

      Tidak. Program ini bersifat inklusif dan terbuka kepada semua kategori usahawan (termasuk belia dan ibu tunggal) asalkan memenuhi syarat pendapatan serta kriteria setempat bagi setiap skim khusus.

      Berapakah had nilai bantuan pinjaman modal modal mikro melalui Hijrah Selangor?

      Skim Hijrah Selangor menawarkan pembiayaan mudah patuh syariah bermula daripada RM1,000 sehingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga lima (5) tahun.

      Adakah Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) memberikan bantuan wang tunai?

      Tidak. Bantuan ini bukan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya diberikan dalam bentuk mesin, perkakasan, atau peralatan perniagaan fizikal terus kepada usahawan dengan nilai maksimum sehingga RM30,000.

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut