Makmum Masbuk: Pengertian & Tindakan Yang Perlu Diambil

Makmum masbuk secara ringkasnya merujuk kepada makmum yang tidak dapat masa yang cukup untuk membaca surah al-Fatihah bersama imam. Mereka yang terlambat memasuki saf ini, tidak akan dapat mengikuti gerakan imam secara sempurna.

Melalui artikel ini akan kami terangkan secara terperinci situasi yang boleh menyebabkan anda menjadi makmum masbuk dan juga apa tindakan yang boleh anda ambil jika anda menjadi makmum masbuk ini.

Takrif Makmum Masbuk

Secara ringkasnya, makmum masbuk ini merupakan makmum yang terlewat masuk saf dan tertinggal sebahagian atau keseluruhan surah Al-Fatihah. Berikut merupakan antara situasi yang melibatkan makmum masbuk ini:

  • Makmum yang tertinggal sebagian surah Al Fatihah
  • Makmum yang tertinggal keseluruhan surah Al Fatihah
  • Makmum yang tertinggal sebagian surah sunat (bacaan selepas Al-Fatihah)
  • Makmum yang tertinggal surah sunat secara keseluruhan
  • Makmum yang mendapati imam sedang rukuk, iktidal, sujud atau sedang duduk di antara dua sujud

Tindakan Yang Boleh Diambil

Jika anda merupakan makmum masbuk, anda perlu tahu apa yang perlu anda lakukan agar solat anda itu sah dan tidak melanggar hukum. Berikut adalah tindakan yang boleh diambil oleh jemaah apabila berada dalam situasi ini:

  1. Contoh Situasi & Tindakan Satu
    • SITUASI
      • Imam sudah hampir selesai membaca surah sunat (bacaan surah selepas Al-Fatihah) dalam rakaat, dan makmum baru sahaja memasuki saf.
    • TINDAKAN
      • Makmum perlu membaca surah Al-Fatihah dan rukuk bersama Imam bersama tamakninah bagi mendapatkan rakaat berkenaan.
      • Bacaan Al-Fatihah yang tidak lengkap atau tidak habis akan ditanggung oleh Imam. Jadi makmum tidak perlu tergesa-gesa menghabiskan Al-Fatihah.
  2. Contoh Situasi & Tindakan Dua
    • SITUASI
      • Situasi kedua ini berlaku apabila Imam telah pun rukuk sewaktu makmum memasuki saf.
    • TINDAKAN
      • Makmum perlu berniat dan berdiri sebentar (selama kadar bacaan SubhanAllah) sebelum turut melakukan rukuk bersama Imam.
      • Bagi mendapatkan rakaat tersebut makmum perlu berhenti seketika bersama imam dalam rukuk tersebut.
      • Makmum di situasi kedua ini tidak perlu membaca Al-Fatihah, kerana ia telah ditanggung Imam solat tersebut

*NOTA:

  • Selagi sempat rukuk bersama imam walaupun seketika, makmum dikira mendapat rakaat tersebut.
  • Jika Imam telah melepasi rukuk, iaitu sedang iktidal, sujud atau sedang duduk di antara dua sujud itu bermaksud makmum tersebut tidak mendapat rakaat tersebut.
  • Bagi makmum yang tidak mendapat rakaat, anda tidak perlu memberi salam bersama Imam, sebaliknya perlu bangun melakukan rakaat yang tertinggal.
makmum masbuk
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Tertib Menjadi Makmum Masbuk

Berikut merupakan syarat atau tertib yang perlu dipenuhi sewaktu menjadi makmum masbuk:

  • Tenang dan tidak tergesa-gesa dalam mendapatkan rakaat bersama Imam.
  • Lakukan rukun solat sebelum bacaan al-fatihah (Berdiri tegak, berniat, takbiratulihram) dengan tamakninah sebelum terus mengikuti pergerakan Imam.
  • Jika tertinggal satu atau lebih rakaat, pastikan tidak melakukan salam bersama Imam, sebaliknya terus bangun untuk menyempurnakan rakaat yang tertinggal.
  • Pastikan semua rukun solat daripada niat sehingga salam telah disempurnakan dalam solat tersebut bagi memastikan solat anda sah.

Baca juga: Asmaul Husna – 99 Nama Allah Beserta Maknanya

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!