LPNM: Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka Online

Selaras dengan misi “Satu Keluarga Sebuah Rumah”,  rakyat negeri Melaka atau pemastautin Melaka boleh memohon pelbagai kategori Rumah Mampu Milik di Melaka dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPNM).

Berikut adalah cara permohonan dan syarat kelayakan bagi memiliki Rumah Mampu Milik di Melaka melalui Lembaga Perumahan Melaka.

Latarbelakang Lembaga Perumahan Melaka

Lembaga Perumahan Melaka (LPM) merupakan agensi kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan pada 17.12.2002 melalui Enakmen Lembaga Perumahan Melaka (ELPM) 2002 yang di warta pada 17.12.2002 seperti Warta Kerajaan Jilid 46 No. 25 Tahun 2002.

Sebelum Lembaga Perumahan Melaka ditubuhkan , ia terletak di bawah Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kerajaan Negeri Melaka merupakan negeri kedua yang menubuhkan Lembaga selepas Kerajaan Negeri Selangor bagi mengukuhkan peranan Kerajaan Negeri di sektor perumahan.

Baca juga : Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan

Kategori Rumah Mampu Milik Yang Ditawarkan Oleh Lembaga Perumahan Melaka

1. Rumah PPR

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
  • Tidak pernah memiliki rumah
  • Berumur 20 tahun ke atas

Harga maksimum: RM42,000 /unit

Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air

Keluasan: Minimum binaan 750 persegi

Dokumen yang diperlukan : *Sila rujuk rajah di bawah

lembaga perumahan melaka

2. Rumah Kos Rendah

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
  • Tidak pernah memiliki rumah
  • Berumur 20 tahun ke atas

Harga maksimum: RM42,000 /unit

Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air

Keluasan: Minimum binaan 750 persegi

Dokumen yang diperlukan : *Sila rujuk rajah di bawah

rumah mampu milik melaka

3. Rumah Kos Sederhana Rendah

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM6,000 dan ke bawah
  • Berumur 20 tahun ke atas

Harga maksimum: RM80,000 – RM100,000 / unit

Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air

Keluasan: Minimum binaan 850 persegi

Dokumen yang diperlukan : *Sila rujuk rajah di bawah

lembaga perumahan melaka

4. Rumah Mampu Milik

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah
  • Berumur 20 tahun ke atas

Harga maksimum: RM180,000 / unit

Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air

Keluasan: Minimum binaan 1000 persegi

Dokumen yang diperlukan : *Sila rujuk rajah di bawah

lembaga perumahan melaka

5. Rumah Belia

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah
  • Berumur 18 hingga 35 tahun

Harga maksimum: RM150,000 – RM180,000 /unit

Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air

Keluasan: Minimum binaan 1000 persegi

Dokumen yang diperlukan : *Sila rujuk rajah di bawah

rumah mampu milik melaka

6. Rumah Berkat

Rumah Berkat adalah rumah sewa kos rendah dengan kadar sewaan RM150 sebulan.

Syarat Kelayakan:

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berkahwin
  • Pemohon berusia 20 hingga 35 tahun
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri
  • Pemohon bekerja di Melaka
  • Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Tempoh penyewaan hanya 3 tahun
  • Tiada rekod jenayah

Harga kadar sewaan: RM150 sebulan

Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air

Keluasan: Minimum binaan 750 persegi

Dokumen yang diperlukan : *Sila rujuk rajah di bawah

rumah mampu milik melaka

Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka

i) Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka Secara Manual

Borang permohonan rumah mampu milik boleh didapati di pejabat Lembaga Perumahan Melaka , kaunter LPM di UTC serta boleh dimuatturun secara online di laman web LPNM iaitu https://lpnm.gov.my/.

Waktu operasi Pejabat Lembaga Perumahan Melaka adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

ii) Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka Secara Online

Permohonan online boleh dilakukan melalui langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan https://espt.lpnm.gov.my/frontend/web/user/login
  2. Klik ‘Daftar Pengguna’.
  3. Isikan maklumat yang diminta.
  4. Buat pengesahan melalui e-mel.
  5. Pilih projek yang bersesuaian dengan kelayakan
  6. Buat permohonan dan isi maklumat yang diperlukan.
  7. Hantar permohonan.
  8. Semak status dan maklumbalas dalam masa terdekat.

NOTA:

Tawaran projek adalah tertakluk kepada kekosongan unit rumah dan jumlah permohonan.

Senarai Projek

Untuk melihat senarai projek penuh bagi setiap kategori, sila ke pautan berikut: https://lpnm.gov.my/projek/senarai-projek/

Baca juga : eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online

Maklumat Lanjut

Pejabat Lembaga Perumahan Melaka

No. 9 – 1, Jalan TU 49A,
Kompleks Komersial Boulevard,
Taman Tasik Utama,
75450 Ayer Keroh.
Tel: 6062320450

Pejabat Lembaga Perumahan Melaka Cawangan UTC

Aras 5, Bangunan UTC Melaka,
Jalan Hang Tuah,
Melaka.
Tel : 6063333333

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!