Malaysia Madani : Logo, 6 Rukun, Maksud, Konsep & Lagu

Malaysia Madani : Konsep Pelaksanaan, Teras, Rukun, Maksud Logo & Lagu Rasmi

Pada 19 Januari 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati.

Bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’, konsep yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini terletak pada enam tonggak utama seperti berikut :

  • KeMampanan
  • kesejAhteraan
  • Daya Cipta
  • HormAt
  • KeyakiNan
  • Ihsan
Malaysia Madani

Baca Juga : Maksud Kerajaan Perpaduan – Jabatan Penerangan Malaysia

Maksud Malaysia Madani

MADANI merupakan satu kerangka dasar yang terdiri daripada 6 tonggak dasar Membangun Malaysia MADANI:

M > keMampanan
Kemajuan mutu kehidupan bangsa dalam acuan yang seimbang antara manusia dan alam, bernuansakan citra Malaysia yang unik.

A > kesejAhteraan
Membawa makna keseimbangan atau lebih tepat lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan.

D > Daya cipta
Mengandungi beberapa konotasi antaranya pembaharuan, reka cipta dan reka baharu.

A > hormAt
Mengandungi konotasi maruah manusia. Suatu kalimat lain yakni adab yang berasal daripada bahasa arab.

N > keyakiNan
Keyakinan punyai kaitan yang erat dengan amanah yakni suatu ikrar pertanggungjawaban moral duniawi dan ukhrawi.

I > Ihsan
Ihsan itu sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan.

Sekaligus enam tonggak iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan serta ihsan memegang maksud MADANI secara menyeluruh.

Enam tonggak ini bakal memeta hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.

Berdasarkan kenyataan daripada Perdana Menteri, Malaysia Madani dikarang hasil daripada pengalaman lebih empat dekad di dalam bidang perkhidmatan awam, mengepalai beberapa kementerian dalam kerajaan, menerajui beberapa badan antarabangsa, serta menjadi pendidik di beberapa universiti berprestij dunia.

malaysia madani logo konsep maksud
malaysia madani logo konsep maksud
malaysia madani logo konsep maksud

Konsep Malaysia Madani

Malaysia Madani bertunjangkan empat Teras Strategik Utama iaitu :

  1. Membina Semula Ekonomi
  2. Menjamin Kesejahteraan Insan
  3. Reformasi Institusi Demokrasi dan Perundangan
  4. Mewujudkan Pentadbiran Beramanah

Bagi memastikan kelancaran agenda ini, tiga pembolehdaya strategik akan berfungsi sebagai enjin penggerak iaitu :

  • Digitalisasi Perkhidmatan Rakyat
  • Pendayaupayaan Bakat Terbaik Negara
  • Pemerkasaan Pengurusan Projek Strategik

Madani juga menjadi dasar setiap teras bagi memperkukuh lapan keperluan dalam pembangunan negara iaitu :

  • Ekonomi
  • Kewangan
  • Perundangan
  • Pendidikan
  • Kemasyarakatan
  • Kebudayaan
  • Bandar
  • Luar Bandar

4 Teras Strategik Malaysia Madani

  1. Membina semula ekonomi melalui pendekatan human economy menerusi penstrukturan semula ekonomi berasaskan etika dan kemampanan.
  2. Menjamin kesejahteraan insan ditunjangi prinsip adil dan ihsan. Institusi kemasyarakatan diperkasa untuk menjaga martabat dan maruah keinsanan, normal sosial, hormat-menghormati dan solidariti.
  3. Reformasi institusi demokrasi dan perundingan ke arah mengoptimumkan fungsi dan tanggungjawabnya bagi melaksanakan dasar-dasar berkaitan.
  4. Mewujudkan pentadbiran beramanah menerusi islah dan pembaharuan bagi mewujudkan sistem yang adil dan bermanusiawi.

– Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali di Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2023 pada 9 Februari 2023

Logo Malaysia Madani

Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

logo malaysia madani

RASIONAL LOGO MALAYSIA MADANI

  • Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
  • Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
  • Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
logo malaysia madani
  • WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
  • WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman
  • WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
  • WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

MUAT TURUN LOGO

Logo Malaysia Madani (PNG)
Logo Malaysia Madani dengan tulisan (PNG)

Muat Turun : Surat Siaran Penggunaan Logo Malaysia Madani Dalam Medium Hebahan dan Promosi Kerajaan

Malaysia Madani

Pelaksanaan Dalam Kerajaan Perpaduan

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, konsep ini juga mengajak seluruh rakyat Malaysia termasuk kepimpinan Kerajaan Perpaduan  untuk mengangkat martabat insan berpaksikan keyakinan, nilai, akhlak serta tata kelola yang adil dan berkesan.

Tambah Perdana Menteri, Madani tidak akan menepikan prinsip kerajaan dalam mentadbir negara.

Kerajaan juga akan menstruktur semula ekonomi negara berlandaskan kepada tiga keutamaan strategik iaitu membasmi kemiskinan, penstrukturan semula ekonomi dan memulih serta menjana ekonomi berteraskan konsep Malaysia Madani.

Sehubungan dengan itu, langkah-langkah yang akan diumumkan menerusi Belanjawan 2023 di Parlimen pada 24 Februari nanti bakal mengembalikan asas dan tindakan yang bertepatan dengan konsep yang baharu ini.

“Ini semua boleh menambah keyakinan dengan menegakkan sistem atau negara hukum yang tidak akan memilih bulu dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, dan tidak juga menindas atau menekan individu atau puak yang tidak mendukung kita.

“Ini yang disebut sebagai jentera kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar, berfungsi secara optimum dan kita selesaikan isu tata kelola dengan penyelarasan dan koordinasi tapi harus bermula dengan pengurusan atasan,” kata beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa seluruh kepimpinan dalam Kerajaan Perpaduan perlu meletakkan asas dan budaya baharu dan meninggalkan perkara lampau yang memberi kesan buruk kepada negara.

Sumber : Astro Awani, The Sun Daily, Media Selangor

Lagu Rasmi ‘Malaysia Madani’ (Bunkface)

“Malaysia Madani” Audio Production Team:
Composer : Sam
Lirik : Sam & Pidaus
Producer : Bunkface
Arranger : Bunkface , Epul Kuat
Recording Engineer : Epul Kuat
Mixing Engineer : Epul Kuat
Mastering : Nico Essig
Marketing & Promotion : Mejor Management PLT & Innova Synergy
Management : Mejor Management PLT
Digital Distribution : Believe Digital
Recorded at : BF Rock Station

Lyrics :
Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan

C/O
Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani

Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan

C/O

Malaysia! Madani!

Bersatu
Untuk
Negara
Kita

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!