Malaysia vs Laos bakal menjadi aksi penting dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027 apabila Harimau Malaya turun menentang Laos.
Berikut ialah senarai pemain terkini, jadual perlawanan serta pautan jualan tiket untuk penyokong yang ingin menyaksikan aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pengenalan Kelayakan Piala Asia 2027
Cabaran getir menanti skuad Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 apabila mereka diundi bersama Loas dalam Kumpulan F.
Kali terakhir Malaysia dan Laos bertemu menyaksikan kemenangan besar 5-0 memihak kepada Harimau Malaya dalam aksi peringkat kumpulan Kejohanan ASEAN 2022.
Namun, sejarah turut mencatatkan bahawa Malaysia pernah tewas kepada Laos ketika aksi peringkat kumpulan Sukan SEA 1997. Selain itu, keputusan seri terakhir antara kedua-dua pasukan direkodkan pada 22 Disember 2002.
Menjelang pertemuan semula pada 9 Oktober ini dalam saingan kelayakan Piala Asia 2027, Laos hadir dengan persiapan yang lebih mantap. Ketua jurulatih mereka, Ha Hyeok-jun, memanggil tiga pemain berpangkalan di Eropah dan Amerika Syarikat untuk melengkapkan senarai 28 pemain skuad negara itu.
Antaranya ialah Roman Angot, pemain tengah berketinggian 1.84 meter yang beraksi bersama kelab SV Linx di divisyen enam Jerman dan telah menjaringkan empat gol serta mencatat dua bantuan gol dalam 19 perlawanan musim ini.
Victor Ngovinassack, bek kanan dari kelab divisyen enam Perancis, Is-Selongey, turut dipanggil. Melengkapkan trio pemain import itu ialah Theo Klein, pemain yang kini mewakili Universiti Omaha Mavericks di Amerika Syarikat.
Ketiga-tiga pemain ini pernah bergandingan dalam skuad B-22 Laos ketika Sukan SEA di Kemboja dan kini bersedia membuat penampilan pertama bersama skuad senior menjelang aksi penting menentang Malaysia.
Aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 akan berlangsung secara timbal balik. Berdasarkan format kejohanan, hanya juara setiap kumpulan akan mengesahkan tempat ke Piala Asia 2027.

Jadual Perlawanan Malaysia vs Laos
Jom sama-sama bagi sokongan padu untuk Malaysia untuk menentang Laos untuk Kelayakan Piala Asia 2027 ini!
Info Perlawanan 2 :
- Tarikh : Selasa, 14 Oktober 2025
- Waktu : 9.00 malam
- Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Senarai Pemain
Berikut adalah 29 pemain Sukad Harimau Malaya yang akan bersedia menentang Laos :
AFC ASIAN CUP SAUDI ARABIA 2027 QUALIFIERS
- PENJAGA GOL
- Azri Ghani
- Haziq Nadzli
- Syihan Hazmi
- PERTAHANAN
- Azam Azmi
- Corbin-Ong
- Daniel Ting
- Declan Lambert
- Dion Cools
- Dominic Tan
- Harith Haiqal
- Junior Eldstål
- Richard Chin
- Shahrul Saad
- Quentin Cheng
- Ubaidullah Shamsul
- TENGAH
- Afiq Fazail
- Endrick Dos Santos
- Nazmi Faiz
- Nooa Laine
- Sergio Agüero
- Stuart Wilkin
- PENYERANG
- Aliff Izwan
- Arif Aiman
- Faisal Halim
- Jordan Mintah
- Paulo Josué
- Ramadhan Saifullah
- Romel Morales
- Safawi Rasid

Keputusan Perlawanan & Kedudukan Terkini Dalam Kumpulan
Malaysia menang 5-1 melawan pasukan Laos pada Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 Kumpulan F, di Stadium Bukit Jalil pada aksi keempat Harimau Malaya pada 14 Oktober 2025.



Tayangan Skrin Besar & Live Streaming – Malaysia vs Laos
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan mengadakan Tayangan Skrin Besar perlawanan di setiap negeri bagi anda yang tidak berkesempatan ke stadium.

HEBAHAN TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2027 MALAYSIA VS LAOS – jam 9.00 malam
- Laman Duta, Presint 15, Putrajaya
- Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis
- Dataran Mahkota, TMIYC Pasir Gudang, Johor
- Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu
- Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah
- Bandar Satelit, Pulau Sebang, Melaka
- KOMBES, Paroi, Negeri Sembilan
- Gelanggang Bola Keranjang Indera Mahkota 1, Pahang
- Maahad Sains Tok Guru, Pengkalan Chepa, Kelantan
- Dataran Pavilion, Kuala Kangsar, Perak
- Gelanggang Terbuka Biah, Keningau, Sabah
- Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang
- Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Belia dan Sukan, WP Labuan
- Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching
Berikut antara link untuk anda tonton perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 secara LIVE streaming pada malam ini:
Siaran percuma:
- RTMKlik
- TV Okey (110)
- YouTube AFC Asian Cup (Akses VPN)

Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):
- Astro Arena (801, 803, 804)
- Astro Supersport (811 – 813)
Pembelian Tiket Malaysia vs Laos
Ayuh penuhkan Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 14 Oktober 2025 untuk memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski dalam aksi keempat Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos.
Dapatkan tiket anda sekarang di : https://tickethotline.com.my/events/malaysiavs-laos?source=home

Baca juga:




